DALAM penuh keterpaksaan dan tanpa rela, Najihah turutkan juga arahan Tok Wan. Kakinya terasa lemah hendak menyusun langkah ke rumah Haqeem. Haqeem atau Emma? Halah... pening! Susah betul dia hendak menerima kenyataan yang sepahit hempedu ini.
"Nak pergi ke? Ada masa lagi kalau kau nak patah balik ni, Jihah." Najihah sedaya-upaya memujuk hatinya yang seolah-olah mengalami penyakit kecelaruan identiti.
Sepuluh minit yang lepas, dia berasa sangat yakin hendak bertemu dengan Emma... eh- Haqeem! Kemudian, dalam sekelip mata sahaja, hatinya berpatah balik. Dia tidak pasti dengan perasaannya.
Najihah takut kalau dia akan lebih marah setelah melihat perubahan drastik Haqeem. Dia takut kalau dia tidak dapat mengawal inner demon-nya yang meronta-ronta ingin keluar dan secara tidak sengaja bergaduh dengan Haqeem pula.
"Urgh, konfliknya! Apa nak buat ni? Mulut aku ni rasa macam nak ruqyahkan saje si Haqeem tu. Eh, tapi aku tak warak macam Tok Wan. Adeh, pening!" Najihah berhenti dari berjalan dan mencangkung ditengah-tengah jalanraya. Macam dah tak ada tempat lain nak cangkung pun.
"Papa cadangkan kamu buat projek psikologi tentang cara pemikiran golongan lelaki lembut ini. Apa yang mereka fikir? Apa punca kepada perubahan mereka itu? Apa cara untuk tarik minat mereka?"
"Kenapa? Apa salahnya kamu approach dia. Bimbing dia ke jalan yang benar. Kamu berjaya, dia berubah dan kamu pun dapat pahala. Seronok, kan?"
"Patutlah papa beria-ria nak aku usulkan tajuk ni dekat prof dan jadikan mamat tu eksperimen aku. No wonder-lah! Kenapa kau ni bendul sangat tak perasan plot twist papa, Jihah? Aduhai." dari mencangkung, Najihah terduduk pula atas jalan tar itu.
Najihah bukan geli, jauh sekali ingin membenci Haqeem. Namun, sukar untuk dia menerima cinta pertamanya itu sudah berubah rupa. Dari segagah-gagah hero buat Najihah, kini berubah menjadi musuh yang sangat dibenci olehnya.
Dari awal pertemuan lagi, hubungan mereka tidak berjalan dengan baik. Adakah ini petanda agar mereka sebenarnya tidak patut bertemu? Tapi, Najihah sudah terlajak ke kampung. Macam mana?
Konflik, konflik!
"Nak, okey ke ni?" sapa satu suara.
Najihah membuka mata dan kelihatan seorang makcik yang membawa bungkusan plastik dalam tangan sedang mengejutkan dia. Mesti dia tak ubah seperti orang gila sebab mencangkung ditengah-tengah jalan seperti meminta dijemput malaikat secepat mungkin.
"Ah, s-saya okey." kata Najihah sebelum bangkit dan bergegas menuju ke rumah Haqeem. Ah, bantai sahajalah! Datang dan hantar juadah, kemudian lari. Eh, permohonan maaf macam mana pula? Hari raya nantilah dia minta maaf!
Makcik tadi hanya melihat Najihah yang lintang-pukang lari menyelamatkan diri. Gaya Najihah itu sama sahaja seperti seseorang yang melihat benda ghaib. Lalu, kepala yang tidak gatal itu menjadi mangsa untuk dia menggaru dengan kasar.
Aneh betullah perangai budak muda sekarang ini. Risau.
▪▪▪
Akhirnya, Najihah tiba juga dihadapan perkarangan rumah kayu yang nampak antik itu. Cantik. Lebih menarik perhatian Najihah adalah tanaman dan pokok-pokok bunga yang pelbagai jenis. Pandai betul keluarga Haqeem menjaga bunga. Kalau dapat pada Najihah, memang pendeklah riwayat bunga-bunga itu kerana tidak dijaga dengan baik.
Dari jauh, Najihah melihat ramai gadis muda belia sedang berkumpul dikawasan pangkin rumah Haqeem. Suara mereka begitu kuat sehingga Najihah yang sejauh 1 kilometer pun hampir pecah gegendang telinga mendengarnya.
"Sembang apa yang riuh sangat tu? Macam nak bagi satu planet ni dengar suara diorang." getus Najihah dalam hati.
Bekal makanan dalam bungkusan plastik menarik perhatian Najihah. Lauk dalam tangan pun dah hampir sejuk, namun tetap tidak sampai pada penerima yang sepatutnya.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
Fiksi PenggemarBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...