TAMAT sahaja kelas Professor Sumayyah pada tengahari itu, Najihah berniat untuk melawat papanya di pejabat.
Sudah lama rasanya tidak bertemu papa sendiri. Dia sibuk dengan kelas, papa sibuk dengan fashion show. Memang masa masing-masing pun bertindih.
Kebetulan, kelasnya cuma satu dan berakhir dengan awal. Dia pun apa lagi, ambil peluang ini lepaskan rindulah.
"Korang baliklah dulu. Aku ingat nak lawat papa dekat pejabat. Lama dah tak jumpa papa sendiri." kata Najihah.
"Hah, okey aje. Kau balik rumah tak malam ni? Atau, kau tidur dekat rumah keluarga kau?" soal Fatin.
"Erm, nanti apa-apa hal aku telefon korang. Bye, Assalamualaikum." ucap Najihah sebelum beredar menuju ke keretanya. Sempat dia melambaikan tangan dan mendengar ucapan salam dari kawan-kawan baiknya.
Sebelum menghidupkan enjin kereta, Najihah menghantar dulu mesej kepada Encik Nazrin untuk beritahu yang dia ingin kesana. Nak ajak papa makan tengahari bersama.
Papa <3
Papa tak sibuk kan? Jihah nak ajak makan sekali. Jihah on the way.▪︎▪︎▪︎
Setelah beberapa minggu terlibat dengan pertunjukan fesyen anjuran Blue Silhoutte, akhirnya Emma dapat juga menuntut bayaran untuk perkhidmatannya sebagai jurumekap buat model-model disitu.
Untuk pengetahuan, Emma bekerja secara kontrak untuk Model Inspire iaitu sebuah agensi pemodelan naungan Encik Nazrin Shah. Blue Silhoutte selaku teraju utama fashion show memerlukan model dibawah naungan Model Inspire.
Model Inspire pula memerlukan kebolehan jari jemari Emma untuk menatarias wajah semua model yang terlibat.
Lumayan juga dapat bekerja dengan Encik Nazrin. Syarikat kaya, pendapatan pun tidak terhitung jumlahnya.
"Saya nak ucapkan terima kasih atas perkhidmatan awak selama disini. Tidak sia-sia saya import awak jauh dari kampung. Prestasi yang bagus, hasil kerja yang cemerlang. Insha Allah, banyak peluang rezeki awak disana." puji Encik Nazrin.
Sekeping cek yang tertera jumlah, RM3000. Semestinya setimpal dengan apa yang telah Emma curahkan sepanjang dia bekerja disini selama dua minggu. Terpaksa ke Kuala Lumpur dari kampung jauh ke pedalaman. Berulang-alik ke agensi, pusat peragaan serta rumah memang berbaloi.
Nasib baik kereta telah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Model Inspire. Asalkan Emma tahu menjaga kereta syarikat dengan baik, itu sudah memadai untuk dikira sebagai kontrak mereka.
"Tak ada apalah, tuan. Saya memang minat mekap model-model ni. Mereka pun dah semulajadi cantik, tak susah pun nak mekap." balas Emma, jujur.
"Terima kasih. Insha Allah, ada rezeki nanti saya panggil awak lagi." kata Encik Nazrin.
"Sama-sama tuan. Semua yang baik datang dari Allah SWT." ucap Emma.
Encik Nazrin memandang wajah Emma dengan lama. Dia sayangkan Emma kerana Emma sebaya dengan anak perempuannya, Nur Najihah. Malangnya, Emma agak menyimpang jauh dari fitrah asal.
Nama sebenar Emma adalah Muhammad Haqeem bin Muhammad Rizal. Dia kenal dengan Encik Rizal sejak dari bangku sekolah lagi. Namun, hayat Encik Rizal tak panjang. Dia meninggal dunia ketika Haqeem berusia lapan tahun.
Haqeem dijaga dengan seorang kakak dan ibu. Kadang-kala, ada juga ayah Encik Nazrin selaku imam dikampung mereka itu menjaga Haqeem. Menganggapnya seperti cucu sendiri.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanficBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...