BAB 65

122 9 1
                                    

KERANA Najihah, sikap lembut Haqeem yang selama ini berjaya dikawal terkeluar juga akhirnya. Selama ini dia berjaya mengawal untuk melatih dirinya menjadi lebih kelelakian. Tetapi pada hari ini, semua yang dipraktikkan musnah terus. 

Airmata merembes-rembes keluar tanpa henti dari mata Haqeem. Dia tidak mampu mengawalnya sebaik sahaja mendengar kenyataan yang begitu menyakitkan disampaikan oleh Encik Nazrin sendiri.

Dia menangis kerana dia tahu, mustahil Encik Nazrin hendak menceritakan perkara yang tidak benar. Ini semua tentang anaknya sendiri.

"Saya cuma marah dia. Saya tak pernah benci dia. Saya tak pernah buang dia dari hidup saya. Saya cuma perlukan masa untuk terima dia. Saya masih sayangkan Najihah." jujur Haqeem berkata ayat yang terakhir itu. Dia tahu yang ketika ini dia kelihatan begitu lemah dihadapan Tok Wan dan Encik Nazrin. Seharusnya dia malu tapi semua itu tidak lagi menjadi keutamaan padanya.

"Uncle dan aunty pun tak sangka yang dia setuju untuk ditunangkan dengan Haziq tu semula, Haqeem. Kalau situasi sama terjadi, uncle yakin yang uncle boleh pujuk dia lagi. Tapi kalau dia sendiri yang setuju, apa lagi yang boleh kami katakan?" soal Encik Nazrin. Susah hati jadinya apabila melihat Haqeem menangis tanpa henti.

Lelaki tidak akan menangis tanpa sebab melainkan perkara tersebut sememangnya penting pada dia. Semuanya terbukti apabila melihatkan gaya Haqeem yang menangis setelah mendapat berita buruk itu.

Puan Haliza yang dari tadi tidak mahu masuk campur kerana dia tahu pasti Haqeem tidak selesa hendak menangis dihadapan perempuan terus sahaja datang mendekati. Dia sebenarnya kasihan tentang apa yang telah terjadi kepada Haqeem dan Najihah.

Entah mengapa hatinya cukup tersentuh apabila Tok Wan beritahu yang mereka sebenarnya sedang bercinta. 

"Mereka bercinta sebelum ni." kata Tok Wan.

"Jihah tak cerita apa-apa pun?" soal Puan Haliza. Masih cuba untuk menyangkal memandangkan Najihah tidak pernah menceritakan perkembangannya sepanjang disini. Perkembangan tentang kajiannya memang selalu Puan Haliza dengar tetapi sekali pun dia tidak pernah menyebut tentang Haqeem. Secara spesifiknya, hubungan mereka berdua.

"Jihah takut rasanya. Dia tahu yang kamu nakkan dia dengan budak Haziq tu sampai dia takut nak berterus-terang dengan kamu. Tapi, ayah yakin dia memang ada niat nak bagitahu sebaik saje dia balik KL. Tapi, perkara jadi sebaliknya."

"Lama dah ke?" soal Encik Nazrin.

Tok Wan menggeleng, "Baru sangat. Baru seminggu mereka bercinta tapi ayah tahu mereka berdua sama-sama simpan perasaan pada diri masing-masing ni dah lama. Sejak Jihah balik KL sebelum puasa lagi. Kemain gelisah budak Haqeem tu bila Jihah pergi tak bagitahu dia."

Puan Haliza termenung, "Saya bukannya tak suka si Haqeem tu, ayah. Saya suka saje. Saya tahu dia budak baik sebab saya pun kenal arwah Rizal tu. Cuma saya tak berkenankan perangai maknya. Perkara jadi bertambah teruk lagi bila Jihah kata Haqeem tu ada firasat lelaki gay. Itu yang saya risaukan sangat tu."

Tok Wan mengeluh perlahan. Komunikasi Najihah dengan ibu bapanya sungguh kritikal. Kerana tidak berterus-terang, habis semua porak-peranda. "Budak Haqeem tu normal saje. Najihah yang salah faham tapi dah dibuktikan dengan perasaan Haqeem pada dia. Ayah sangka dia tak cerita pada kamu, rupanya dia cerita juga. Sekarang, aib si Haqeem tu pun dah tersebar luas."

"Ya Allah, sumpah saya tak tahu Haqeem tu normal, ayah." Puan Haliza masih lagi berasa bersalah.

"Saya cuma tak nak dia terpengaruh dengan ajaran yang bukan-bukan. Tsk, saya pun tak tahu nak fikir apa dah. Bila saya tengok gambar mereka berdua dekat Instagram influencer mana entah yang sebarkan tu, saya jadi semakin marah sebab mereka keluar berdua tanpa bimbingan sesiapa." kata Puan Haliza lagi.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now