BAB 55

61 5 2
                                    

5 Jam Sebelum Kejadian..

              NOAH terlebih dahulu sampai di kilang lama yang bakal menjadi tempat hutang abangnya dilunaskan.

Dipersiapkan segala rangka-rangka permainan yang bakal dia mainkan dengan abangnya nanti. Diatur dengan kemas, disusun dengan rapi setiap satunya. Akan dipastikan setiap rentak permainannya menjadi seperti apa yang dia mahukan.

Permainan terakhir ni mudah je Sage, cari kat mana isteri kau menyorok. Bisiknya sendiri, tersungging senyumnya, segala adegan-adegan yang bakal terjadi sebentar lagi tidak sabar dia mahu menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri.

Di setiap sudut, di setiap arah, di setiap dinding dia meletakkan tanda yang akan dijadikan sebagai satu "hint" buat abangnya bermain teka teki nanti.

Setelah hampir 2 jam Noah di kilang terbengkalai itu, akhirnya siap semua permainan terakhirnya.

Noah berdiri membelakangi pintu utama, tangan tercekak di pinggang, dilihat buat kali terakhir sebelum dia pulang semula ke rumah untuk mengambil dua insan yang paling dia benci.

Jelas terpampar riak puas diwajahnya, bersinar mata Noah bagaikan akan ada satu kemenangan besar yang akan berpihak pada dia malam nanti.

"Semuanya dah siap Sage, semuanya dah sempurna. Tinggal aku bawak masuk korang berdua ke sini je. Goodluck you two!"

Dengan rasa puas memenuhi di setiap ruang raga, Noah bergerak ke rumah semula untuk meneruskan misi.

***

BERATNYA terasa setiap langkah, tapi tetap dilajukan rentak. Satu jam masa yang diberi entah sempat atau tidak. Dia juga tidak pasti, gudang ni terlalu besar. Terasa mustahil, tapi dia tak boleh mengalah terlalu awal.

               Sabar sayang, abang usaha sedaya upaya abang. Bisiknya dalam hati, sudah beberapa langkah dia mara. Dia ternampak satu nota kecil tertampal elok di pintu usang tidak jauh darinya berdiri. Di nota itu tertulis satu abjad yang digunakan darah yang sudah kering.

Berombak dada Sage, dia tahu ini pasti darah isterinya yang Noah calitkan. Jahanam kau Noah. Disumpah seranah adik angkatnya di dalam hati.

Sage semakin mendekat ke pintu. Cepat-cepat dibacanya, mungkin ini satu petunjuk yang boleh bantunya mencari dimana isterinya berada.

"M"

Berkedut dahinya yang tegang tadi. Apa yang M? Apa maksud M? Ini aje ke petunjuknya? Gila! Noah memang gila!

Sage tak boleh nak berfikir, pintu di depannya di tumbuk kuat. Sakit, tapi tak diendahkan, sakit lagi hatinya Noah perlakukan isterinya dengan teruk. Entah mana disoroknya Nayra.

Nota kecil tadi direnyuk-renyukkan Sage. Geram. Lalu dicampak ke belakang, petunjuk kau tak membantu langsung Noah. Langsung tak. Hanya abjad yang diberi untuk dia meneka? Mana mungkin dia boleh berfikir dengan baik sekarang, otaknya hanya ada Nayra. Dia perlu selamatkan Nayra. Dia akan bawa Nayra lari. Itu sahaja.

Tuhan bantu aku..

Sage melangkah lagi ke depan, cuba mencari petunjuk lain. Jika ada..

Tawakalnya memang diletakkan seratus peratus pada Allah, semoga dia tidak putus asa cepat.

"Walau petunjuk kau tak membantu aku Noah, aku akan tetap cari isteri aku dengan cara aku sendiri." Desisnya seorang diri.

Pantas kakinya membuka langkah, sebelum ia terhenti sejenak. Otaknya ligat memikir sesuatu yang tiba-tiba sahaja menerjah kepalanya. M? Bilik? Dalam bilik tu ke? Shit! Must be any hint in that roomkan?

DENDAMWhere stories live. Discover now