BAB 36

74 8 3
                                    

TIBA di perkarangan rumah, Sage memarkirkan keretanya di garaj. Lalu membantu membukakan pintu buat Peach dan disambut Puan Sofea di muka pintu.

     "Lambatnya sampai, lama mama tunggu," sapa Puan Sofea yang sejak tadi setia menunggu anaknya dan Peach.

"Sorry ma, tadi jalan jem. Tu yang lambat sikit." Sage mendalih, laju mata Peach mengerling ke arah lelaki ni dengan depat-cepat juga Sage mengenyitkan mata. Sekali-sekala bohong sunat, apa salahnya.

Sage memimpin lengan Peach dengan berhati-hati menuju ke pintu rumah, laju Puan Sofea menyambut Peach. Dibawa Peach masuk ke dalam.

"Tessa, okay? Kalau penat Tessa boleh naik atas dulu berehat," tanya Puan Sofea. Lembut sahaja dia melayani Peach, Peach juga semakin selesa dengan wanita ini. Terasa rindu pada ibunya walaupun tidak pernah bersua muka, waima dia sendiri tidak tahu ibunya masih wujud atau tidak.

"Okay je makcik, tak penat pun–"

"Mama masak apa ma? Orang lapar dah ni, jom kita makan. Jom Peach.." sampuk Sage yang muncul tiba-tiba dari belakang dengan kedua tangannya membawa beg galas milik Peach.

"Pe-Peach? Kamu nak makan buah Peach ke?" Puan Sofea menyoal pelik. Salah dengar ke aku ni, bisiknya dalam hati.

"Err..eh tak lah ma, Peach tu nama manja Tessa. Sage je boleh panggil nama tu hehehe.." selorohnya, sambil tersenyum sumbing.

Peach disebelah hanya tersenyum kekok, eee mamat ni selamba badak je claim nama tu dia sorang je boleh guna. Dah lah nama nickname tu arwah Mateen yang bagi. Dia pula nak ambil alih sekarang. Peach menyumpah dalam hati. Tidak puas hati betul.

"Peach..jangan nak marah-marah sangat dalam hati tu. Dah meh sini, duduk. Kita makan."

Aik, mana tahu ni aku marah dia. Ada bela khodam ke apa mamat ni. So scary..

Puan Sofea hanya menggeleng kepala melihat tingkah anaknya yang sejak tadi mengusik Peach.

"Jom Tessa, kita duduk kat meja makan. Nanti makcik hidangkan nasi," jemput Puan Sofea.

"Mama dengan Peach duduk je, biar Sage yang cedok nasi. Eh jap, papa mana ma? Tak makan sekali?"

"Papa kat atas lah tu, kat bilik dia buat kerja. Takpe, mama pergi panggil papa jap, Tessa jangan segan-segan ya. Buat je macam rumah sendiri." Sempat Puan Sofea mengusap pundak Peach, menenangkan gusar di hati. Puan Sofea tahu, Peach masih kelihatan kekok mahu menyesuaikan diri di rumah orang. Masih malu-malu kucing orang kata, harus dilayan seperti anak sendiri ni, biar hilang kekok dan biar dia semakin rapat dengan Peach.

Peach mengangguk akur.

Sage sejak tadi fokus mencedok nasi disetiap pinggan dan disusun diatas meja.

"Fuh, mama masak ayam asam pedas. Favourite aku ni, kau suka asam pedas tak?"

"Suka." Peach kelihatan teruja. Sudah lama dia tidak makan mewah macam ni. Ada ayam asam pedas, kangkung belacan, telur dadar, sambal belacan dan terhidang dua air. Satu air ribena dan satu lagi air teh o panas.

Tertelan liur dibuatnya melihat masakan yang menyelerakan ni. Mungkin bagi orang lain lauk ni kelihatan simple dan tidak terlalu gah. Tetapi bagi Peach, ni sudah terlebih dari cukup. Jarang sekali Peach dapat merasa makan makanan yang banyak lauk ni. Tidak sabar rasanya mahu menyuap suapan pertama di mulut. Mesti nikmat sampai terpejam mata kan.

"Hello hello..hey Miss Peach, can you please stop berangan." Sage melambai-lambaikan tangan dihadapan muka Peach.

Tersedar Peach dari iklan makanan yang terlayar di otaknya sebentar tadi.

DENDAMWhere stories live. Discover now