"NOAH!"
Sage terjaga dari mimpi buruknya. Dadanya berombak, dahinya berpeluh, matanya melilau melihat kiri dan kanan. Otaknya ligat memikir apa yang telah terjadi pada dirinya? Di mana dia sekarang?
Kenapa aku kat hospital? Macam mana aku boleh ada kat sini? Getus hatinya bertalu-talu.
Sage bingkas bangun dan..
"Arghhh!" Sage mengerang kesakitan, secara drastis dia memegang perutnya yang terasa seperti ditikam. Sakit.
"Tuan, tuan dah sedar?" Eemir, bodyguard Sage. Bodyguard yang tak berapa nak bodyguard. Akibat dipaksa ayahnya untuk menyuruh dia melantik seorang bodyguard buat mengawasi dirinya, Sage turutkan juga dan melantik sahabatnya sendiri sebagai bodyguardnya.
Walaupun hakikatnya dia tidak selesa hidup dalam keadaan sering di awasi orang. Jadi Sage selalu lari dari Eemir. Rimas rasanya kalau 24 jam Si Eemir itu membuntuti dia. Dia lebih suka kemana-mana sendiri.
"Aku dah cakap dah, hantar orang untuk kejar dia. Kau tengok, sekarang apa dah jadi?" Caden, sahabat baik Sage juga merangkap Personal Assistantnya. Jika dibelakang ayahnya mereka berborak seperti kawan-kawan sahaja, tetapi tidak bila dihadapan ayah Sage, automatik Caden dan Eemir menjadi formal. Memanggil Sage pun dengan panggilan Boss atau Tuan.
"Apa dah jadi ni Tuan?" soal Eemir, bimbang.
"Ish, panggil aku Sage jelah. Tak payah nak bertu..arghhh sakitnya!"
"Haih, dah lah kau rehatlah dulu. Kau belum betul-betul sembuh tu. Pakal jelah mak bapak kau kat oversea sekarang ni. Kalau tidak, lagi serabut kepala otak aku nak menjawab." Caden memicit-micit dahinya yang tidak pening, tetapi otaknya serabut memikirkan bahaya yang menimpa majikannya.
"Sebenarnya apa yang dah jadi dekat aku?" tanya Sage sambil muka berkerut menahan sakit. Pedih teramat.
"Lah, kau tak ingat?" soal Caden pula. Caden dan Eemir berpandangan sesama sendiri.
"Kau kena tikam," balas mereka serentak.
"What! Arghhh.."
Sage memegang perutnya, asyik terlupa sahaja yang perutnya sedang sakit. Pedihnya bagai disiat-siat kulit dan isi. Dia tidak boleh memberikan tekanan kepada perutnya, dia perlu lebih tenang dan rileks.
"Ya, kau kena tikam dengan pisau dan kena lapan jahitan," pintas Caden.
"Ha?" Sage masih menghadam apa yang diberitahu teman-temannya. Fikirannya masih bercelaru, siapa pula yang menikamnya? Desis hati Sage.
"Buat hal betullah budak tak guna tu," keluh Eemir. Kepala digeleng-gelengkan.
"Nasib tak mati kau dikerjakan dia. Adik kau tu aku rasa mesti ada ambil barang. Ni kalau bapak kau tahu ni macam mana?" Caden mula menyilang tangan ke dada, mata tidak berkelip memandang Sage yang masih diam membatu.
"Entah-entah bapak dia memang dah tahu pun Noah hisap da..,"
"Ish, jangan tuduh melulu mir," bidas Sage.
"But wait, macam mana Noah boleh jadi macam tu? Drastik sangat ni perubahan diri dia. Soal tikam-menikam ni bukan boleh buat main Sage. Silap hari bulan boleh melayang nyawa. By hook or by crook kita kena buat police report. Okay?" tegas Caden panjang lebar.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...