MUNDAR mandir Eemir sejak sampai di kafe pagi tadi. Seperti ada hal yang membebankan otaknya, tapi apa? Ah kusut!
"Eh kau boleh duduk tak, kau kalau setakat nak kulur kilir depan aku, depan kaunter ni baik kau pergi masuk kitchen sana basuh pinggan. Semaklah.." Caden sudah pening melihat Eemir, bukan dia tidak tahu. Eemir ni memang suka buat aksi-aksi pelik atau buat teletah di hadapannya. Saja nak buat dia meluat dengan tayang muka dia depan Caden. Huh..
Semerta Eemir berhenti, kini dia memandang tepat ke arah mata Caden dihadapannya. "Weh, kau tak rasa lain ke?"
"Lain apa?" Soal Caden, acuh tak acuh.
"Boss kita tulah, dari semalam senyap je. Hari ni pun macam tak masuk kerja, tak inform apa-apa pun, kau tak rasa aneh? Musykil?"
"Perasaan kau je tu, biasalah pengantin baru. Masih mood honeymoon. Lagipun, yang kau sibuk sangat tu kenapa? Dia kan boss, suka hatilah dia nak masuk kerja ke tak. Apolahhh.."
"Kau ni positif sangatlah, kau tak ingat dua hari lepas masa ada photoshoot tu. Kan Sage kelam kabut balik, dia blah macam tu je. Tak biasa Sage macam tu." Jelas tampak serius di wajah Eemir. Sah kali ni mamat bernama Eemir tak main-main. Dia betul-betul serius.
"Ya tak ya..kau ada try call Sage ke?"
Eemir mengangguk kecil.
"Then? Angkat tak?"
Keluhan kecil dilepaskan, Eemir menggeleng kepalanya. Hampa.
"Tak angkat? Betul-betullah weh?" Caden menggoncang tubuh Eemir.
"Kali ni aku tak main-mainlah. Betul tak angkat...Cop!" Eemir diam seketika.
"Bukan tak angkat..tapi not in serviced," sambung Eemir lagi.
Caden mulai resah, diseluk poket sakunya dan mengeluarkan telefon pintar. Laju jarinya menari di atas skrin layar, nombor kontak Sage di dail.
Eemir sabar menanti. Risau apa yang difikirnya menjadi kenyataan.
"Angkat tak?" Soal Eemir, berharap kali ini Sage mengangkat panggilannya.
Caden geleng kecil.
"Cuba call nombor Puan pulak."
Caden akur. Nombor Nayra yang diberi Sage tempoh hari, di dail.
Caden geleng lagi.
"Sama. Not in serviced.. aku tak sedap hatilah."
"Kau tak sedap hati, aku dari malam semalam lagi dah rasa macam ada yang tak kena. Kan dah dua hari aku hantar report dalam group whatsapp dia tak seen pun. Bluetick apa tah lagi. Nak pergi check tak?" Eemir beri cadangan, dia dan Caden harus cepat bertindak.
Caden terdiam sejenak.
Bermain dengan perasaan sendiri.
Sage dan Puan Nayra baik-baik sahaja atau dalam bahaya? Itu yang berlegar di otak Caden. Atau..
"Aku rasa kita kena gerak sekarang, kita pergi rumah Sage dulu. Kalau dorang tak ada, dalam masa 24 jam kita buat police report."
"Aku setuju, jom. Kau masuk kereta dulu, aku bagitau staf yang lain kita ada hal."
Caden angguk, tanda faham.
Tanpa melengahkan masa, Caden terus berlari ke arah keretanya.
Stereng dipaut erat.
Kalau jadi apa-apa pada Sage dan Nayra, orang pertama yang akan terlintas dalam benak fikiran aku adalah kau. Kau..
..Noah.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...