PUAN Haliza bercekak pinggang dan kaki berjalan tanpa henti. Dada pula tersimpan beribu perasaan terhadap anak perempuannya. Satu-satunya perasaan yang muncul kala ini sudah tentulah, perasaan marah.
Sungguh, Najihah memang berani mencabar dirinya.
"Macam mana ni, Cik Liza? Sampai hati betul Jihah pergi tanpa beritahu saya." adu Haziq. Mukanya jelas menunjukkan yang dia benar-benar kecewa dengan sikap Najihah.
"Jangankan Haziq, Cik Liza pun tak tahu yang dia nak pergi senyap-senyap macam ni. Kalau Cik Liza tahu, memang jangan harap dia boleh lari." kata Puan Haliza.
"Keluarga Haziq nak datang hujung minggu ni, tapi kalau Jihah dah tak ada... kita batalkan sajelah." kata Haziq. Berpura-pura merajuk untuk meraih perhatian Puan Haliza.
"Eh, janganlah macam tu. Cik Liza sayangkan hubungan persahabatan antara Cik Liza dan mama Haziq, itu sebablah kami beria-ria nak satukan kamu berdua. Jihah dah kecewakan kami, takkanlah Haziq pun nak buat benda yang sama?" pujuk Puan Haliza.
"Habis, Jihah pun dah pergi tinggalkan Haziq. Apa lagi yang Haziq patut harapkan? Kita lupakan sajelah niat ni."
Haziq ingin berlalu pergi dari situ dan sepantas kilat, Puan Haliza menghalangnya.
"Jangan macam ni, Haziq. Jihah tu memang suka buat perangai. Suka sangat ikutkan hati dan perasaan yang bukan-bukan tu. Sikap degil dia tu, kita kena simbah dengan air. Sejukkan hati dia. Pujuk hati Najihah." Puan Haliza memberi idea.
Jeda. Mereka berdua hanya diam kerana sibuk memikirkan soal Najihah.
"Buat masa ni, Cik Liza akan minta mama Haziq tangguhkan dulu majlis pertunangan itu. Sampai kita dapat pujuk Najihah." Puan Haliza memberikan cadangan yang baginya agak bernas untuk diterima oleh Haziq.
"Apa yang Haziq patut buat untuk tarik hati Jihah?" soal Haziq.
Kalau ikutkan, Haziq memang dah jatuh suka pada Najihah. Cuma, dia sudah jatuh suka bukan jatuh cinta. Dia suka dengan penampilan Najihah bak wanita paling solehah dan perwatakan wanita itu yang sangat 'jual mahal' dengannya.
Antara faktor mengapa dia tetap inginkan Najihah adalah kerana, permintaan ibunya juga. Kerana dia adalah 'anak mama', memang segala permintaan mamanya akan dituruti. Hatta, perlu buat cara jahat sekalipun. Faktor kedua pula adalah kerana, Haziq ingin menyembunyikan kegiatan dia yang suka bertukar-tukar perempuan.
Kalau dia berkahwin dengan Najihah, segala kegiatan haramnya akan ditutup dengan imej Najihah. Sopan, muslimah dan bekerjaya, tidak mungkinlah suami- eh bakal suami nak buat hal kan?
"Kita kena ikut Najihah balik kampung." kata Puan Haliza.
"Bila?" soal Haziq.
Puan Haliza hanya diam tidak berkutik. Namun, kepalanya bergeliga memikirkan idea untuk membawa Najihah pulang semula ke Kuala Lumpur. Tidak kiralah dia perlu gunakan apa-apa cara sekalipun, janji Najihah tidak berani untuk memalukan dia.
▪︎▪︎▪︎
Tangan Tok Wan dicapai kemudian dicium sebagai tanda hormat dari Najihah.
"Lambat kamu sampai. Papa kamu kata perjalanan kamu satu jam saje. Kamu ada singgah ke mana-mana ke?" soal Tok Wan. Dia membantu Najihah mengangkat semua bagasi keluar dari but kereta.
Ketika dia sibuk membantu Najihah, matanya tajam memerhatikan kerusi penumpang dibelakang yang agak kotor. Walaupun dia rabun, tapi dia yakin kotoran itu adalah selut. Tak pernah lagilah dia tersalah sangka yang itu adalah coklat.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanfictionBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...