BAB 18

78 12 0
                                    

HANA merendamkan tuala berwarna putih itu kedalam air dan perah untuk mengurangkan jumlah air yang diserap. Kemudian, tuala itu diletakkan perlahan ke dahi Haqeem. Semuanya untuk mengurangkan demam panas yang dia alami sebaik sahaja menempuhi situasi paranormal semalam. 

Ceh, paranormal apanya. Haqeem itu yang sejenis lemah semangat. Dia satu-satunya lelaki disitu yang boleh Hana dan Najihah harapkan untuk melindungi mereka. Namun begitu, ia berlaku sebaliknya. Hana dan Najihah pula yang terpaksa bersusah-payah meminta bantuan orang surau untuk mengangkat Haqeem ke surau.

Sampai sahaja disana, Haqeem terus meracau ketakutan setelah melihat kepala palsu itu. Hana yang pertama kali melihatnya pun tahu, ia cuma prop. 

Setelah melihat kekacauan yang berlaku, Naimah dan Nazim akhirnya tampil dan mengakui kesilapan mereka. Najihah yang bersama dengan mereka turut sama meminta maaf atas apa yang telah terjadi. Tok Wan yang menjadi ustaz untuk merawat Haqeem ketika itu hanya menggeleng melihat cucu-cucunya. Yang besar pun sama naik!

"Assalamualaikum." sapa seseorang dari luar rumah.

Hana yang sedang menjaga Haqeem itu terus sahaja menghentikan segala aktiviti dan bergegas mengejar tetamu yang datang. Terkocoh-kocoh dia mencapai tudung sarung yang tergantung pada ampaian dan kepala mengintai tetamu dari tingkap yang terbuka.

"Siapa yang datang tu?" soal Puan Zainab. Dia terpaksa buka warung agak lewat dari masa yang sepatutnya memandangkan Hana perlu menjaga Haqeem untuk sementara waktu.

"Cucu-cucu Tok Wan." kata Hana.

Puan Zainab yang mendengar nama-nama itu, terus berbahang telinga. Ikatan pada kain batik diperketatkan untuk mengelakkan ia tercabut ketika kelam-kabut ingin membelasah cucu-cucu Tok Wan yang sangat menyusahkan orang itu. Lengan baju pula disinsing keatas. Muka dibengiskan untuk menunjukkan yang dia sememangnya sedang marah.

"Eh, mak nak marah diorang ke? Tak payahlah, mak. Diorang dah minta maaf dah pun. Tak apalah." tegah Hana. Sempat dia menarik lengan Puan Zainab.

"Kamu cakap apa ni, Hana? Kamu tahu tak yang diorang tu dah banyak kali cederakan adik kamu. Ini bukan kali pertama tau. Ini kali yang kedua! Kamu nak tunggu kali yang ke berapa pula?" soal Puan Zainab.

"Masalahnya, Haqeem tu yang lemah semangat. Dia bukan macam tu, kita tahu kan yang dia memang berani dari kecil. Mak tu yang anggap dia macam perempuan sejati yang lemah dan perlukan bantuan, jadi sampai ke besarlah dia macam tu. Setakat jatuh dalam selut dan kena usik dengan kepala mainan, bukanlah satu masalah yang besar." tegas Hana berkata.

Puan Zainab merentap tangannya yang dipegang erat tadi, "Kamu nak salahkan mak pula ke?"

"Bukan macam tu." lirih suara Hana berkata.

"Macam inilah, kalau kamu tak nak pertahankan adik kamu dari tiga ekor jembalang tu, biar mak yang pergi. Nak harapkan kamu, memang habislah si Haqeem tu kena pijak kepala dengan orang ramai." marah Puan Zainab.

Tanpa mendengar apa yang ingin dibalas oleh Hana, Puan Zainab meluru turun mendapatkan Najihah, Nazim dan Naimah yang setia menanti di halaman rumahnya.

"Korang nak apa datang sini? Nak sakitkan anak aku lagi ke?" sindir Puan Zainab.

"Kami bertiga datang ni, memang ikhlas nak minta maaf. Niat asal cuma nak mengusik Kak Jihah saje, tapi Abang Haqeem pula yang terkejut sampai demam. Kami datang sebab rasa bersalah." ujar Nazim. Dalam alasan Nazim itu, terselit juga penipuan. Nak buat macam mana, kalau jujur nanti memang habis mereka dikerjakan.

"Betul tu, makcik." tambah Naimah, membela abang kembarnya.

"Itu saje ke?" soal Puan Zainab.

Najihah yang mendengar soalan itu, terus sahaja menghulurkan sebuah kotak bersaiz segi empat sama kepada Puan Zainab. Didalamnya terdapat barangan yang dibeli dari farmasi seperti minyak cap kapak, Kool Fever versi dewasa iaitu ByeBye Fever Super Kool, coklat Cadbury bersaiz besar, buah oren serta ubat demam. 

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now