BAB 19

74 9 2
                                    

JAM telah menunjukan pukul dua pagi. Masih setia Sage mengenggam erat tangan Peach. Matanya tidak beralih dari memandang wajah Peach yang di penuhi plaster akibat luka-luka ringan. Walaupun sejujurnya Sage sangat mengantuk dan penat tetapi di tahankan juga dirinya untuk tidak tertidur.

Dia mahu menunggu sehingga Peach sedarkan diri. Selagi Peach tidak sedar, hatinya tidak sedap. Rasa bersalahnya menggunung jikalau dia tertidur ketika wanitanya mulai sedarkan diri nanti.

Caden dan Eemir yang sedang duduk di sofa pelawat mula menegur. Risau mereka berdua melihat Sage yang sejak jam dua belas tadi tidak berganjak kemana-mana. Hanya duduk setempat saja dari tadi. Makan tidak, minum tidak, takutnya jatuh sakit pula nanti.

"Sage, makanan yang Eemir beli tu tak berusik lagi. Makanlah dulu Sage, kang kena gastrik pulak perut kau." Caden bersuara memecah keheningan.

"Haah, jamahlah sikit nasi tu. Nanti kalau dah basi, membazir pula," sampuk Eemir.

"Aku tak ada selera lah."

Eemir bangkit dari tempat duduknya dan meluru ke arah Sage. Di capainya air mineral yang terletak elok di atas meja lalu di bukakan penutup botol itu dan memberikannya kepada Sage.

"Nah, minum air ni. Basahkan tekak tu sikit."

Lambat-lambat Sage mencapai botol air mineral itu. Macam orang tidak bermaya, Eemir pula mengambil bungkusan makanan yang dibelinya tadi lalu di hidangkan.

"Tak nak Eemir tak payah, aku tak lapar. Kau je lah yang makan."

Masih degil.

Masih dengan egonya yang tinggi membukit.

"Ish dia ni kan, nak aku suapkan ke baru kau nak makan?" Eemir berpura-pura mendengus kecil. Konon-konon sedang marah. Sambil tangannya mencapai kerusi di sebelah Sage, dilabuhkan punggungnya dan..

"Aaaa.. nganga cepat"

Eemir menghalakan sudu yang berisi nasi dengan lauk ayam blackpepper itu ke mulut Sage. Cepat-cepat ditepis Sage.

"Eh tak payah suap-suap. Aku boleh makan sendiri."

Sage merampas sudu yang dipegang Eemir. Eemir ingat dia budak kecil ke yang hendak makan bersuap. Hilanglah machonya nanti. Amboi, tengah bersedih pun sempat lagi nak mengekalkan kemacho-annya tu.

Terharu Sage dapat kawan yang sweet, nampak aje gangster tapi dalam hati ada funfair.

"Ha reti pun makan sendiri, ingatkan tak larat sangat sampai nak kena aku suapkan."

"Hahahahahahahaha"

Tersembur tawa Caden yang sedari tadi hanya membisukan diri melihat teletah dua makhluk kasar dihadapannya ni. Baginya, drama suap-menyuap tadi itu mencuit hatinya.

Lucu.

Caden tahu sangat perangai Eemir yang suka mengusik Sage itu. Sage pula seorang yang ego, tidak gemar dia nak melakukan aksi-aksi sweet like sugar dengan temannya. Kalaulah dia sempat merakam aksi menyuap tadi, mesti seronok. Boleh buat bahan bergurau nanti.

Sage dan Eemir memandang sekilas ke arah Caden yang masih ketawa kecil sambil mulutnya ditekup menahan dari tersembur.

"Sorry guys, aduh hahahaha lawaklah. Macam bapak dengan anak suap makan."

"Penangan air tangan aku memang dari dulu lain maciam. Hahahaha, ingat tak dulu masa kaki Sage terkehel sampai tak boleh jalan. Aku nak dukung dia, terus tak jadi. Langsung elok kaki Sage ni. Kau ingat tak?"

"Hahahahaha ingat ingat, auto sihat kaki-"

"Hey shhh, nak sembang pung pang pung pang pergi luar. Korang ni, ganggu ketenteraman pesakit betul lah." Sage meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

DENDAMWhere stories live. Discover now