BAB 15

71 13 2
                                    

DI saat aku melihat dahi orang-orang yang bilangan nombornya masih banyak, jarak dengan kematian juga masih jauh, aku tak boleh nampak apa-apa yang buruk selain kebahagian dari dalam mata mereka.

Dan.. untuk orang yang bilangan nombor di dahinya makin berkurang, aku juga boleh lihat raut wajah mereka berbeza. Berbeza dengan orang yang masih panjang nyawanya. Riak wajah yang semakin dekat dengan ajal tampak lebih suram. Seakan-akan mereka tahu waktunya akan tiba.

Begitu juga ketika aku melihat wajah Mateen waktu itu. Air mukanya tampak lain, berbeza dari selalu. Aku tahu hidupnya sudah tidak lama, hidupnya semakin tidak bahagia. Yang ada cuma pura-pura bahagia. Raut wajahnya.. kelam.

I couldn't see your happiness, Mateen.

Nombor tu.. berbaki lagi 7 hari. Kata hati kecil Peach.

Peach yang sedang duduk di meja makan, setia menanti Mateen yang sedang membuat pesanan di kaunter. Lama dia merenung sosok tubuh lelaki yang dia paling sayang ini. Dia sudah tidak punya banyak waktu bersama Mateen. Hatinya sakit melihat nombor yang terpampang di dahinya itu. Serasa seperti mahu lari dan jauhkan diri dari Mateen.

Bagaimana nanti hidupnya kalau sudah tiada Mateen disisi. Dia cuma punya Mateen seorang sahaja, siapa yang akan mengambil berat tentang dirinya lagi nanti? Siapa yang akan menjaganya? Siapa yang akan buat dia bahagia nanti? Argh, mahu meraung sahaja jiwa Peach saat ini.

"Hui.. kau kenapa tenung-tenung muka aku? Nampak kacak eh aku hari ni? Hahaha.." tersembur Mateen dengan lawak sendiri. Dasar angkat bakul.

Peach tersentak setelah ditegur Mateen. Tidak sedar dia lelaki imi sudah duduk dihadapannya seminit yang lalu. Merah padam wajah Peach, terus dia menekup mukanya menggunakan buku menu makanan yang sedang dia pegang sejak tadi.

DENDAMWhere stories live. Discover now