BAB 52

74 5 0
                                    

MATA Haqeem langsung tidak lepas dari merenung telefon bimbitnya yang berada diatas meja tempat untuk dia memasak. Dia langsung tidak senang duduk. Boleh kata hampir setiap satu minit, kepalanya pasti akan berpaling melihat telefonnya. Boleh terkehel tengkuk apabila berpusing banyak kali.

Namun, itu tidak terjadi kepada Haqeem yang sememangnya menantikan mesej dari Najihah. Walhal, gadis itu baru sahaja pergi tidak sampai satu jam. Puas sudah dia memujuk diri sendiri untuk bersangka-baik tentang Najihah dan Haziq walau dimana sahaja mereka berada.

Semuanya kerana sebuah mesej yang muncul setelah dia selesai menunaikan solat fardhu Subuh pagi tadi. Kerana mesej itu, hidup Haqeem habis tunggang-terbalik dan jiwanya tidak keruan. Mesej yang dihantar dari Najihah itu berbunyi begini, 

Najihah
Haqeem, saya pergi hantar Haziq balik tau. Nanti kita jumpa, bye.

Ya, kerana mesej ringkas dan pendek itulah berjaya membuatkan Haqeem langsung gelisah. Mujurlah hari masih pagi lagi dan dia sendiri pun belum mula berperang didapur. Kalau tidak, mahu insiden tomyam berlaukkan kosong itu terjadi lagi.

"Urgh, lamanya. Dia memang hantar mamat tu sampai lapangan terbang atau hantar sampai KL terus? Ish, tak puas hatinya aku!" bebel Haqeem. Dia menggentel hujung rambut panjangnya sampai berpintal-pintal. Elok rambut itu lurus, terus jadi ikal mayang pada bahagian hujung.

"Ish, panas punggung aku macam ni." bebel Haqeem lagi. 

Lalu, dia bangkit dari kerusinya. Kaki digerakkan kehulur dan kehilir dikawasan yang sama. Kadang-kala, dia secara tiba-tiba membuat senaman lompat bintang didapur hanya untuk melupakan Najihah buat sementara waktu. Namun, usaha murninya itu menemui kegagalan dan dia akhirnya terbaring lesu diatas lantai dapur yang kotor itu. Tidak dipedulikan perkara sekeliling apabila Najihah sahaja yang mengisi ruang fikirannya.

Baru dua minggu dia dan Najihah berbaik setelah perbalahan yang disangkakan tidak akan habis itu, tapi Haqeem sudah gila bayang ibarat pasangan bercinta. Cis, bercinta pun tidak tapi dah melebih-lebih. Haih, kena kahwin terus nampaknya. Dia harus menyunting bunga milik Encik Nazrin itu secepat mungkin.

Bagaimanalah Haqeem tidak gila bayang apabila Najihah sentiasa datang kerumahnya untuk menjalankan sesi kaunseling yang masih berjalan itu. Setiap hari tanpa tertinggal walau sehari, Najihah muncul dirumah dan kedainya untuk membuat terapi yang sama iaitu Najihah sentiasa menyuntik semangat Haqeem untuk berpakaian seperti lelaki normal.

Begitu banyak baju-baju mahal dibeli oleh Najihah sebagai hadiah kepada Haqeem kerana berjaya melepaskan diri dari naluri wanitanya. Bilang sahaja jenama apa yang tiada, semuanya ada! Polo, Gucci, Ralph Lauren, Calvin Klein, Lacoste dan banyak lagi!

Sebagai balasannya, Najihah diberi sesi belajar memasak dengan Haqeem. Setiap pagi sebelum kedai dibuka secara rasmi, Najihah akan datang untuk belajar pelbagai jenis juadah. Antaranya adalah asam pedas ikan pari, pajeri nenas, kari kepala ikan dan tomyam kegemaran Haqeem!

Haqeem sibuk bermain dengan rambut dan hatinya. Hatinya cukup rindu! Aish, dia tidak seharusnya merindukan seseorang yang bukan mahramnya tetapi apakan daya jiwanya berkata sebaliknya. Melawan!

"Yuhuu, Haqeem!" panggil satu suara. Laju sahaja kepala Haqeem menoleh mencari arah suara itu. Kelihatan Muaz datang menghampiri dengan begitu yakin kearah Haqeem. Rambutnya yang pendek dan memberi sentuhan gaya rambut seperti artis Korea itu ditayangkan kepada Haqeem.

"Wah, cantiknya rambut! Eh, bila kau sampai ni?" soal Haqeem.

"Aku baru sampai semalam! By the way, terima kasih sebab puji rambut aku." balas Muaz.

"Ewah, dah kerek sekarang sebab ada rambut baru. Apa jadi dengan kau punya gebang pasal nak simpan rambut sebab sayang tu?" soal Haqeem. Sempat juga dia memegang rambut baru Muaz. Nampaknya, kawan baiknya itu sudah semakin maskulin sejak bertemu cinta hati pengarang jantung. Siapa lagi kalau bukan Shahirah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now