BAB 31

66 6 0
                                    

"ISH, tak boleh! No, no, no!" suara Puan Haliza bak petir didalam rumah. Segala aktiviti yang sedang dia lakukan didapur terus sahaja terbantut apabila Najihah menyatakan hasrat itu. Hasrat yang cukup-cukup dia benci untuk dengar. Dah lega hatinya apabila Najihah membuat keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur dengan rela hati. Rupanya, dia nak buat hal lagi!

Najihah membuntuti langkah Puan Haliza sehingga tiba di ruang tamu. Puan Haliza yang pada ketika itu sedang mengalihkan tumpuannya pada televisyen, hanya menghiraukan kelibat Najihah. Laksana hantu sahaja Najihah dibuatnya.

Najihah tidak mengalah, gigih dia memujuk sambil tangan menggoyang perlahan lengan Puan Haliza. Dalam hatinya, masih mengharap agar diberikan kebenaran untuk pulang semula ke kampung.

"Kenapa tak boleh pula, mama? Jihah kena balik kampung juga. Jihah kena habiskan projek Jihah ni by hook or by crook. Kalau Jihah tak settle lagi dengan tesis ni, macam mana Jihah nak dapat skrol akhir tahun nanti, mama? Takkan mama rela tengok Jihah termangu-mangu duduk dekat luar dewan sambil dengar dekan sebut nama kawan-kawan berpangkatkan Dr, tapi Jihah tak dapat?" gigih sungguh dia memujuk Puan Haliza.

Mendengarkan luahan hati dari Najihah yang begitu panjang berjela sehingga boleh dijadikan resensi, Puan Haliza beralah. Dia memusingkan badannya yang tadi menonton televisyen kearah Najihah yang monyok sahaja wajahnya.

"Tak boleh ke kamu ubah skop kajian kamu tu? Kamu cari sajelah lelaki-lelaki lembut dalam KL ni. Terlalu banyak, sayang. Sampai tak terhitung jari mama. Kamu cuma tinggal nak habiskan soal selidik dan metodologi kajian saje. Tak perlulah sampai ke kampung. Mama tak benarkan." tegas Puan Haliza memberi jawapan.

"Okey, now Jihah nak tanya mama satu soalan yang paling utama."

"Apa dia?"

"Kenapa mama risau sangat Jihah rapat dengan Haqeem? Mama, Haqeem tu bukan orang lain. He was my bestfriend, my childhood friend. Dia baik, mama. Jihah boleh sahkan benda tu." jelas Najihah. Beria-ria dia memujuk dan menekankan perkataan bestfriend itu. Walhal, dia sudah sedia tahu yang jejaka itu 100% bencikannya.

Puan Haliza menarik nafas perlahan, "Mama tak nak dia pengaruh Jihah yang bukan-bukan."

Kening bertaut dan otak ligat berfikir. Akhirnya, ia memaksa Najihah untuk ajukan juga pernyataan itu.

"From what aspect he could influenced Jihah, mama? Mama rasa, dia akan influenced Jihah untuk jadi perempuan kuasa dua ke? Iyalah, dia kan dah memang lembut. Itu mungkin jadi benda yang paling mama takut. However, it could happen to someone that is a male. Jihah ni perempuan tulen, mama." Najihah cuba untuk bergurau dalam nada yang serius.

Puan Haliza mencebik seraya membalas, "Jihah ni memang degil, kan? Mama ni nakkan yang terbaik untuk Jihah."

"Well, frankly speaking, Haqeem dah cukup terbaik dan Jihah betul-betul ikhlas untuk ubah dia kembali ke fitrah asal." luah Najihah, ikhlas.

Puan Haliza terkebil-kebil mendengar luahan Najihah. Ini bukan bermakna dia terima kata-kata itu. Cuma, hatinya seakan-akan terkena kejutan budaya mendengarnya. Adakah dia tersalah dengar bahawasanya anak perempuan tunggalnya itu telah jatuh hati pada seorang jejaka yang tidak sempurna orangnya? Ya Tuhan, apakah makna dugaan ini!

"Jihah jangan berani kata dekat mama yang Jihah dah jatuh hati pada budak lembut tu. Mama tak nak dengar and menolak untuk dengar alasan Jihah." titik. Itulah noktah daripada kata-kata yang keluar dari bibir Puan Haliza. Hatinya berbahang, telinganya panas. 

Najihah mengigit bibirnya sambil kotak fikirannya ligat memikirkan alasan yang munasabah. Apa lagi objektif kajiannya yang harus diperjelaskan kepada Puan Haliza?

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now