BAB 30

83 6 0
                                    

NAJIHAH sangat sibuk dengan jadualnya yang tidak menentu. Begitu banyak perkara yang perlu dia selesaikan dalam masa terdekat agar dia boleh menumpukan sepenuh perhatian pada tesisnya yang masih dalam proses untuk selesai. Pada tengahari itu, Najihah mempunyai satu pembentangan yang akan dilakukan dihadapan semua pensyarah fakulti sains kemanusiaan dan fakulti sains psikologi.

Sudah tentulah ia berkaitan dengan tajuk utama tesisnya iaitu perihal psikologi lelaki lembut. Meskipun tempoh dia mengkaji Haqeem tidak begitu lama, tetap banyak juga yang dapat dia peroleh dari jejaka itu. Cara pemikiran, pemakaian, corak persahabatan dan sebagainya dari mata kasar sahaja.

Jam tangan yang berada pada pergelangan tangan ditilik lama. Jarum jam menunjukkan tepat ke pukul 9:53 minit pagi. Dia cuma ada kurang dari 10 minit untuk menyediakan hardcopy overview tesis, slaid pembentangan dan dirinya sendiri. Diri sendiri pun bersiap sedia tau. 

Nanti, tak adalah hamba Allah sepertinya menggelabah tak cukup tanah apabila disoal dengan pelbagai soalan dari para pensyarah. Ilmu dan kajian perlu dikumpul serta dihafal dalam otak agar dapat menjawab tanpa sebarang halangan. 

Kalau dia main hentam sahaja, memang habis terkucil nanti. Automatik potong markah. Seram!

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada pintu kaca bilik tutorial tersebut berjaya mematikan segala aktiviti yang Najihah sedang lakukan ketika ini. Pantas dia membetulkan tudungnya dan memperkemaskan lagi kemeja sebelum menyambut pensyarah-pensyarah untuk masuk.

"Assalamualaikum, Najihah." sapa pensyarah-pensyarah itu.

"Waalaikumusalam to all professors." balas Najihah. Dalam dadanya dah mula berdentam-dentum dengan kilat dan segala jenis ribut taufan. Tapi, wajah Najihah masih kekal tenang. Tengok? Betapa profesionalnya bakal pensyarah ini. Ceh, puji diri sendiri!

"It's nice to see you after a long time. I'm very excited to hear your presentation today because Professor Sumayyah had told me about your thesis before this." Professor Khairul nampaknya teruja ketika menyatakan hasrat untuk mendengar intipati pembentangan Najihah pada hari ini.

"Thank you for the encouragement, prof. I will do my very best, Insha Allah." kata Najihah.

"Mention not. Can we start now?" soal Professor Khairul.

"Yes."

Lalu, bermulalah tugas Najihah sebagai seorang pelajar PhD dalam bidang psikologi untuk membentangkan projek solonya kepada semua pensyarah. Dalam keadaan yang tenang, Najihah menerangkan sedikit sebanyak latar kajiannya dan misi serta visi untuk projek itu. Begitu lancar sekali dia menerangkan setiap maklumat dalam slaid pembentangannya. Tangan pula bergerak tanpa henti untuk memudahkan dia menyampaikan setiap isi.

Semua pensyarah yang berpangkat Dr. dan Professor begitu fokus mendengar penyampaian Najihah. Ada yang tersenyum. Tidak kurang juga yang berkerut-kerut kening mendengar pembentangan dari bakal doktor falsafah itu.

"And that's all, thank you." ucap Najihah seraya menukarkan slaidnya kepada slaid yang bertulis perkataan 'Thank You' sebesar-besar alam.

Tepukan gemuruh diberikan ikhlas buat Najihah. Tersenyum-senyum dia dihadapan semua pensyarah. Badan pula tidak berhenti menunduk berkali-kali untuk menunjukkan rasa hormatnya.

"What a great presentation and proposal you gave us. I feel so glad having you as the best student in this faculty, Dr. Najihah the lecturer-to-be. If you don't mind, would you like to share with us regarding those involved in this project? I mean, those who give you the idea. Would like to hear it before we start with our qna session." ujar Dr. Kama.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now