BAB 32

70 8 0
                                    

NAJIHAH terkial-kial membawa bagasinya turun daripada tingkat dua rumah sehingga mencecah lantai rumah di tingkat satu. Begitu kuat sekali helaan nafasnya ketika bagasi sebesar peti sejuk mini itu menyentuh lantai. Dia memegang pula lengannya, risau berotot. Nanti dah boleh masuk sukan olimpik angkat bagasi bertan-tan.

"Biar saya bawakan." ujar satu suara. Tangan bersaiz maskulin yang dihiasi jam tangan Tissot berwarna hitam itu menarik perhatian Najihah. Laju sahaja kepalanya diangkat untuk melihat gerangan yang menghulurkan bantuan.

Seperti yang dijangka, mestilah Haziq orangnya. Dia satu-satunya lelaki yang menjadikan rumah Najihah ini seperti rumah sendiri dan rumah keduanya. Kalau boleh tidur disini, agaknya dia akan bawa sebuah almari yang dipenuhi pakaiannya masuk kesini. 

"Saya boleh bawalah. Awak buat apa dekat sini? Kenapa awak tak pergi kerja?" soal Najihah, jengkel.

Haziq akur dengan arahan Najihah lalu melepaskan pegangannya pada bagasi tersebut. Dia membetulkan lengan baju yang melorot sehingga ke pergelangan tangan untuk seketika sebelum berkata, "Saya kerja hari ni. Tapi tu lah, mama saya dan mama awak ada bagitahu yang awak nak fly balik kampung hari ni. Itu yang saya datang, saya nak tolong hantar."

"Awak willingly hantar saya ke airport?" soal Najihah.

Haziq mengangguk mengiakan soalan Najihah. Jejaka itu hanya menampilkan senyuman penuh manis kepada gadis itu. Sementelah Najihah pula, terus sahaja mengangguk untuk memadamkan rasa gugup dalam hati. Entah kenapa selama satu bulan di Kuala Lumpur dan kerap kali dipertemukan oleh ibu-ibu mereka, gaya pemikiran Najihah sedikit sebanyak berubah keatas Haziq. Nyatanya dia silap ketika berpendapat bahawa jejaka itu berniat jahat dan tidak ikhlas pada dia serta keluarganya.

"Kalau saya boleh ikut awak balik kampung, dah lama saya ikut. Tapi itulah, kekangan kerja. Saya tak boleh nak buat apa. Kerja pun makan gaji saje, ikut telunjuk bos." seloroh Haziq.

"Faham. Saya pun tak pergi lama. Kali ni, saya dah niat untuk habiskan kerja saya. Lepas tu, saya baliklah KL sebab nak buat persediaan untuk graduation day pula. Lagi satu, raya pun dah nak dekat sangat. Kalau boleh, saya nak habiskan semua kerja saya sebab nak enjoy hari raya!" balas Najihah. Seronok pula membayangkan cuti raya tanpa assignments yang membebankan otak. Masha Allah, best!

"Ewah, rancaknya bersembang. Sampai ke dapur mama boleh dengar. Baguslah dah boleh slow-talk macam ni. Kemudian, boleh kenal hati bu-" usikan Puan Haliza tersekat tatkala Najihah cepat-cepat mencelah.

"Ewah, mama! Jihah rasa Jihah dah lambat sangat ni. Flight pukul 9, tapi relaks sangat sampai dah tak sedar jarum tunjuk pukul 8:15. Nak kena pergi ambil Shirah pula kat rumah sewa. Kami pergi dulu, ye." Najihah bergegas memotong percakapan Puan Haliza. 

Pantas sahaja Najihah mencapai tangan Puan Haliza untuk bersalaman sebelum bertindak keluar dari rumah.

"Aunty, Haziq pergi dulu." giliran Haziq pula mengucapkan selamat tinggal tanpa bersalaman. 

Puan Haliza mengekori langkah Najihah dan Haziq yang sudah menghampiri pintu kereta. "Jihah, jangan lupa kirim salam mama untuk Tok Wan dan Mak Mah. Haziq pula, tolong hantar Jihah saje ye. Jangan nak melencong buat benda lain pula. Nanti aunty blacklist nama Haziq dari senarai menantu aunty."

Haziq ketawa mendengar usikan Puan Haliza, manakala Najihah hanya diam tidak berkutik. Senarai menantu yang dikatakan mama itu kedengaran ramai sungguh. Tapi nama yang tidak berhenti dia usul ialah nama Haziq. Selama sebulan ini, kerap juga Puan Haliza menyatakan hasrat ulungnya itu untuk bermenantukan Haziq pada Najihah. Benar-benar berharap agar anak tunggalnya itu berubah fikiran.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now