BAB 46

69 6 2
                                    

"AGAK-agaknya bila siap sepenuhnya proses nak menambah baik surau ni?" soal Tok Wan pada Haqeem. Tok Wan mengelap peluh yang merenik jatuh pada dahinya. Dia menggunakan kain buruk yang tersidai pada bahu untuk mengelap peluh.

"Nak siap dah ni, Tok Wan. Lepas lengkapkan sejadah bahagian belakang surau dan susun meja-meja dibahagian balkoni, lengkap dah ni. Oh ya, bahagian tandas pun tak kemas lagi rasanya. Hari tu, diorang siap pasang kelengkapan saje. Cucinya belum lagilah." lapor Haqeem.

Mujurlah proses penambahbaikan surau ini telah dimulakan sejak sebulan yang lalu, maka tidak banyaklah kerja yang tinggal. Remaja-remaja dikampung ini turut ringan tulang, banyak membantu.

"Assalamualaikum, Tok Wan dan... kau." ucap Haziq. Pada Haqeem, ucapan salam kedengaran sedikit meleret. Matanya tajam menjeling. Haruslah jeling, itukan rival! Mana boleh buat baik!

"Waalaikumusalam, kau juga." sinis Haqeem membalas.

"Waalaikumusalam. Hah Haziq, mana Jihah? Dia tak jumpa dengan kamu ke?" soal Tok Wan. Panjang lehernya mencari kelibat Najihah yang barangkali mengekori Haziq ke surau, malangnya tiada.

"Ada, ada. Jihah ada datang jumpa dengan Haziq tadi. Tapi, katanya dia sibuk nak siapkan kerja dia. Itu yang dia tak ikut. Tapi, sempatlah dia tunjuk jalan pada Haziq separuh jalan untuk ke surau." ujar Haziq. Sekejap sahaja Najihah menemaninya, kemudian gadis itu bergerak kembali ke rumah. Tidak elok pun untuk mereka berdua jalan berdua ke surau. Dahlah jalan surau itu dikelilingi hutan.

"Oh, tak apalah kalau macam tu. Kamu kenapa ke sini pula? Takkan kamu datang nak tolong?" soal Tok Wan. Tidak elok pula tetamu datang, tiba-tiba nak dijadikan kuli pula.

"Ha'ah, Haziq datang nak tolong. Tadi saje tanya Jihah, kalau Tok Wan tak ada... Tok Wan selalu pergi mana. Dialah bagitahu Tok Wan ada dekat sini, tu yang Haziq datang sini. Boleh tolong-menolong." kata Haziq.

Haqeem mencebik dan mendengus perlahan. Matanya tajam menjeling muka Haziq yang dirasakan seperti 'acah-acah' baik itu. Entah apalah niatnya kembali kesini. Pencakar yang berada dalam genggamannya itu digenggam dengan erat. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia cakar muka Haziq menggunakan pencakar itu. Bukan biasa-biasa luka yang muncul nanti, silap hari bulan kenaa tempah pembedahan plastik!

"Kau balik sajelah, dekat sini dah ramai yang membantu." kata Haqeem.

Haziq memandang persekitaran surau itu. Menurut Haqeem, ramai yang membantu. Namun yang ada disitu tidak sampai sepuluh orang pun. Sepuluh orang itu pun bukan main lelah dan semput lagi hendak mengangkat sejadah masuk kedalam surau. Itukah yang dikatakan 'ramai'?

"Tak payahlah ego. Kau tengok budak-budak muda tu, dah macam apa dah angkat sejadah. Kedatangan aku dekat sini bukan ke meringankan beban? Aku sado tau." kata Haziq.

Haqeem menjeling susuk tubuh Haziq, 'Hurm, kering saje aku tengok.'

"Iyalah Haqeem, apa salahnya Haziq datang offer-kan diri? Sekurang-kurangnya, cepatlah kerja selesai kan?" tambah Tok Wan.

Haqeem terpana apabila Tok Wan kelihatan seperti menyokong. Pantas sahaja kepala digarunya perlahan, "Hah yalah, tolonglah."

"Macam tulah, bro." kata Haziq seraya memeluk bahu Haqeem. Mujur sama tinggi, boleh peluk. Jika dilihat dari susuk tubuh Haqeem yang tinggi, risau juga kalau dia tak sampai tadi. Mahu kena ejek tujuh keturunan.

Haqeem berpura-pura mengorek telinganya dan dengan kasar, dia menolak tangan Haziq dari memeluk bahunya seraya berkata, "Bro abah kau. Aku tak kahwin dengan kakak kau."

Tok Wan yang mendengar kata-kata Haqeem itu hanya mampu mengeluh. Dia membetulkan songkoknya dan dalam diam dia berbisik, "Habislah kena pergi klinik ni. Rasa macam dah terkena darah tinggi."

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now