BAB 24

86 11 0
                                    

TEPAT jam enam petang, Najihah membuat keputusan untuk membawa si kembar dan Haziq pulang semula ke rumah. Si kembar itu sudah tentulah penat kerana bermain. Begitu lincah sampai Najihah pun tidak mampu untuk mengejar mereka. Risau betul dia. Sudah ada tanda-tanda penuaan pada lutut ke? Haziq pula sudah kejung dan diam sejak di'sembur' Najihah tadi.

Hebat sangat ke hujah aku yang berasaskan fakta kebenaran itu sampai terkaku si Haziq ini? Kalau betul, memang baguslah. Harap-harapnya biar meresap masuk kedalam lipatan-lipatan otak Haziq.

Najihah menemani Naimah dan Nazim sehingga tiba dihadapan rumah mereka.

"Kak Jihah, Abang Haziq. Terima kasih sebah teman kami berjalan-jalan sampai ke sawah padi. Kalau nak pergi sendiri, mesti mak dan ayah marah." adu Naimah. Mereka selalu sahaja meminta izin untuk melepak di sawah. Tapi, mak dan ayah mereka amat sukar untuk beri pelepasan. Bimbang kalau terjatuh dan tercedera, siapa yang susah? Sudahlah tiada telefon.

"Ada pula. Korang yang teman kami keluar. At least, dapat mengelak dari fitnah orang ramai. " kata Najihah, ikhlas.

Haziq yang sedari tadi hanya diam turut sama menambah, "Terima kasih juga sebab sudi luangkan masa dengan abang. Kalau ada masa nanti, bolehlah kita keluar jalan-jalan lagi. Kalau abang rajin, abang bawa kereta abang sendiri datang sini. Boleh kita pergi jauh lagi. Mana tahu boleh sampai pekan ke."

"Yeah!!! Terima kasih, abang! Memang tak rugilah kalau Kak Jihah dapat Abang Haziq!" sokong Nazim. Begitu gembira sekali dia bersorak. Kalau ada pasukan sorak disekeliling, mesti mereka pun ikut menyambut sorakan Nazim. Habislah riuh satu kampung.

"Betul! Kitorang ni memang dah restu kalau Kak Jihah dan Abang Haziq kahwin. Semoga Kak Jihah dan Abang Haziq ada jodoh. Aamiin!" Naimah bersemangat mengetuai bacaan doa dihadapan rumah sendiri.

Najihah sudah tergaru-garu kepala mendengar kata-kata adik saudaranya itu. Bukan setakat malu, geram pun datang bertandang serentak. Rasa macam tebal berinci-inci sahaja wajahnya ketika ini. Kalau ada kayu balak disebelah, memang ketebalan kayu itu pun kalah!

"Eh, dahlah tu. Cepat masuk. Nanti mak dan ayah korang cari." halau Najihah.

"Okey, Assalamualaikum!" dengan penuh gembira si kembar itu melambai.

"Waalaikumusalam." Haziq dan Najihah menjawab dengan serentak.

"Jomlah balik." kata Najihah. Kaki sudah mula mengorak langkah menuju ke rumah Tok Wan yang sememangnya berada disebelah. Dekat, kan? Untung Nazim dan Naimah. Kalau bosan, boleh melepak dirumah Tok Wan. Kalau kena marah dengan Mak Mah dan Pakcik Hasni, boleh lari pergi rumah Tok Wan. Hurm, untung.

"Jihah, boleh tak kita jalan-jalan lagi?" pinta Haziq.

Mata Najihah sudah merenung wajah Haziq dengan penuh keserabutan. Kaki dia dah penat berjalan dan katil sahaja yang melayang-layang di benak fikiran. Memang tiada masa langsunglah dia nak terfikir untuk berjalan lagi. Haih, Haziq ini pun macam tak ada tanda-tanda dia faham hujah panjang lebar aku tadi. Lastly, air liur aku membazirgitu sahaja.

"Awak nak jalan-jalan pergi mana? Kan dah nak masuk Maghrib ni." balas Najihah.

"Baru pukul enam. Petang masih muda. Tok Wan awak cakap, dekat kampung awak ni ada banyak kedai makan yang sedap-sedap. Bawalah saya pergi sana. Lama juga saya tak pekena cendol atau ais batu campur." seloroh Haziq.

"Kalau awak nak, awak pergi saje seorang. Jangan risau, kedai-kedai tu tak jauh sangat pun. Awak keluar dari kawasan rumah Tok Wan dan belok kanan. Kemudian, awak ambil jalan lurus sampai awak nampak signboard kedai-kedai yang meriah. Kalau awak tak nampak signboard, awak boleh saje teka kut yang mana satu kedai dan nampak macam ramai pengunjung sebab petang-petang macam ni mesti ramai orang." jelas Najihah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now