BAB 24

60 9 0
                                    

TIGA hari sudah berlalu, Peach yang sedang rebahan di katil hanya membuang pandangan kosong ke siaran televisyen yang menyiarkan drama cinta aksi yang sedikit pun tidak menarik minatnya. Fikirannya melayang entah ke mana.

Hari ini merupakan hari terakhir Peach berada di hospital. Tidak sabar dia mahu pulang, sudah berapa hari dia tidak menjenguk rumahnya. Apa jadilah keadaan rumah dia sekarang. Pasti sudah berhabuk.

Dan hari ini juga adalah hari ketiga Sage tidak datang menjenguknya. Bukan lelaki itu yang lupa, tetapi Peach yang berkeras memohon pada Sage untuk tidak mengambil berat lagi tentang dirinya. Cukuplah dia sudah menyusahkan Sage dari kejadian malam yang dia hampir di langgar itu.

Budi yang terhutang tidak dapat Peach membalasnya. Semoga Tuhan sahaja yang membalas segala budi baik lelaki itu.

Kedengaran pintu wad dibuka, laju Peach menoleh. Wajah seolah-olah menanti pada seseorang terbit di mukanya yang sugul. Berharap ada seseorang yang datang menjenguk. Tapi siapa? Sage? Ah tidak. Mulut menafikan, tapi dalam hati dia sahaja yang tahu.

Peach mengeluh hampa.

"Selamat pagi, ini sarapan untuk cik Tessa. Pukul 12 tengahari ni cik dah boleh discharged ya. Nanti lagi 1 jam ada doktor pakar akan periksa cik buat kali terakhir untuk pastikan semuanya okay." Lembut sahaja suara jururawat itu memberi keterangan sambil tangannya meletakkan dulang makanan ke meja Peach.

"Baik misi. Terima kasih ya." ucap Peach. Retina matanya sesekali menoleh ke arah pintu.

Ish kenapa dengan aku ni. Malam tu aku juga yang beria suruh dia pergi. Hari ni aku pula yang tertunggu-tunggu kedatangan dia. Sudah, lupakan dia Peach. Lupakan. Desis hati kecilnya.

"Kalau ada apa-apa masalah tekan je loceng merah tu ya. Saya minta diri dulu." Sempat jururawat itu menghadiahkan senyuman manis buat Peach sebelum berpaling keluar dari wad.

Peach hanya tersenyum kelat.

Keluhan kecil dilepaskan. Tubuhnya disandarkan ke katil semula. Kata-kata Sage pada malam itu kembali bermain di benak fikirannya.
Ada sebab Peach meminta Sage pergi dari hidupnya.

Dia masih fobia dengan pemergian Mateen. Dia tidak mahu sejarah hitam tu berulang lagi. Biarlah mereka berpisah, itu lebih baik. Daripada mengecapi bahagia yang sebentar dan tidak kekal lama, dan dia juga yang harus menanggung sakitnya kehilangan buat kali kedua.

*****

SAGE meraba-raba dahinya yang tidak kotor itu. Musykil dengan pandangan Peach, asyik tenung dahinya saja. Ada jerawat ke? Tak mungkin, handsome boy macam aku jarang tumbuh jerawat. Nafinya dalam hati.

"Kenapa kau bersungguh-sungguh nak lindung aku ya?" soal Peach memecah keheningan.

Tingkah Sage yang masih meraba-raba dahi terhenti. Perlahan anak matanya bersabung dengan anak mata Peach.

"Ada sebab kenapa kita dipertemukan. Aku tak pernah minta untuk melanggar kau dan kau pun tak minta untuk dilanggar aku."

Dahi Peach berkerut. Cuba untuk hadam apa yang dikatakan Sage.

"Life is so unpredictable. Things happen suddenly.. unexpectedly. Terkadang kita merasakan bahwa kita boleh mengawal hukum alam. But, we human always forgot that we are ruled by the forces of chance and coincidence."

Kata-kata Sage terhenti. Dia menundukkan kepala, cuba untuk mencari kekuatan. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan.

Wajah diangkat kembali dengan senyuman melekat di bibir. Senyuman paksa. "Do you believe that there are no coincidences in life?" soal Sage.

DENDAMWhere stories live. Discover now