BAB 6

99 10 0
                                    

PROFESSOR Sumayyah menanggalkan kacamatanya. Dia cuba untuk mencerna idea yang diberikan oleh Najihah. Berulang-kali dia cuba menghadam kata-kata Najihah tadi.

"Macam mana, prof? Selepas saya berfikir, saya nak proceed dengan idea tesis yang ini. Zaman sekarang ini pun, memang ramai lelaki lembut. Saya pun banyak persoalan dalam otak saya. Kadang kala, saya tertanya apa punca dia jadi begitu?

Kalau dah tahu punca, dapatkah seorang pakar psikologi membantunya? Adakah saya dapat membimbing dia dengan baik dan jadi seorang pakar psikologi yang berkesan?

Saya berbesar hati ingin katakan yang saya nak bimbing individu seperti ini." Najihah membentangkan ideanya dengan penuh bangga.

"Kamu dah fikir masak-masak ke?" soal Professor Sumayyah.

Walaupun teragak-agak, Najihah menganggukan juga kepalanya. Di alam universiti ini, kita memang kena angguk sahaja dengan semua pertanyaan untuk meyakinkan pihak yang satu lagi.

Kalau dia teragak-agak, memang serius dia kena cari idea baru. Habis gugurlah rambutnya.

"Dah, prof. Kenapa ya?" soal Najihah.

"Saya bukan apa, golongan macam ni biasanya mereka tak suka ditanya soalan peribadi. Lagi-lagi yang menekankan situasi semasa mereka. Saya risau, jadi benda lain pula nanti." kata Professor Sumayyah.

"Prof risau kalau mereka akan buat apa-apa pada saya, macam tu ke?" soal Najihah, keliru.

Professor Sumayyah menganggukan kepalanya.

"Lawan utama bagi mereka adalah perempuan. Mereka tak suka perempuan sebab mereka senang rasa insecure atau tergugat. Ada banyak aspek dan yang paling utama adalah kerana kecantikan.

Kalau awak terkantoi dengan mereka, memang akan jadi satu masalah yang besar. Cuba bayangkan kalau mereka dah berubah kerana saranan awak. Kemudian, modus operandi awak terbongkar, buatkan mereka kecewa dan mereka berpatah balik ke jalan gelap itu. Bagaimana?" soal Professor Sumayyah.

Najihah menelan liurnya yang terasa kelat untuk ditelan. Terasa seperti ada batu besar dalam kerongkongnya.

Haish, kenapa dia rasa takut yang teramat sangat ini?

"Saya janji prof, saya tak akan buat benda macam tu. Saya akan ikut semua prosedur. Percayalah, prof. Saya betul-betul serius dengan idea saya kali ni. Tolong beri saya peluang untuk proceed dengan idea ni."

Najihah merayu. Dia terlalu penat untuk mendengar draft -nya ditolak. Takut dia pula yang letakkan surat berhenti program nanti.

Setelah lama berfikir, Professor Sumayyah akhirnya memberi kata putus.

"Baiklah, saya terima overview awak dan benarkan awak teruskan dengan idea ni. Saya bagi awak tempoh dua minggu untuk siapkan drafts. Pastikan semuanya lengkap, printed dan citations. Hantar pada saya secara hardcopy." kata Professor Sumayyah.

Najihah tidak mampu mengawal senyumannya lalu mengucapkan terima kasih berulang-kali.

"Terima kasih, prof! Saya janji, saya buat betul-betul!" ucap Najihah.

▪︎▪︎▪︎

"Jadi, kau akan teruskan dengan idea kau tu?" soal Fatin, gembira. Wajarlah dia gembira untuk Najihah iaitu mangsa reject Professor Sumayyah yang entah ke berapa kali.

Najihah tinggal dirumah ibu bapanya untuk satu hari sahaja. Itu pun sebab kes dia kena ragut tempoh hari, terpaksalah Encik Nazrin mengambilnya di klinik dan bawa ke rumah untuk berehat.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now