MAYA keluar dari biliknya, selesai sahaja mandi dia mahu ke dapur untuk sarapan tetapi langkahnya terhenti melihat ibunya yang sedang khusyuk menelefon seseorang. Maya membuat muka pelik, dengan siapa pula ibunya bercakap di telefon itu. Bunyi macam serius saja.
Ligat otaknya meneka siapakah gerangan yang sedang bercakap bersama ibunya di telefon. Peach ke? Tak tak tak, mustahil. Tu bukan intonasi yang sering ibunya guna jika sedang bercakap dengan Peach. Kalau dengan Peach, mahu berdesing telinga semua orang, macam petir tengkingan dia. Silap-silap jiran pun boleh dengar.
Selang berapa minit, setelah mak cik June mematikan telefon, Maya terus mengambil tempat di sebelah ibunya.
"Siapa ma?"
"Kawan Peach, Sage namanya."
"Whattt!"
Terkejut beruk Maya mendengar apa yang disampaikan ibunya. Kawan? Lelaki ke? Atau teman lelaki? Maya meluat betul jika dia dapat tahu kalau Peach sudah punya teman lelaki atau kawan baharu. Baginya, Peach itu tidak layak untuk merasa bahagia dan tidak layak sama sekali untuk punya teman untuk bergantung.
"Kau tahu apa dah jadi kat Peach?"
"Kenapa ma kenapa?"
"Budak tak guna tu kat hospital sekarang. Koma rasanya, kena belasah dengan orang. Rasakan! Memang patut pun dia kena belasah."
Maya ketawa riang, begitulah mereka berdua. Melihat Peach terseksa, sakit, di dera adalah salah satu kepuasan bagi mereka anak beranak.
"Kenapa tak mati je sekali masa kena belasah tu, kan senang."
"Janganlah cepat sangat dia mati, kita belum puas seksa dia lagi. Biar dia mati perlahan-lahan."
Maya menyilangkan tangannya, senyumnya diherotkan sedikit. Terpamer wajah jahatnya, fikirannya sudah terbayang-bayang keadaan Peach yang lemah, sakit, terseksa. Happy dia rasa macam nak buat lompat bintang.
"Bila kita nak lawat dia ma? Tak sabar nak jenguk dia. Kesian dia sorang-sorang kat hospital tu."
"Dah, pergi siap cepat. Nak lawat sepupu kesayangan kau kan."
"Eee ma tolonglah, dia bukan sepupu okay ma. Dia pembunuh!"
Maya bangun dan menghentak-hentak kecil kakinya tanda marah. Dia paling benci kalau ada orang kaitkan Peach dengan dia. Maya, tidak menganggap Peach sebagai sepupu langsung. Hatta, kalau boleh tak nak ada kena mengena langsung dengan Peach. Dengar namanya sahaja, dia sudah naik meluat.
*****
MAYA dan mak cik June tiba di hospital Cheras. Mereka sekarang benar-benar berada di hadapan wad 04 seperti yang di bilang Sage. Ketika Maya mahu menolak pintu wad tersebut, tangannya ditahan mak cik June secara tiba-tiba. Mak cik June menghendap seseorang yang berada didalam wad Peach melalui cermin pintu wad tersebut.
"Kenapa ma?"
"Rasanya lelaki tulah yang telefon mama semalam."
Mak cik June menunding jari ke arah Sage yang kelihatan sedang menjaga Peach di dalam wad. Terjengket-jengket mereka berdua ingin melihat siapakah gerangan yang bernama Sage ini.
"Oh, apa nama dia? Saga? Sagu?"
"Sage."
Jawab mak cik June sepatah. Maya hanya mengangguk, tangan sejak tadi sudah gatal mahu menolak pintu wad itu. Membuak-buak rasa hatinya saat ini hendak melihat keadaan Peach.
"Dah lah, jom masuk."
Bunyi pintu dibuka menyentakan Sage yang sedang termenung di sisi Peach. Cepat-cepat Sage menoleh kebelakang dan bingkas bangun dari duduknya.
YOU ARE READING
DENDAM
Romance"Nombor itu tak akan bertambah dan akan sentiasa berkurang, tapi aku tak tahu macam mana cara mereka akan pergi." -Peach. Peach si gadis malang yang mempunyai kuasa aneh, iaitu boleh melihat jangka hayat manusia disekelilingnya. Tapi baginya ia buka...