BAB 22

76 12 0
                                    

MAJLIS aqiqah pada pagi itu berjalan dengan sangat lancar. Ramai yang datang memeriahkan suasana majlis. Tidak kurang juga yang sudi menghulurkan bantuan untuk menyusun dulang makanan keatas meja. Kanak-kanak yang datang sangat ringan tulang, semuanya sudi membantu mengedarkan hadiah kepada tetamu yang hadir.

Acara tahnik, cukur jambul, memberi nama serta tazkirah semuanya berjalan dengan lancar. Bayi Mak Mah dan Pakcik Hasni diberikan nama Najmi. Sama seperti nama kakak dan abangnya iaitu Naimah dan Nazim. Semuanya bermula dengan huruf N, seperti nama Mak Mah iaitu Nazimah. Pakcik Hasni tidak kisah nama anak-anaknya ikut Mak Mah, janji namanya ringkas dan membawa maksud yang baik.

Sepanjang majlis berlangsung, Najihah asyik mencari seseorang. Matanya tidak lekang dari merenung pagar rumah Mak Mah. Orang yang diharapkan untuk kunjung tiba, langsung tidak menunjukkan batang hidung sehingga majlis tamat.

Serba-salah pula dia memarahi Haqeem semalam. Tidak kisahlah apa alasan Haqeem memperlakukan dia begitu, tapi hatinya tetap mahukan Haqeem disini. Ya, jujurnya dia sedih kerana Haqeem masih marahkan dia tentang peristiwa lepas. Sampai sanggup serang dia dihadapan orang.

Namun begitu, dia mahu melihat wajah Haqeem sekali lagi.

'Awak, datanglah.' bisik hati Najihah.

"Jihah, boleh tak kamu tolong tengokkan Najmi dekat dalam bilik. Mak Mah dan Pakcik Husni nak pergi uruskan barang-barang untuk dihantar ke balai raya. Naimah pula bukannya boleh diharap tu. Risau dia tak biasa nak pegang lagi adiknya. Tolong ya." pinta Mak Mah.

"Tapi Mak Mah, Jihah pun pandai pegang baby." ujar Najihah. Dia tidak pernah sekali pun cuba untuk memegang anak orang atau bayi baru lahir. Lagi pula, dia adalah anak tunggal. Risau pula kalau bayi baru lahir itu terjatuh setelah Najihah memegangnya.

Mak Mah yang nampak kelam-kabut hendak menguruskan lori angkat barang hanya membalas, "Kamu tak perlu angkat dia pun. Najmi tu baru saje Mak Mah tidurkan. Kamu tolong tengok kalau dia terjaga. Tepuk-tepuk sikit saje."

Belum sempat Najihah hendak membalas lagi, Mak Mah terus sahaja pergi meninggalkan Najihah terpinga-pinga dihalaman rumah. Tanpa melengahkan masa, Najihah terus menapak masuk kedalam rumah untuk menjadi babysitter sementara waktu.

Puan Haliza sibuk melayan tetamu yang masih berada dihalaman rumah untuk mengedarkan lauk-pauk yang sudah diikat kemas kedalam plastik makanan. Encik Nazrin dan Haziq pula turut sama membantu Mak Mah dan Pakcik Hasni pergi menghantar meja dan kerusi yang dipinjam ke balai raya. Tinggallah dia bersendirian disini.

Najihah pergi mendapatkan Najmi yang masih tidur didalam bilik. Nasib baik Mak Mah sudah siap-siap letakkan bantal disekeliling Najmi bagi mengelakkan bayi itu terjatuh dari atas katil. 

Nampaknya, Najmi sudah lena dibuai mimpi. Senang jugalah kerja Najihah. Setakat duduk ditepi Najmi dan dodoikan, apalah sangat. Petik jari sahaja. Senang kacang hijau!

Najihah hanya melabuhkan punggung diatas lantai. Dia tidak berani hendak duduk sekali diatas kali, buatnya Najmi sensitif. Habis meraung satu rumah. Kalau tidak menimbulkan syak wasangka, tak apalah. Buatnya tetamu yang hadir salah faham dan fikir dia mendera adik saudara sendiri, tidak ke haru hidup Najihah.

Najmi yang lena dibuai mimpi menjadi santapan mata Najihah. Comel. Iras Mak Mah. Mak Mah pula memang cantik orangnya, patutlah Najmi kacak. Haish, mesti ramai peminat nanti. Aduh, cemburu!

Kalau dia dah lihat anak orang ini, memang automatik dia teringin nak ada anak juga. Ish, berangan sahaja yang Najihah mampu sekarang ini. Nak kahwin, dia tiada calon. Kalau ada pun, si Haziq itu sahajalah. Tapi, dia pula yang menolak.

Selang beberapa minit, Najmi tiba-tiba sahaja merengek. Najihah yang sememangnya cepat panik, automatik bangkit dari duduknya untuk mendapatkan Najmi. Dia menepuk perlahan peha Najmi yang kecil itu supaya bayi itu kembali tidur. Malangnya, tidak berjaya.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now