BAB 54

66 5 0
                                    

TERSIPU-SIPU malu Najihah hendak menjamah juadah berbuka puasa apabila kepalanya asyik mengulang insiden yang terjadi ketika di bazar ramadan tadi. Laksana siaran Astro, gaya Haqeem memperkenalkan Najihah sebagai bakal isterinya kepada Aisyah kerap kali berulang tanpa henti dalam otaknya. Ulang dan terus ulang.

Tok Wan juga sedang sibuk mencubit isi ayam dan digaul bersama nasi sebelum disua masuk kedalam mulutnya. Namun, fokusnya pada juadah berbuka puasa itu agak terganggu melihat cucu perempuannya itu ralit melayan angannya.

"Uit!" sapa Tok Wan secara tia-tiba

"Oi, uit kenapa?" Najihah termelatah. Mujurlah, pinggan yang berisi nasi dan ayam masak merah air tangan Najihah itu tidak tercampak ke belakang. Pantas dia kembali ke alam realiti dan fokus memandang wajah Tok Wan yang terpinga-pinga.

Ewah, Tok Wan yang terkejutkan orang, Tok Wan juga yang keliru melihatnya.

"Terkejut Jihah, Tok Wan. Kenapa Tok Wan panggil Jihah? Tok Wan nak sesuatu ke? Nak lauk?" soal Najihah, prihatin. Pantas sahaja dia bangun dari kerusi tanpa dipinta untuk mencapai lauk yang agak jauh dan diletakkan dihadapan Tok Wan.

Tok Wan mengeluh perlahan dan menggeleng, "Bukan, bukan. Tok Wan hairan saje tengok kamu. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba saje termenung. Kalau termenung biasa, tak mengapalah. Ini termenung sampai tersenyum-senyum sendiri. Seram Tok Wan dibuatnya. Kamu fikir apa tu?" panjang lebar dan bertubi-tubi soalan diajukan kepada Najihah.

Najihah menggeleng perlahan, "Teringat drama Korea." balas Najihah pendek.

"Apa handsome sangat ke hero drama Korea tu sampai kamu angau sampai macam ni sekali?" soal Tok Wan, hairan.

"Handsome. Dia macam hero drama Korea versi tempatan. Muka putih, tapi tak adalah putih sangat. Dia pandai masak. Dia pandai tangkap ikan. Dia romantik orangnya." pujian Najihah melambung-lambung sampai ke langit ketujuh gayanya. Sehingga tanpa sedar, pujian itu sememangnya tertumpu pada Haqeem.

Tok Wan berkerut-kerut kening ketika cuba untuk menganalisis apa yang dikatakan cucunya itu. Menurut kata hatinya, Najihah sedang berkata tentang Haqeem. Tetapi, setahu dia, Najihah tidak pernah menunjukkan apa reaksi yang melibatkan cinta dan perasaan pada Haqeem. Lain pula dengan Haqeem, lelaki seorang itu memang sungguh jelas bahasa cintanya.

Tiada sesiapa pun boleh menandingi angau Haqeem kepada Najihah ketika cucu perempuannya itu membuat keputusan untuk lari balik ke KL untuk sebulan lamanya. 

Namun, melihatkan dari gaya Najihah, jelas dapat dilihat bahawa cucunya itu turut sama terpalit dengan virus angau dari Haqeem. Aduh, apa sudah terjadi sebenarnya ini?

▪️▪️▪️

Jika tadi dapat dilihat bagaimana Najihah tersipu-sipu malu seperti orang sakit jiwa. Tersenyum tidak berhenti merenung nasi yang berkuahkan sambal ayam itu. Tersenyum sehingga lauk-pauk menjadi sejuk. Kini, virus angau bercinta itu turut sama terpalit pada Haqeem.

Sementara menanti sang kakak yang masih bersiap untuk ke surau itu, Haqeem hanya melayan perasaannya dengan memandang gambar selfie(s) milik Najihah. Entah mengapa, Najihah suka benar mengambil gambarnya sendiri dan dihantar khas buat Haqeem. Malah, ketika mereka meluangkan masa bersama, Najihah tidak pernah lupa hendak mengambil gambar Haqeem.

Dari Haqeem berambut panjang seperti wanita Melayu terakhir, sehinggalah kemunculan terbarunya bersama rambut ala-ala artis Kpop. Semuanya tersimpan kemas dalam kotak memori, kotak hati dan kotak simpanan dalam telefon Najihah.

"Oi." sapaan yang secara tiba-tiba itu mematikan lamunan jauh Haqeem. Sepantas kilat dia mematikan telefon bimbitnya dan dimasukkan kedalam poket seluar. Sepantas kilat juga dia bangkit sambil membetulkan rambutnya yang tersembunyi disebalik songkok.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now