KERETA mewah berjenama Honda Civic berwarna putih itu memasuki perkarangan kampung yang sudah lama Aisyah tinggalkan. Lama dia memerhatikan kawasan kampung yang tidak banyak berubah itu untuk melepaskan rindu. Oleh kerana tidak lama lagi, Aidilfitri bakal memunculkan diri, maka Aisyah mengambil cuti lebih awal untuk merasa berpuasa di kampung. Hampir setiap tahun, dia melakukan perkara yang sama.
Dia sudah tiada ibu mahupun ayah, jadi rumah peninggalan arwah menjadi tempat Aisyah melepaskan rindu yang bersarang didada. Bukan itu sahaja, tujuan dia pulang ke kampung juga adalah untuk berjumpa dengan Haqeem.
Teka-teki tentang kehilangan akaun Instagram EmmaBlingBling masih menjadi tanda tanya kepada Aisyah. Mengapa Haqeem sanggup membuang akaun yang mempunyai ratusan ribu pengikut itu? Begitu banyak untung dan rakan-rakan artis yang memerlukan bantuan Haqeem selaku penatarias mereka.
Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti dihadapan warung milik keluarga Haqeem. Dengan langkah yang begitu berhati-hati demi menjaga keadaan kasut mahalnya itu, Aisyah menapak masuk kedalam warung itu.
"Eh, Aisyah!" Puan Zainab begitu bersemangat ketika menyambut kehadiran Aisyah ke warung mereka. Dia membelek-belek tubuh Aisyah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Segalanya tampak berbeza! Aisyah sungguh elegan dan cantik bergaya!
"Mak Nab macam mana, sihat?" soal Aisyah, ramah. Walaupun, dalam hatinya sudah mengeluh rimas kerana dibelek orang tua itu.
"Sihat! Bertambah sihat lagi bila tengok kamu! Rindu betullah Mak Nab nak jumpa kamu lagi. Mujur kamu balik raya dikampung tahun ini." kata Puan Zainab. Sempat juga dia menjeling kereta Honda milik Aisyah. Wah, selain bergaya, gadis ini juga berharta. Boleh dibuat menantulah begini.
"Aisyah balik raya kali ni sebab rindu nak beraya dekat kampung. Rindu nak beraya dengan Mak Nab, rindu nak beraya dengan Em." kata Aisyah. Namun, mendengarkan sahaja nama lama Emma itu, terus sahaja Puan Zainab mencebik.
"Tak perlulah kamu sebut nama Em tu. Dah tak ada gunanya lagi." balas Puan Zainab. Perlahan-lahan dia menapak kembali ke meja kaunter. Aisyah yang penuh perasaan ingin tahu didada, terus sahaja membuntuti langkah Puan Zainab. Sudah diagak, memang ada sesuatu yang terjadi kepada Haqeem sepanjang dia berada di Kuala Lumpur itu.
Aisyah meninjau dapur untuk mencari kelibat Haqeem, namun tiada sesiapa disana. Pasti Haqeem akan tiba tengah hari nanti untuk menyiapkan makanan-makanan untuk dijual. "Kenapa Mak Nab cakap macam tu? Em nak tukar nama dia lagi ke?" soal Aisyah.
Puan Zainab menggeleng perlahan, "Bukan nak tukar nama lagi tapi dia dah balik kepada asal. Kali ini, dia dah jadi lelaki sepenuhnya." ujar Puan Zainab.
Aisyah menunjukkan riak wajah terkejut sepenuhnya, "Aik, kenapa tiba-tiba saje? Em tak bagitahu apa-apa pun pada Aisyah. Malah, akaun Instagram dia pun dah dipadam terus."
"Dia dah berubah menjadi lelaki semenjak cucu Tok Wan, entah siapa namanya tu balik sini. Beria-ria dia mengejar Em, kononnya untuk mengubah dia kembali ke fitrah asal. Pada awalnya, Em tak nak pun. Tapi, kalau dah asyik dikejar macam paparazzi hampir sepanjang masa, manalah tak penat anak Mak Nab seorang tu. Lalu, dia ikutkan sajelah pelan merepek budak perempuan tu." Puan Zainab meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Aisyah termenung sendiri. Teringin juga dia berjumpa dengan 'budak perempuan' yang berjaya mengubah Haqeem menjadi lelaki itu. Namun, terdetik juga dalam hatinya, sejauh mana kelelakian Haqeem yang berjaya dikembalikan? Lama sudah rasanya dia tidak melihat wajah lelaki Haqeem. Samar-samar dan hampir terlupa sepenuhnya
"Mak Nab tak marah pula budak perempuan tu?" soal Aisyah.
"Nak marah macam mana, dia dah sogok Mak Nab dengan duit. Disuruhnya Mak Nab tutup mulut. Macam mana lagi Mak Nab nak melawan kan?" Puan Zainab menabur fitnah tentang Najihah. Sedaya-upaya wajah penuh penipuan itu dikerut-kerutkan untuk menunjukkan bahawasanya dia memang tidak memerlukan duit Najihah itu.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
Fiksi PenggemarBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...