Bab 49

69 6 1
                                    

HAZIQ mengesat matanya dengan perlahan. Dia tidak dapat tidur pula apabila pundi kencingnya terasa penuh dan dia perlu bangun. Malang untuknya, kaki pula tidak boleh berfungsi dengan baik. Ish, berdendam betul dia dengan Haqeem kerana hal yang satu itu. Sungguh, lelaki lembut itu memang tidak tahu cara untuk mengawal amarahnya.

Haziq bangkit dari baringannya sambil mata melilau mencari kelibat Najihah dan Tok Wan. Namun, mereka berdua tidak kelihatan dimana-mana dalam bilik itu. Baru ingat nak minta tolong Tok Wan hantarkan dia ke tandas, aduhai.

Haziq perlahan-lahan mencapai telefon bimbit yang berada diatas meja sisi. Dia mencari nombor Najihah dan mendapati ada sebuah pesanan dari gadis itu.

Najihah
Salam Haziq, saya dan Tok Wan pergi kafe dekat bawah nak beli makanan sahur. Saya tak tahu awak boleh puasa ke tak sebab awak kena makan ubat kan? Takpe, saya beli juga awak makanan. Jumpa nanti.

Haziq hanya mengangguk perlahan dan meletakkan kembali telefonnya keatas meja. Masa tengah baca mesej Najihah, hilang terus rasa nak terkencing. Bila dah tak baca mesej, buat perangai balik.

Tanpa berfikir panjang, Haziq mencapai tongkat yang tersandar pada dinding dan perlahan-lahan berjalan menggunakan tongkat tersebut.

Papan tanda yang menunjukkan arah ke tandas menjadi rujukan Haziq. Entah kenapa, itulah pertama kali dia seronok melihat tandas. Dengan kaki yang begitu, tambah pula dengan tandas yang dekat. Memang kenikmatan yang tidak akan dia sia-siakan.

Usai dia menyelesaikan projeknya, dia keluar dengan berhati-hati menuju ke arah sinki. Dan secara tiba-tiba dia ditegur oleh satu suara,

"Hoi." panggil suara itu.

"Mak, siapa tu?!" soal Haziq. Dia menoleh ke kiri dan kanan dan ternampak kelibat Haqeem. Elok sahaja dia bersandar dengan berpeluk tubuh, sama seperti gayanya sebelum mereka 'kemalangan' semalam.

"Tch, penakut rupanya." ejek Haqeem. Dia berjalan kearah sinki untuk mencuci tangannya.

"Kau ni memang tak boleh tengok aku senang ke macam mana? Ada sajelah benda nak ikut aku. Nak kata gay, nampak normal pula." getus Haziq.

Haqeem mencebik mendengar kata-kata Haziq yang menuduhnya seorang gay itu. Lantas, dia memercikkan air ke wajah Haziq. Terkulat-kulat lelaki itu mengelap wajahnya yang dipenuhi air paip.

"Aku pergi tandas ni dulu tau daripada kau. Suka hati saje cakap aku ikut kau. Entah-entah, kau tu yang ikut aku. Kau tu yang gay." ejek Haqeem.

Haziq membetulkan tubuhnya menggunakan tongkat itu untuk menghadap wajah Haqeem. Elok sahaja Haqeem mempamerkan wajah menyakitkan hati dan penuh ketidakpuasan hati.

"Aku ni memahami tau yang kau buat perangai macam ni sebab kau cemburu aku rapat dengan Najihah. Aku juga tahu yang kau tu jadi macam ni sebab Najihah tak melawat kau dekat wad kau kan? Tapi, kau boleh bawa bersabar tak? Kau ni elok kena pergi kelas atasi kemarahan. Asal marah saje, mula nak cederakan orang. Berbahaya betul kau ni." bebel Haziq.

"Oh, kau tahulah pasal Jihah tak datang kat wad aku? Sebab apa? Ni mesti sebab kau kawal dia kan? Sebelum nak cakap orang, kau pergi betulkan diri kau tu untuk tak jadi king control kalau kahwin dengan sesiapa nanti." bebel Haqeem pula.

Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Kau ni kuat cari pasallah. Dahlah tu, pergilah muhasabah diri tu."

"Kau tu jauhkan diri dari Najihah dulu!" marah Haqeem.

"Kau tu kena uruskan kemarahan kau dulu!" balas Haziq pula.

"Eh, eh mamat kering ni!" getus Haqeem.

Haziq berkerut kening apabila diejek begitu, "Eh, kalau aku kering, kau tu apa? Kunyit? Gay?"

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now