BAB 64

102 6 0
                                    

"AWAK nak tipu apa pasal Najihah tu?" soal Shahirah kepada Muaz yang berada didalam talian. Dia melabuhkan punggung diatas katilnya. Terpaksa dia berlari-lari dari kawasan ruang tamunya yang sedang dipenuhi dengan tetamu. Semuanya adalah ahli keluarganya sendiri. Demi panggilan Muaz, sanggup dia menyelinap diantara ramai orang dan melarikan diri ke bilik sendiri.

Muaz pula yang baru sahaja selesai dengan solat Isya', terus sahaja melabuhkan punggung keatas sofa. Dia mencabut songkok yang berada diatas kepala dan diletakkan keatas meja solek. Kemudian, dia menarik nafas untuk menjawab persoalan dari Shahirah.

"Saya nak cakap apa-apa sajelah yang boleh Haqeem tertarik untuk tahu khabar Najihah." kata Muaz, sungguh tidak berasas dan tidak jelas ideanya.

"Ya, tapi awak mestilah kena ada rancangan kan? Awak kata Aisyah nak jumpa Muaz malam ni, kan? Takkan awak nak tembak-tembak perkara tak berasas pula." kata Shahirah.

Muaz perlahan-lahan mengangguk mengiakan kata-kata kekasihnya itu. Ada betulnya juga. Buatnya demi mahu mendapatkan perhatian Haqeem untuk membuktikan hati Haqeem masih ada pada Najihah, dia terlepas cakap benda tidak baik tentang Najihah pula.

Haqeem, Jihah jatuh gaung!

Haqeem, Jihah kemalangan jalan raya. Dia tengah nazak!

Dibuatnya mulut Muaz masin dan perkara itu terjadi dengan betul, memang habis dia hendak menjawab dengan keluarga Najihah. Tidak mahulah dia mengambil risiko.

Shahirah yang tidak mendengar balasan apa-apa dari Muaz hanya tersenyum nipis. Dia tahu pasti Muaz juga tersepit hendak mencipta penipuan demi menarik perhatian Haqeem. Kemudian, dia tersentak. Bagaimanalah dia boleh terlupa akan hakikat yang Najihah memang ada perkara tergempar yang hendak diberitahu?!

Ish, tapi Najihah tidak pernah beri amaran untuk dia tidak memberitahu sesiapa tentang berita pertunangannya. Jadi, jika terjadi apa-apa, Najihah tidak boleh marah dia kerana tiada alibi mengatakan Najihah sudah memberi amaran kepada Shahirah.

"Tak apa, awak. Sebenarnya, Najihah memang ada sesuatu nak diberitahu pada Haqeem. Tapi, saya yakin yang Haqeem memang tak tahu langsung memandangkan dia dah block Najihah dimerata-rata tempat. Tapi, benda ni memang penting pun." ujar Shahirah.

Wajah Muaz berubah 90 darjah. Dia membetulkan duduknya.

"Ada apa-apa ke yang awak tak cerita dekat saya?" soal Muaz.

Shahirah tersenyum manis walaupun dia tahu yang Muaz tidak nampak, "Saya baru nak bagitahu ni."

"Oh, okey, apa dia?" soal Muaz. semakin cuak dan berdebar-debar. Adakah ia mampu membantu rancangan solonya ini?

"Jihah nak bertunang dengan Haziq. She really wants to be engaged to Haziq. No compulsion."

▪️▪️▪️

Hati siapa sahaja yang tidak terusik apabila sering dipanggil dengan gelaran, kawan. Benarlah seperti yang dikatakan orang. Tiada persahabatan diantara lelaki dan perempuan, sebenarnya. Kerana diantara mereka berdua, pasti akan ada seorang yang tewas dengan perasaan.

Dan antara manusia yang tewas dengan perasaan sayang itu sudah tentulah Aisyah. Dia tidak mampu mengawal gelodak hatinya ingin memiliki Haqeem. Malah, perasaan itu semakin membuak-buak dengan kehadiran Najihah yang sudah tentu mencipta jurang besar diantara dia dan Haqeem.

Aisyah tidak mampu lagi hendak menipu hati dan perasaannya. Jauh dalam hatinya, dia memang cemburukan Najihah. Gadis itu sempurna dari segala aspek. Dia berpelajaran tinggi. Pandai. Cantik. Senyumannya manis menawan hati.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now