"BABE, kau tak pergi surau ke? Aku tengok surau tu dah makin cantik dah. Tinggal nak masukkan perabot-perabot saje. Cat pun rasanya dah complete dah tu." ajak Muaz. Selesai tugasnya di surau, dia membuat keputusan untuk mendapatkan Haqeem di warung. Dia tahu sangat kalau Haqeem tiada di surau, mesti warung sahajalah tempat dia bertandang.
"Aku sibuk tolong keluarga aku dekat sini. Tengoklah, petang nanti aku pergi surau. Tak lepas tangan sebab ramai pelanggan hari ni. Kalau tak sempat sangat, kau sajelah tolong tengokkan. Guide diorang untuk kemas dan susun perabot-perabot tu." arah Haqeem. Dalam pada mulut memberi arahan, tangan sibuk juga menyiapkan makanan untuk pelanggan.
Maklumlah, bulan puasa ini memang ramailah yang datang singgah untuk beli juadah berbuka puasa nanti.
Muaz mengangguk memahami. Dia bukanlah pakar sangat dalam hal-hal macam ini sebab dia sendiri pun dulu graduan jurusan yang berbeza daripada Haqeem. Risau pandai-pandai bagi arahan nanti, jadi lain pula penambahbaikan pada surau itu. Setakat nak tolong perhatikan susunan perabot dalam surau itu, memang kacang sangat!
Ketika Muaz sudah berura-ura ingin beredar dari warung Haqeem itu, dia dapat melihat Najihah sedang meluru menuju kearah warung tersebut. Wajahnya neutral, tapi langkah kaki itu kelihatan begitu laju seolah-olah enjin ya. Merisaukan.
"Babe, Jihah datang sinilah." kata Muaz.
Telinga Haqeem laju sahaja menangkap baris nama itu. Bergegas dia menutup paip air di sinki dan segera mengelap tangannya yang basah. Bukan main lagi dia bersiap untuk menerima kehadiran Najihah. Jangan si Muaz ni prank Bang Bang Boom sudahlah.
"Mana?" soal Haqeem. Panjang lehernya untuk mencari kelibat gadis itu.
"Itu." Muaz menunjukkan arah pintu masuk warung.
Kelihatan Najihah tiba bersama kawannya dan mengambil tempat disalah satu tempat duduk disitu. Meskipun agak meriah dengan pelanggan, namun kerusi dan meja tetap mencukupi buat mereka berdua.
"Kau layanlah diorang. Aku gerak dulu eh? Nanti risau tak bergerak pula perabot-perabot tu." Muaz meminta izin untuk beredar daripada situ.
Haqeem mengangguk menandakan yang dia benarkan Muaz untuk pergi. Ceh, gaya macam bos arahkan stafnya untuk pergi ke site project mewakili dirinya yang sibuk dengan cinta hampir 24 jam. Haih, drama Melayu sungguhlah.
▪▪▪
"Jihah! Akak tak tau pun yang Jihah dah balik sini? Bila Jihah sampai?" seperti biasa, Hana kalau dapat bertemu semula dengan Najihah memang segala benda terlupa. Sampaikan nak mencatat order berbuka puasa Najihah pun dia akan terlupa sepenuhnya. Mulut itu hanya tahu nak bersembang sahaja.
Najihah mengoyak senyuman manis seraya membalas. "Jihah baru sampai semalam dengan kawan. Kak Hana, kenalkan ni Shahirah. Shirah, ini Kak Hana. Kakak Haqeem."
Shahirah menghulurkan salam seraya membalas senyuman Hana.
"Akak, Haqeem ada?" soal Najihah secara straight-forward. Tiada langsung kiasan mahupun ayat-ayat yang melalut untuk bertanyakan khabar tentang Haqeem. Semalam ketika Haqeem menghantar mereka pulang, tak sempat langsung Najihah nak bertegur sapa memandangkan dia sendiri pun tengah penat dan banyak lagi benda yang dia nak tanya pada Tok Wan.
"Ada. Dia dekat belakang, macam biasalah tugas dia untuk memasak. Tambah sibuklah dia dalam bulan puasa ni, banyak juadah kena masak. Jihah nak jumpa dia ke?" soal Hana. Lapang sungguh hatinya apabila melihat Najihah langsung tidak terasa hati dengan sikap Haqeem sebulan yang lalu. Risau juga dia kalau kerana pertelingkahan itu, membuatkan Najihah putus asa untuk membantu Haqeem.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanfictionBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...