HARI minggu yang membosankan kalau Najihah dan Shahirah hanya duduk dirumah sahaja. Jadi, dua orang gadis itu telah ke rumah Mak Su Najihah yang rumahnya terletak disebelah rumah sahaja. Lama rasanya tidak menjenguk anak bongsu Mak Su yang baru lahir sebulan lalu itu.
"Jihah..." panggil Mak Su.
Najihah yang ralit melayan bayi kecil itu, terus sahaja mengalihkan pandangan kearah makciknya. Begitu juga dengan Shahirah.
"Mak Su tak boleh nak keluar sebab tengah pantang lagi ni, jadi boleh tak kamu tolong hantarkan kuih-kuih ni ke warung Puan Zainab tu? Selalunya budak Haqeem tu datang ambil, tapi hari ini dia tak dapat datang sebab ada hal. Kamu tolong hantar boleh?" pinta Mak Su.
"Oh, kalau Haqeem tak datang, si kembar hantarkan ya?" soal Najihah. Mak Su pantas mengangguk. Kalau hari minggu memang anak-anak kembarnya itu ada kelas tambahan di pekan. Agak sibuk jadinya.
"Tak apalah, boleh saje. Saya pun boleh ikut sekali." kata Shahirah. Suka pula dia nak membantu Mak Su menghantar kuih-muih ke warung Haqeem itu.
Najihah mengiyakan, "Boleh saje. Jomlah pergi sekarang, Shirah."
▪️▪️▪️
"Kau tak ada pula nak kacau dia hari ni?" soal Shahirah sambil memegang beberapa bakul kuih yang diletakkan diatas ribanya. Beberapa bakul lagi diletakkan di bahagian kerusi belakang. Banyak sangat nak kena pegang, itu yang terpaksa Shahirah pegang dikerusi depan.
"Kau dengar kan Mak Su aku kata apa tadi? Dia tak ada. Dia sibuk hari ni. Takkanlah aku nak kacau dia juga. Buatnya dia mengamuk dengan aku?" balas Najihah. Matanya fokus memandang jalanraya walaupun mulut sibuk membalas soalan Shahirah.
"Kau kacau dia semalam, dia tak marah pun. Aku tak rasalah dia akan marah kalau kau buat lagi." balas Shahirah. Dia bercakap berdasarkan dari apa yang dia lihat antara Najihah dan Haqeem semalam.
"Itulah yang aku pelik tu. Relaks betul dia semalam. Padahal, banyak juga aku buat hal. Letak kerengga, sudah. Caras kelas mekap dia, pun sudah. Tapi, dia boleh buat muka cool saje. Dia dah penat kut dengan aku." balas Najihah.
"Maksudnya, dia nak tamatkan perang dengan kaulah tu." balas Shahirah.
Najihah memandang wajah Shahirah seketika sebelum fokus pada pemanduannya, "Shirah, firasat aku kuat mengatakan yang Haqeem sebenarnya mengakui yang dia gay. Sebab itulah, dia malas nak melayan aku kan? Sebab dia tak nak aku mengadu pasal dia dekat Haziq? Mestilah dia takut kalau crush dia benci dia kan?"
Shahirah menepuk dahinya, "Apa ke situ pula perginya ni?"
"Iyalah, betullah kan? Kalau tak, sebab apa lagi dia nak berlagak cool macam tu. Kau mesti pernah tengok drama Melayu kan? Macam mana antagonis nak caras heroin, dia buat baik depan heroin sampailah heroin tu puji-puji antagonis depan hero. Kau takkan tak faham, Shirah?"
"Kau melalut apa ni? Cerita genre apa kau nak buat ni, Jihah? Tak ada maknanya benda nak jadi macam tu." tegur Shahirah.
Akhirnya, mereka tiba juga dihadapan warung keluarga Haqeem. Namun, Shahirah dan Najihah masih belum mahu melangkah keluar setelah apa yang mereka bincangkan ketika ini.
"Jihah, sekarang ni kau bukannya nak belajar pasal psikologi seorang lelaki lembut dan berniat untuk mengubah si Haqeem tu tau. Apa yang aku nampak sekarang ni, kau macam tengah ada panic attack sebab kau masih tak boleh terima kawan lelaki kau yang paling rapat dah jadi macam tu. Lepastu, kau bukan nak tolong dia... kau macam nak serang dia lagi menggunakan teori pelik pasal lelaki gay tu. Kau tu pakar psikologi, bakal jadi doktor falsafah. Tapi, aku nampak kau macam nak psiko si Haqeem tu lagi adalah." bebel Shahirah.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanficBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...