BAB 1

247 17 1
                                    

"TINGGAL lagi beberapa mukasurat saje sebelum kau boleh rehat sepenuhnya." Najihah sedaya-upaya memberi semangat kepada hatinya yang kian goyah apabila semua tesis-nya kerap kali ditolak oleh Professor Sumayyah.

Ada sahaja perkara yang tidak kena dimatanya. Tajuk terlampau umum. Tidak mempunyai rujukan yang lebih banyak. Tidak cukup perkataan. Dan yang paling membuatkan darahnya mendidih apabila dia kata topik untuk tesisnya tidak menarik!

Ewah, panas betul hati ini. Nasib baiklah dia dalam tempoh pencarian topik. Kena buat beberapa overview drafts untuk diserahkan kepada Professor Sumayyah hari ini juga. Kalau di-approved, dapatlah dia memulakan tesisnya pada hari ini juga.

Cuba bayangkan jika Professor Sumayyah menolak tesisnya ketika dia sudah menyiapkan sebanyak beratus-ratus mukasurat?

Memang segala jenis puting beliung boleh keluar menyerang professor anak dara tua yang cerewet itu.

"Uit, nampak stres aje muka tu. Janganlah stres-stres, tak comellah muka Cik Jihah kita ni." usik Fatin. Dia mengambil tempat yang berhadapan dengan Najihah.

"Memanglah aku stres, prof kesayangan korang tu dah buli aku cukup-cukup. Masuk kali ni saje, dah tiga kali dia reject drafts aku." gerutu Najihah. Dia membetulkan kacamatanya yang sudah melorot sampai ke hidung. Tudung pun sudah bertukar senget-benget.

Fatin dan Shahirah merenung muka satu sama lain. Simpati juga dengan nasib Najihah yang kerap kali berbeza pendapat dengan Professor Sumayyah. Sudahlah tajuk yang dia dapat susah-susah semuanya.

"Prof. Sumayyah bagi tajuk apa dekat kau?" soal Fatin.

Najihah malas hendak membuka mulut. Tangannya sahaja yang bergerak memusingkan komputer riba untuk ditunjukkan kepada mereka berdua. Fatin dan Shahirah mencerlung melihat tajuk dan overview tesisnya untuk dihantar kepada Professor Sumayyah.

"Psikologi hal perkahwinan dan keluarga? Senang juga tajuk yang prof bagi pada kau. Tak ada masalah punya. Kau tanya sajelah mama dan papa kau. Insha Allah kau boleh buat." Fatin memberi semangat.

"Haih, senangnya kau bercakap. Kau tahu tak, tajuk tesis yang kau kata senang sangat inilah yang dah berulang kali Prof. Sumayyah tolak. Ubah itu salah, ubah ini salah. Semua nampak tak kena dekat mata dia." keluh Najihah.

Dia membetulkan kacamata yang sudah melorot sampai ke hidung sekali lagi.

"Kau tu pelajar cemerlang yang dia ada mestilah dia nak yang paling terbaik dari kau. Nak harapkan kitorang ni, memang tajuk yang senang-senang sajelah prof bagi sebab tak nak kitorang merapu dalam drafts tu." kata Shahirah.

"Susah sangat, kau cari social experiments sajelah. Mengorat budak lelaki universiti kita atau lihat kejujuran orang awam dengan berpura-pura tinggalkan RM50 atas lantai." kata Fatin, cuba memberi cadangan.

Najihah ketawa terbahak-bahak sebelum menyambung, "Ha'ah. Terima kasihlah untuk idea paling bernas kau tu. Entah-entah, dia baru tengok tajuk saje terus dia baling drafts aku keluar dari tingkap. Lepas tu, aku heret kau terjun tingkap dengan aku sekali. Nak ke?"

"Apa salahnya? Itu idea yang paling ramai guna," kata Fatin.

"Fatin. Kau faham tak? Prof. Sumayyah nak idea yang lain. Out of the box. Kalau nak kekal in the box, tak payahlah susah-susah dia nak tolak hasil kerja si Jihah ni." kata Shahirah.

Najihah menganggukan kepalanya. Akhirnya, ada juga yang memahami perasaan dia.

Fatin pula menganggukan kepala menandakan yang dia faham.

Suasana hening. Mereka bertiga hanya mendiamkan diri setelah tidak mendapat sebarang idea buat Najihah.

"Tak apalah. Inikan kerja aku. Pandai-pandailah aku fikir nanti. Jomlah balik. Aku rasa jam aku dah tunjuk pukul enam. Aku tak solat Asar lagi." kata Najihah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now