BAB 41

72 8 0
                                    

SEPANJANG satu minggu meluangkan masa bersama-sama, banyak aktiviti yang telah mereka berempat lakukan bersama. Antaranya ialah, membeli-belah pakaian baru yang lebih mengikut gender Haqeem dan Muaz. Semuanya ditaja secara sukarela oleh Najihah dan Shahirah. Ada juga pakaian yang dibeli sendiri oleh mereka berdua. Untuk pakaian-pakaian wanita yang sering dipakai itu telah dibungkus masuk kedalam kotak untuk didermakan ke rumah kebajikan dan rumah anak yatim. Secara ringkasnya, untuk mereka yang memerlukan.

Monyok juga wajah Haqeem dan Muaz apabila barangan mereka dibuang begitu sahaja. Bukan itu sahaja, mekap juga diterhadkan untuk mereka berdua. Setakat pelembap bibir dan bedak kompak itu dibenarkan. Selain dari yang dinyatakan, dilarang sama sekali!

Hari ini, Najihah dan Shahirah tidak sabar hendak membawa Haqeem serta Muaz menuju ke suatu tempat yang sangat extreme. Tidak semua orang mahu berada disitu untuk bermain permainan lasak yang cuma dirasakan seperti membunuh diri sahaja.

"Seriuslah?" soal Haqeem, tidak percaya. Dia membelai-belai rambut panjangnya sambil mata tidak berhenti melihat sebuah kawasan yang jelas tertulis Kem Bina Diri. Tidak pula mereka tahu yang kampung mereka ada kem bina diri, haish.

"Nok-" panggil Muaz.

Namun, pantas sahaja Shahirah memotong. "Aip! RM1!"

Muaz mengeluarkan not kertas yang berwarna biru dari poket seluarnya dan berat hati hendak menghulur kepada Shahirah. Gadis itu sudah bercekak pinggang apabila Muaz kembali terlepas cakap. Kalau ikutkan, masuk hari ini... memang cukuplah seminggu dia terlepas cakap perkataan yang dilarang. Rasanya denda pun dah melepasi RM10.

"Nak beli air mineral." ujar Muaz.

"Awak puasa kan?" soal Shahirah, aneh.

Muaz hanya membuat muka cemberut. Dia berpeluk tubuh dan mata kembali meneliti setiap ceruk kawasan itu. Lain pula dengan Haqeem yang memang sedari tadi diam tidak berkutik. Fikirannya melayang jauh memikirkan keberaniannya yang senipis kulit bawang itu dicabar untuk melakukan sukan lasak di BULAN PUASA!

"Awak okey? Jom masuk?" ajak Najihah.

"Kalau jadi apa-apa macam mana?" soal Haqeem, risau.

"Jadi apa-apa? Maksud awak?" soal Najihah. Dia mahu tahu apa yang bermain dalam fikiran kawannya itu.

"Kemalangan? Terjatuh dari tempat tinggi?" balas Haqeem bersama riak muka yang sangat risau.

Najihah menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Haqeem seraya berkata, "Saya kan ada? Saya ada untuk awaklah, Haqeem. Awak kena percayakan saya seratus peratus. Apa-apa jadi pada awak, saya janji akan tanggungjawab sepenuhnya. Bukan ke dari kita berdua kecil memang saya selalu cakap macam tu?"

Haqeem tersenyum nipis seraya mengangguk. Mencuit hati bila Najihah menyentuh bab tanggungjawab yang sememangnya digalas oleh Najihah setiap kali mereka berdua hendak ke kelas mengaji pada waktu malam. Bila dia ditakutkan, disitulah Najihah bak hero Avengers menyelamatkan dirinya. Selalu sangat begitu.

"Dah, jom masuk? Inilah masanya untuk menguji diri awak sebagai seorang lelaki!" ujar Najihah.

Haqeem mengangguk setuju dan membuntuti langkah Najihah yang sudah jauh kehadapan untuk berbincang dengan pengurus kem bina diri itu. Tentang peralatan yang diperlukan, aktiviti yang tersedia serta beberapa pasukan penyelamat jika terjadi perkara yang tidak diinginkan.

Setelah berbincang, mereka berempat diapit oleh beberapa orang fasilitator disitu. Selain dibawa untuk meninjau kawasan persekitaran, banyak juga maklumat yang perlu dihadam oleh mereka. Bagaimana nak memakai buckle serta pelbagai wayar yang digunakan untuk mereka menjalankan aktiviti flying fox nanti.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now