BAB 44

68 5 0
                                    

SEPERTI yang dijanjikan, Haqeem bergegas tiba dirumah Tok Wan untuk ke surau bersama mereka. Punyalah laju dia bersiap sampai tidak sempat untuk bercakap dengan Hana dan Puan Zainab. Lintang-pukang dia menyarung selipar serta songkok agar tidak tertinggal di belakang.

Dalam perjalanan mereka ke surau pun, Tok Wan dan Haziq terpaksa menahan kerenah Haqeem dan Najihah yang sekali lagi bergaduh. Entah apa puncanya, tidak pula dua manusia innocent itu tahu.

"Kenapa kau duduk rapat sangat dengan dia? Kau duduk sini!" Haqeem menarik telekung yang tersarung dikepala Najihah sehingga gadis terdorong ke tepi. Kini, posisi mereka bertukar dimana Najihah berada disamping Tok Wan, Haqeem berjalan disebelah Najihah dan sudah tentulah Haqeem berjalan bersama Haziq.

Najihah membetulkan telekungnya yang senget-benget seraya berkata, "Biarlah saya jalan dekat situ!"

"Tak boleh! Ikhtilat kau tu pergi mana?" marah Haqeem.

Najihah terkelu lidah namun dia langsung tidak boleh menerima hakikat cara Haqeem yang agak sus dengan Haziq itu. Beria betul jejaka itu hendak berjalan disamping Haziq, sampai ditolaknya Najihah.

Haqeem lupa agaknya yang Najihah itu adalah perempuan, insan yang lemah!

Tok Wan mengurut kepalanya yang terasa berdenyut usai melihat dua orang hamba Allah itu tidak berhenti bergaduh sejak petang tadi. Tidak larat mahu menegur, Tok Wan hanya memilih untuk berdiam diri sahaja.

Akhirnya, mereka tiba juga di surau dan berpisahlah Najihah dengan tiga orang Adam itu. Najihah tidak masuk lagi kedalam ruang solat untuk wanita. Matanya laju sahaja memerhatikan gelagat Haziq dan Haqeem yang masih lagi berkepit sehinggalah kelibat mereka hilang dibalik para jemaah lelaki yang lain.

Tanpa melengahkan masa, Najihah masuk kedalam surau perempuan.

▪️▪️▪️

Lapan rakaat solat tarawih itu tamat dengan imam yang akhirnya membaca doa. Kemudian, semua jemaah bergegas keluar dari ruang solat untuk mengejar moreh. Jika orang lain sibuk mengejar moreh, Najihah pula sibuk mengejar Haziq dan Haqeem. Hatinya sungguh terasa tidak sedap. Emosinya turun naik. Takut, geli dan risau semua ada!

Najihah keluar ke kawasan balkoni besar surau itu untuk mencari kelibat Haziq dan Haqeem. Dari jauh, dia dapat melihat dua lelaki itu sedang berdiri dihadapan pagar surau. Dengan pantas, selipar disarung. 

"Hah Jihah, kamu dah selesai ke?" sapa Tok Wan yang kebetulan sedang berjalan dari kawasan moreh kearah Haziq dan Haqeem juga.

"Oh, erm, dah! Kita nak baliklah ni kan Tok Wan?" soal Najihah.

Tok Wan mengangguk dan bersama Najihah, dia menghampiri Haziq serta Haqeem.

Usai berkumpul, mereka berempat bersama-sama kembali pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang dari surau, mereka hanya diam. Tidak bergaduh seperti petang tadi.

Letih barangkali kerana perlu menunaikan solat tarawih sebanyak lapan rakaat. Tidak kiralah, sudah dewasa sekalipun, kalau letih tetap letih. Bukannya sedikit rakaat solat sunat itu. Sikit lagi nak tertumbang mencium sejadah.

Perjalanan yang memakan masa hampir 15 minit itu tamat setelah mereka tiba di rumah Tok Wan.

"Hah, terima kasih Haqeem sebab bagi juadah berbuka tadi." ucap Tok Wan.

"Sama-sama. Saya buat sebab saya tahu Jihah suka." kata Haqeem sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Haziq yang mendengar hanya menjeling mereka berdua silih berganti.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now