MALAM yang sunyi sepi itu menambahkan lagi kerisauan di dalam diri Sage. Dadanya berombak kencang, gusar hatinya memikirkan kemana hilangnya si Peach. Setiap tingkat sudah di carinya, tetapi batang hidung Peach tidak juga kelihatan.
Kini Sage sudah berada di tingkat paling bawah, dia mencari pula di kawasan taman.
"Peach! Peach! Kau kat mana? Janganlah main sorok-sorok..Peach!"
Terhenti Sage dari berteriak setelah kakinya terpijak sesuatu. Setelah diperiksa..
Ni selipar Peach, macam mana boleh..Ya Allah, tak mungkin..
Sage terus mengambil kedua-dua selipar Peach. Otak Sage masih ligat memikir kemana perginya Peach. Kena culik? Dikejar seseorang? Atau lelaki di lorong tempoh hari itu menganggu Peach lagi? Argh, sakit otaknya memikirkan semua itu.
Tanpa berfikir panjang, Sage terus menelefon temannya Caden. Laju jari jemarinya mendail.
"Hm ada apa lagi?" Caden menjawab.
"Korang kena tolong aku!"
"Ha?"
"SEKARANG!"
*****
VAN yang dipandu oleh lelaki yang berpakaian serba hitam itu memberhentikan vannya di hadapan sebuah gudang. Dibuka pintu van bahagian penumpang lalu dia merentap lengan Peach dengan kasar.
"Sakitlah! Lepaskan aku! Kau siapa? Apa yang kau nak dari aku!"
Lelaki itu hanya diam, tidak bersuara walau sedikit pun. Soalan-soalan Peach dibiarkan tidak berjawab. Di tariknya lengan Peach dengan kuat dan ditolak tubuh Peach masuk ke dalam gudang yang besar dan sunyi itu.
Ditolak lagi tubuh Peach dengan kasar, sehingga jatuh tersungkur Peach dibuatnya. Sudahlah dia berkaki ayam, tapak kakinya sedikit berdarah kerana terpijak dengan sesuatu yang tajam.
"Kau siapa? Kenapa kau bawak aku kat sini?!" Tengking Peach lagi, masih tidak berpuas hati kerana soalannya dibiar tergantung. Lagak Peach kelihatan berani sedangkan hatinya sudah menggigil ketakutan.
Lelaki serba hitam itu sedikit pun tidak menghiraukan Peach yang sejak tadi meronta-ronta dan berteriak. Tangannya laju menutup pintu gudang yang besar itu. Kini tinggal mereka berdua sahaja di dalam gudang.
Peach mahu selamatkan diri tetapi dia tidak tahu kemana harus dia pergi, pintu utama cuma ada satu sahaja. Itu pun sudah di kunci oleh lelaki yang tidak dia kenali ini.
"Tolonglah, tolong jangan apa-apakan aku, aku tak tahu apa kau nak tapi tolong le.."
Tidak sempat Peach menghabiskan ayatnya, lelaki serba hitam itu terus ketawa besar dengan suaranya yang sedikit garau. Bergema gudang itu dengan tawanya yang menyeramkan.
"Welcome to my game, baby girl, hahahahaha..."
Peach terdiam kaku, bulu romanya meremang. Siapalah jantan keparat yang menculiknya ni? Semakin seram Peach dibuatnya, mahu menjerit pun tiada guna. Kerana Peach cuba menangkap bunyi kenderaan yang lalu dari luar gudang tetapi dia tidak mendengar apa-apa. Sunyi. Sepi.
Peach rasakan gudang ini terpencil atau jauh dari orang-orang. Otaknya laju memikirkan cara untuk dia meloloskan diri. Sedang lelaki itu kusyuk melihat telefon bimbitnya, Peach dengan perlahan bangun dan berlari menuju ke pintu utama.
"Sial! Kau nak lari mana ha perempuan?"
Belum sempat Peach sampai ke pintu, lelaki itu terlebih dahulu mengejar Peach, lalu di tangkap tubuh Peach dari arah belakang. Kemas pelukannya, dipeluk erat pinggang Peach. Meronta-ronta Peach minta untuk dilepaskan.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...