BAB 61

80 5 0
                                    

HARI raya kedua masih terasa sama pada Haqeem. Sunyi. Kecewa. Setiap malam berendam airmata tidak berhenti. Lalu, dia membuat keputusan yang dia perlu membuka semula warung keluarganya dan menjalankan perniagaan seperti biasa. Semua itu dilakukan agar dia dapat melupakan sebentar tentang Najihah.

Mujurlah ramai juga yang datang berkunjung meskipun pada hari raya Aidilfitri. Ligat juga dia menyiapkan pelbagai jenis pesanan pelanggan yang datang untuk merasakan sendiri keenakan lauk tom yam.

"Eh Haqeem, pakcik tak sangka kamu buka juga kedai walaupun masa hari raya." ujar Pakcik Manan yang datang singgah untuk merasa keenakan kopi buatan Haqeem. Dia pun bukannya ada keluarga dirumah untuk diajak beraya, jadi dia lebih gemar duduk melayan perasaan disini.

Haqeem tersenyum nipis, "Saya tak tahu nak buat apa dekat rumah tu, pakcik. Kalau nak beraya pun, kami mana ada keluarga dekat sini. Jadi, Kak Hana, mak dan saya buat keputusan untuk buka saje kedai macam biasa."

Pakcik Manan mengangguk perlahan sebagai tanda yang dia mengerti akan kata-kata Haqeem. Dia menyisip perlahan kopi O-nya yang masih lagi panas berwap. Dia menoleh kekiri dan kanan seperti mencari sesuatu sebelum meletakkan kembali cawannya keatas meja semula.

"Tak ada pula ya budak perempuan yang selalu dengan kamu tu?" soal Pakcik Manan.

Kebetulan, Aisyah turut sama berada disitu. Dia baru sahaja tiba dengan menaiki kereta kebanggaannya yang dibei menggunakan hasil titik peluhnya itu. Kereta Honda Civic diparkir dihadapan warung Haqeem dan ketika dia hendak keluar, telinganya laju sahaja menyapa soalan tersebut.

Haqeem hanya diam tidak berkutik sehinggalah suara Aisyah memecahkan kesunyian itu, "Pakcik tanya pasal saya ke? Saya ada saje dekat sini. Malah, setiap hari saya datang ke warung Haqeem untuk tolong dia berniaga. Kenapa pakcik tanya macam tu?"

Pakcik Manan menggeleng laju menandakan bukan itu jawapan yang dia harapkan, "Bukan, bukan. Bukan kamu budak perempuan yang pakcik tanya ni."

Aisyah yang mengoyak senyuman sehingga ke telinga itu akhirnya mengendur dan tajam merenung wajah Pakcik Manan. Seolah-olah dia dapat menebak jawapan yang dia akan terima dari mulut Pakcik Manan.

"Habis tu, perempuan mana... ni?" soal Aisyah, menjengkelkan.

"Alahai, cucu Tok Wan tu. Apa entah namanya, pakcik pun dah terlupa nama dia." kata Pakcik Manan sambil memejamkan mata untuk cuba mengingati wajah Najihah.

Aisyah mendengus kasar, "Dia dah lama berambus balik KL lepas sakitkan hati Haqeem. Kenapa pakcik mesti nak sebut nama perempuan yang tak sedar diri tu? Dia dah sakitkan hati orang sekeliling dia, tahu. Dia dah gunakan Haqeem hanya untuk kegunaan dia sendiri." Aisyah melawan dengan menyebut masalah yang membelenggu Haqeem.

Haqeem tersentak apabila Aisyah berkata seperti itu. Lalu, dengan pantas, dia menapak kearah Aisyah dan menarik lengan Aisyah yang berbalut baju tshirt itu. "Maaf ya, pakcik. Silakan minum, nanti nak apa-apa boleh jerit saje. Izinkan saya ke belakang sekejap ya."

Pakcik Manan yang masih terkebil-kebil hanya mengangguk mengizinkan Haqeem untuk pergi membawa gadis bermulut becok dan celupar itu. Entah mengapa gadis itu begitu berang ketika dia menyebut nama Najihah. Apa ada sihir ke dalam nama Najihah itu? Ish, minta dijauhkan!

"Apa hal kau ni?" soal Haqeem, geram. Sungguh dia tidak menyangka yang Aisyah akan beritahu segalanya kepada orang luar. Walhal, perkara ini bukannya perkara besar dan tiada sesiapa melainkan keluarga dia dan keluarga Najihah sahaja yang tahu.

"Apa? Tak betul ke apa yang aku cakap? Pakcik tu sumpah annoying sebab nak sebut nama Najihah dekat depan kau. Kau tu janganlah lembik sangat. Kau kena kuat diri kau tu. Kau kena tabah hidup tanpa perempuan tak guna tu. Dia dah gunakan kau, kan? Kau kena bangkit balik dari semua ni dan tunjukkan pada dia yang kau mampu hidup tanpa dia. Apa yang paling penting, kau hidupkan balik IG lama kau tu dan tunjukkan betapa bahagianya kau dengan kehidupan kau sebelum kau jumpa dia" bebel Aisyah, tanpa rasa bersalah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now