BAB 27

82 11 0
                                    

HAQEEM termenung memerhatikan warung yang sunyi. Macam biasalah, pada petang hari memang warung mereka akan ditutup untuk memberi ruang tuan kedai pergi menunaikan kewajipan agama. Bezanya pada hari ini, warung mereka akan ditutup kerana tukang masak berniat untuk ke surau.

Mata Haqeem memandang meja makan yang pernah menjadi tempat Najihah menjamu selera di warungnya. Bagai terbayang-bayang wajah Najihah yang ketawa riang dan mulut kecil itu berceloteh tentang perkara yang Haqeem tidak pasti.

Kalau sunyi dan suasana senja begini, mulalah hati itu akan terusik.

Jiwa Haqeem rawan dan galau sendiri. Tatkala dia berjalan di kawasan sawah, kepalanya laju menerawang teringat akan pertemuan dia dan Najihah yang masam-masam manis. Jaranglah nak lihat mereka berbual dengan cara baik.

Ketika dia dalam perjalanan ke rumah orang kahwin, pokok kelapa yang menjadi saksi kainnya hampir terlondeh turut menggamit kenangan buat sekali lagi. Jeritan Najihah dan Haqeem bersatu hanya kerana Haqeem menolak untuk menghulurkan bantuan bagi mengait buah kelapa. Pergaduhan mereka menyamai keriuhan sebuah kampung.

Tidak kira lagi perbalahan mereka ditepi sungai. Kerana sakit hati dengan perbuatan Nazuhairi dan Arif, Najihah yang terkena tempiasnya. Alasan tidak munasabah dari Haqeem dijadikan senjata untuk bergaduh dengan Najihah.

Memori Najihah membantu dia ketika diganggu jembalang di surau juga sukar untuk dipadamkan dari ingatan. Jelas dimatanya, Najihah kelam-kabut memanggil nama Haqeem. Risau kalau lelaki itu pengsan ditengah hutan.

Sehinggalah memori Haqeem mengajar Najihah untuk menguruskan bayi. Teringat sahaja bagaimana kekoknya Najihah memegang bayi, buatkan Haqeem menghulurkan bantuan secara ikhlas. Risau pula terpatah dua bayi baru lahir itu nanti. Walhal, bayi itu baru sahaja keluar melihat dunia.

Kehadiran Najihah buatkan Haqeem lembut hati. Tatkala hatinya bersedia menerima Najihah semula, hadir pula Haziq mendekati Najihah.

Musnah dan hancur harapan Haqeem untuk memperbaiki hubungan mereka berdua.

Kecemburuan itu mendorong Haqeem untuk bergaduh dengan Najihah. Namun, Muaz tiba-tiba sahaja memberitahunya yang Najihah sudah lama pulang ke Kuala Lumpur bersama kekasih hati dan seisi keluarga.

Lalu, galaulah Haqeem seorang diri disini. Sunyi tanpa peperangan dengan Najihah. Haih, Najihah benar-benar manusia paling penting dalam hidup Haqeem. Sukarnya ingin meneruskan hidup tanpa kelibat gadis itu dimana-mana.

Mandi tidak basah. Tidur langsung tidak lena. Makan pun tidak pernah kenyang. Haqeem nanar tanpa Najihah disisi. Kehadiran gadis itu sekali lagi memberi impak yang sangat besar pada Haqeem. Benarlah seperti apa yang Muaz beritahu dulu.

"Itulah, dulu kau sibuk bergaduh dengan dia. Mulut kata benci, hati kata rindu. Ini dah angau, siapa nak menjawab? Dah macam orang gila terbayang-bayang muka sama dimerata-rata tempat." getus Haqeem.

Kadang-kadang, dia boleh terbayangkan gadis itu sedang mencari gaduh di pokok kelapa. Walhal, tiada sesiapa disitu.

Bila dia sibuk memasak, matanya bagai ternampak-nampak kelibat Najihah sedang menjamu selera diwarungnya. Ralat sungguh hati bila dia tidak mahu memenuhi order Najihah tempoh hari. Dia nak makan cendol, tapi Haqeem boleh bawa isu yang bukan-bukan dan bergaduh disitu.

Bila ada, berperang. Dah tak ada, rindu.

Najihah, Najihah. Jampi apa yang kau dah bagi pada aku ni? Kenapa cepat sangat hati aku berbalik pada kau? Kenapa hati aku begitu cepat lembut tatkala bertemu dengan kau semula?

Teruk dah angau kau ni, Muhammad Haqeem!

▪︎▪︎▪︎

Pada sebelah malam, Haqeem mengikut Muaz ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah. Sekaligus, mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh Tok Wan. Puan Zainab dan Hana tidak ikut kerana sibuk hendak menyediakan bahan buat berniaga pada esok hari.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now