BAB 56

68 6 0
                                    

"JADI kau memang betul-betul merajuk sebab Aisyah ke?" soal Haqeem, memecahkan tembok kesunyian yang bertapak kukuh diantara Haqeem dan Najihah. Tembok sunyi yang penuh keegoan itu sudah tentulah dibina oleh Hawa bernama Nur Najihah Nazrin Shah.

"Ish, tak payahlah mention lagi benda tu. Kalau awak dah tahu, awak sepatutnya diam-diam saje tadi. Tengoklah, Tok Wan dah buat muka mengejek depan saya. Nanti kalau kami jumpa dekat rumah, confirm kena bahan teruk-teruk." bebel Najihah dan memeluk tubuhnya.

Haqeem menggaru kepala yang tidak gatal. Dah mention tanda memahami pun dia dimarahi, kalau tidak ambil tahu pun mesti dimarahi juga nanti. Haqeem menyebak rambut pendeknya itu ke belakang.

"Saya mention nama Aisyah sebab saya nak tunjukkan dekat awak yang saya ni concern orangnya. Kalau saya tak mention nanti mesti awak complain, kenapa saya tak faham awak pula. Saya tinggal dengan dua orang perempuan dekat dalam rumah tu, mestilah saya dah kenal dengan perangai perempuan sangat-sangat, sayang." Haqeem berhujah dengan panjang lebar.

Kembang-kuncup lubang hidung Najihah apabila dia mendengar Haqeem yang tiba-tiba sahaja membahasakan dirinya sebagai 'saya-awak' serta panggilan sayang pada hujungnya menyentakkan seluruh tubuh.

"Kenapa diam pula?" soal Haqeem, hairan. Terharu pula ke sebab dia menyatakan alasan begitu panjang?

"Dah buat salah baru nak panggil sayang." getus Najihah. Dia menarik totebag yang tergantung pada bahunya dengan lembut. Niatnya untuk menghilangkan perasaan gemuruh yang dibuat Haqeem.

"Saya memang dah ada niat nak panggil awak tu sayang. Awak tu sayang saya sampai bila-bila. Tak ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat sayang saya ni dalam hati saya. Saya ni dah lama tunggu sayang saya ni dari kecil lagi." berkali-kali Haqeem menyebut perkataan sayang.

Bukan gelaran sayang yang biasa-biasa, ya.

Dengan pakej 'Sayang Saya' lagi itu. Kalau Najihah tetap mahu merajuk, entahlah apa yang patut Haqeem fikirkan lagi.

Najihah hanya tersenyum nipis untuk menyembunyikan perasaan seperti bunga api dalam hatinya. Berdentam-dentum usai dipanggil sayang berkali-kali oleh Haqeem. Oh, apakah gelaran Haqeem sebagai hero yang tidak romantik itu bakal bertukar ganti dengan Hero Paling Romantik Tahun Ini?

"Kau tak payah nak senyum-senyum sangatlah." perasaan Najihah yang dibawa terbang tinggi ke langit itu akhirnya terpadam apabila dia terasa seperti dijatuh terhempas ke bumi dengan kuat apabila Haqeem kembali menjadi Hero Tidak Romantik itu.

Baru sahaja dia hendak memarahi Haqeem, lelaki itu sudah laju meninggalkan dia dihadapan halaman rumah. Patutlah dia kembali kepada mod tidak sweet itu, rupanya sebab mereka dah sampai rumah. Siapa nak tunjuk yang mereka sedang dilamun cinta, kan? Habis diejek nanti.

▪️▪️▪️

Sesi menganyam daun ketupat menjadi begitu riuh dengan Haqeem yang tidak berhenti menegur Najihah akan kesilapannya. Najihah kelihatan begitu kekok ketika hendak menganyam daun-daun tersebut sehingga ada antaranya yang rosak dan patah-patah. Umum mengetahui, tangan Najihah tidaklah begitu lembut dan berseni seperti gadis-gadis lain.

"Ya Allah, awak kena pusing terus dan selitkan dalam daun-daun yang lain. Tapi, lembutlah sikit. Kalau awak buat macam tu, memang boleh berlubang terus daun palas ni." tegur Haqeem. Dia mengajar Najihah dengan penuh kesabaran.

Hana yang berada disitu hanya mengukirkan senyuman manis. Memang dah nampak dah masa hadapan mereka jika hubungan mereka ini mampu sampai ke jinjang pelamin. Sesuai sangatlah Najihah yang kasar dan tangan kayu dengan Haqeem yang lembut dan tangan berseni.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now