BAB 43

70 6 0
                                    

"KEMUDIAN, kita akan perapkan ayam bersama sos BBQ yang dibuat tadi. Kita hendaklah perapkan ayam selama satu malam agar semua rempah-rempah dalam sos BBQ tadi diserap dalam ayam. Itu kita biarkan sebab saya dah ada readymade punya perapan ayam."

"Wah, sedapnya kalau dapat buat tu kan Tok Wan?" soal Najihah. Air liur asyik masuk kedalam anak tekak tanpa henti. Bibir pun asyik mengering sehingga mengelupas segala kulit. Pedihnya tidak usah dicakaplah.

"Tok Wan tak pandai buat western food ni. Kalau kamu buat, Insha Allah Tok Wan pandai." balas Tok Wan. Matanya yang sepet dan terpaksa menggunakan kacamata itu hanya fokus pada kaca televisyen.

Najihah yang berbaring santai itu pantas menoleh merenung Tok Wan. Sungguh dia tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Tok Wan itu.

"Tok Wan pandai buat ayam ke? Tadi Tok Wan kata tak pandai buat western food ni?" soal Najihah, keliru.

"Tok Wan pandai makanlah. Itupun tak faham." usik Tok Wan. Lelaki tua itu menyandarkan bahunya pada kerusi kayu. Namun begitu, fokusnya masih jatuh pada siaran di televisyen itu. 

Najihah ketawa mendengar lawak Tok Wan itu. Sungguh, kalau tinggal bersama dengan Tok Wan memang tidak kering gusi. 

"Kamu duduk rumah saje ke? Selalu tu, bukan main banyak lagi rancangan dengan Haqeem." ujar Tok Wan.

"Haqeem macam sibuk saje, Tok Wan. Malaslah Jihah nak kacau dia. Lepas tu, Shirah dengan Muaz pun sama-sama dah balik KL. Apa lagi yang Jihah nak buat?" soal Najihah.

Setelah Shahirah dan Muaz keluar bersama tempoh hari, mereka sudah sepakat untuk pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama. Shahirah hendak kenalkan Muaz pada ibu bapanya. Untunglah Shahirah sebab dapat ibu bapa yang memahami dan Muaz pun nampaknya ada usaha untuk menyunting bunga di laman.

Najihah terkejut dan gembira dalam masa yang sama. Kata mereka lagi, buat masa ini, mereka masih mahu mengenali hati budi masing-masing lebih mendalam. Iyalah, baru sangat berkenalan. Tidak mungkin mahu terus berkahwin.

"Tak apalah kalau macam tu. Kamu pergilah luangkan masa dengan memasak. Kamu kata kamu dah pandai masak lepas belajar dengan Haqeem kan? Senang hati Tok Wan dengar cerita kamu tu." puji Tok Wan. Semalam sebelum berbuka, beria cucunya itu hendak membuat kuih bahulu. Katanya, baru belajar dari Haqeem. Nasib baik menjadi, itu pun setelah beberapa kali mengalami masalah ketika belajar dengan Haqeem.

Practice makes perfect, kan?

"Hihihi, petang ni Jihah nak cuba buat asam pedas. Tok Wan suka kan?" soal Najihah.

Tok Wan membalas dengan senyuman, "Tok Wan okey saje kamu nak masak apa-apa, Jihah."

"Assalamualaikum!" satu suara memberi ucapan salam. Tok Wan yang mendengar bergegas menghalau Najihah untuk memakai tudung. Sementara Tok Wan pantas mendapatkan pintu untuk melihat gerangan yang memberi salam.

Sebaik sahaja dia tiba di muka pintu, kepala dijengah untuk mencari suara tadi. Matanya yang rabun itu perlahan-lahan menangkap susuk tubuh seseorang sedang memegang bagasi besar disisi.

"Waalaikumusalam, oh kamu rupanya."

▪️▪️▪️

Puan Zainab mencuri lihat Haqeem yang nampak sibuk berada didapur. Dalam beberapa hari ini, mereka sekeluarga memang sangat sibuk dengan kedai mereka. Mana tidaknya, pelanggan berduyun-duyun datang untuk membeli juadah berbuka bersama keluarga. Kedai mereka sahaja yang bertapak disitu, sememangnya menjadi pilihan buat penduduk di kampung kecil itu.

Selain dari kerana kedai makan mereka yang ada satu sahaja dikampung itu, Puan Zainab perasan akan pelanggan-pelanggan yang hadir bukanlah wanita-wanita tua seperti selalu. Malah, gadis-gadis muda pula yang rajin bertandang.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now