BAB 38

75 8 0
                                    

MUAZ dan Shahirah hanya menunggu diruang tamu rumah pengantin itu sahaja. Nak membuntuti langkah Najihah dan Haqeem yang sudah lama naik, takut menganggu dan menambah kesesakan lalu lintas dibilik pengantin pula. Jadi, mereka membuat keputusan untuk tunggu sahaja diruang tamu.

Shahirah membetulkan duduknya setelah lama bersila dan memerhatikan ruang tamu pengantin itu. Cukup ringkas sepertimana yang dimahukan untuk akad nikah. Majlis pun diadakan di bulan puasa, nak buat meriah sangat pun tidak boleh juga.

Shahirah mengalihkan pandangan pada Muaz yang duduk tidak jauh darinya. Lelaki itu duduk bersimpuh sambil tangannya asyik membetulkan bangs rambut. Muka pula asyik ditatap dengan begitu lama pada skrin telefon bimbit.

"Ehem." sapa Shahirah.

Mata Muaz perlahan-lahan beralih arah pada Shahirah yang jelas memandangnya, "Kau panggil aku ke?"

"Ya, saya panggil awak. Boleh saya nak sembang sikit." pinta Shahirah.

Muaz mengangguk acuh tidak acuh, "Ikut suka kaulah. Kau nak sembang apa?" telefon bimbit dalam genggaman disimpan semula kedalam beg tangan. Dia fokus memandang raut wajah Shahirah yang matang itu.

"Awak dah lama ke kawan dengan Ha-" belum sempat menghabiskan ayat, Muaz memotong.

"Shh, Emma. Nama dia dekat sini, Emma." kata Muaz.

Shahirah mengangguk acuh tidak acuh, "Awak dah lama ke kawan dengan EMMA?"

"Lama tak lamalah, dari zaman dia sekolah sini?" balas Muaz.

"Siapa ikut siapa dulu? Atau, korang berdua memang dah decide untuk jadi transgender bersama-sama?" soal Shahirah, terus-terang.

"Walaupun kau macam tak sensitif, aku akan jawab juga segala persoalan kau tu. Antara kitorang berdua, tak ada siapa yang jadi transgender dengan diajak oleh sesiapa. Kami berdua memang jadi transgender mengikut kehendak sendiri dan persekitaran kami." balas Muaz.

Shahirah mengangguk, "Awak tak ada niat nak ada isteri? Ada anak-anak?"

Muaz mengeluh sambil memandang wajah Shahirah dengan lama, "Kalau aku cakap ada macam mana?"

"Dah tu, kenapa awak tak teruskan saje niat awak tu? Atau, awak tak ada kekasih hati?" soal Shahirah, cuba menebak melalui pernyataan yang diberitahu oleh Muaz itu.

Muaz termenung, "Cuba kau tanya perempuan dalam kampung ni, kau rasa ada ke diorang nak terima lelaki macam aku ni? Diorang nak ke lelaki yang lembut macam ni? Diorang cuma anggap aku kawan, samalah macam aku. Aku pandang perempuan sebagai seseorang yang boleh dijadikan sahabat. Aku tak boleh nak pandang perempuan seperti wanita."

"Awak dah cuba ubah diri awak?" soal Shahirah.

Muaz menggentel baju kebayanya seraya membalas, "Ubahlah berjuta kali pun, iman aku tak kuat. Iman aku turun naik."

Shahirah hanya diam. Cuba untuk selami dan memahami hati Muaz.

"Kenapa kau nak tahu?" soal Muaz.

"Saje. Saya cuba nak faham awak." kata Shahirah, terus-terang. Wajahnya begitu beku meskipun kata-katanya kedengaran begitu berbeza pada telinga Muaz. Terhenti terus segala aktivitinya ketika itu.

"Macam mana kau nak faham aku?" soal Muaz, lagi.

"Awak dah cerita pada saya dan itu menandakan yang awak dah letak kepercayaan pada saya secara tidak langsung. Saya sebagai seorang pakar psikologi akan bantu awak apa yang saya mampu. Kalau awak perlukan bantuan, do let me know. Okey?" soal Shahirah, lembut.

Muaz tidak membalas. Dia melarikan wajahnya ke arah pintu rumah. Tangannya laju digenggam sambil memegang erat dadanya yang terasa berdetak lebih laju dari biasa. Wah, perasaan apa ini?

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now