CADEN, Eemir dan Sage menuruni satu demi satu anak tangga rumah flat dengan longlai. Baru siap membawa naik semua barang-barang yang telah diborong Sage hari ini. Bukan main banyak dia berbelanja.
Kalau boleh beli satu pusat beli-belah itu, sudah lama dibelinya. Berapa kali trip dah mereka naik dan turun untuk mengangkut semua barang-barang yang dibeli Sage. Sudahlah si Peach tinggal di tingkat paling atas. Penatnya bukan kepalang.
Sampai di anak tangga yang terakhir, Caden dan Eemir terus merebahkan tubuh mereka. Peluh jangan cakaplah, menitik-nitik. Kaki pun dah longgar. Tekak kering macam kemarau di siang hari. Sage hanya menyandarkan tubuhnya di dinding, sambil melihat gelagat teman-temannya. Haih, kasihan pun ada.
"Penat siot, ni first time aku naik turun tangga sampai 6-7 kali. Macam marathon lima puluh kilometer," keluh Sage. Dadanya berombak mencari nafas.
"Thanks korang sebab dah tolong aku hari ni."
"Seriously Sage, this is the last. Tak sanggup lagi aku nak buat kerja amal ni. Kalau ada nak borong lagi barang-barang rumah ke, barang dapur ke, kau panggil orang lain je. Aku surrender dulu." Caden mengeluh. Tangan dicekak ke pinggang.
"Tak jantanlah korang ni. Pergi gym boleh pulak. Dah dah ni ambil duit ni, buat beli jajan sana." Sage menghulur beberapa keping not duit yang tidak dikira berapa jumlahnya. Tangannya terus laju memberikannya kepada Caden dan Eemir. Dengan bingkas mereka berdua bangun, badan yang tadi lesu terus cergas, mata yang tadi kuyu terus segar bugar.
"Woo woo.. tak berkelip eh mata korang. Bab duit nombor satu. Kalau aku mintak tolong tu pemalas, ada je alasan, lagi-lagi si Eemir anak syurga ni."
"Mestilah, macam nak mampus satu hari ni tolong kau membeli-belah. Tak akan tak dapat habuan. Kan kan.."
"Kalau dapat sagu hati macam ni, hari-hari pun tak apa tolong kau. Jangankan kerja amal, misi kemanusiaan pun aku dengan Eemir join," seloroh Caden. Sambil mencium bau duit. Bau kesukaan ramai.
"Ah cakap pakai air liur bolehlah.." Ayat Sage terhenti seketika. Matanya dikerlingkan ke arah jam tangan yang terletak elok di tangan kirinya. Sudah jam sembilan empat puluh minit malam. Lagi lima belas minit Peach sudah mahu tamat waktu shift kerja.
"Korang, apa-apa pun thank you so much tau dah tolong aku. Korang baliklah dulu, rehatkan badan. Mana tahu esok-esok aku nak kerah tenaga korang lagi. Hahahaha dah aku nak pergi ambil gadis misteri aku ni balik kerja. Apa-apa roger okay." Sage berlari-lari anak menuju kearah motorsikal yang diparking di tepi jalan. Terus melompat Sage keatas motor, helmet disarung dikepala, enjin dihidupkan, pedal motor dipulas dan..
Berdesup motornya meluncur pergi lalu hilang dari pandangan. Eemir dan Caden ternganga melihat antara satu sama lain.
"Wow just like that, he's gone.. hanya dengan sekelip mata." Eemir terpempan.
"Dah lah, Jomlah kita lepak mamak. Pekena teh tarik kaw fuhhh. Syahdu kalau dapat secawan," ajak Caden yang sudah kehausan.
"Jom, aku on je."
*****
SAGE tiba di hadapan kedai Peach bekerja. Dilambai-lambai tangannya ke arah Peach dibalik cermin kaca. Peach tidak membalas lambaian Sage, tidak kuasa dia hendak membalas lambaian lelaki yang berambut serabai itu.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...