BAB 51

69 4 0
                                    

MESEJ yang diterima Najihah pagi tadi membawa kakinya menuju ke rumah Haqeem. Dalam keadaan yang tidak mampu untuk membantu di gerai, sudah tentulah Haqeem kini berada dirumahnya sendiri. Itu yang beria-ria sangat mengajak Najihah melawatnya dirumah. 

Najihah melabuhkan punggung di kawasan pondok atau pangkin yang tersedia dihadapan rumah Haqeem. Sengaja dia berlama-lama disitu untuk melihat apa reaksi Haqeem dari tingkap biliknya yang terbuka. Nak juga dia melihat bagaimana Haqeem begitu tidak sabar untuk menanti kehadiran Najihah.

"Kak Hana, Jihah ada bagitahu ke yang dia nak datang? Ada tak sesiapa beri salam? Kenapa Qeem tak dengar apa-apa ni?" begitu banyak sekali soalan yang diajukan oleh Haqeem dan Najihah mampu mendengarnya dengan begitu teliti.

"Kakak tak dengar apa-apa pun lah. Kenapa kamu menggelabah sangat ni?" soal Hana. Jelas keletihan pada suaranya. Pasti Haqeem bertanyakan soalan yang sama hampir berpuluh kali. Siapa sahajalah yang tidak keletihan apabila ada yang bertanya soalan yang sama hampir berulang-ulang. Nak marah, tapi bulan Ramadan. 

Senyuman terukir dibibir Najihah. Lalu, Najihah mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket dan mengambil gambarnya. Dia mengenyitkan mata sambil membuat bentu peace dan diletakkan dimatanya.

Kemudian, butang send ditekan dan secara automatik gambarnya tadi dihantar terus kepada Haqeem.

Sementara itu disatu sudut yang lain, Haqeem langsung tidak mampu untuk duduk diam. Sekejap dia berbaring diatas katil. Seketika kemudian, dia akan bangkit dan berjalan kehulur dan kehilir didalam biliknya itu. Lantai kayu yang menjadi sokongan rumah papan itu asyik berkeriut tanpa henti. 

Sungguh rawan hamba Allah yang seorang itu hanya kerana Najihah masih tidak menunjukkan batang hidung walaupun hampir beberapa jam yang lalu dia membalas mesej. Sudahlah dia itu sejenis yang cepat overthink mengalahkan perempuan asli, boleh pula Najihah buat perangai begini.

Ting!

Telinganya pantas menangkap bunyi notifikasi yang datang dari telefonnya sendiri. Haqeem begitu kelam-kabut menapak kearah meja belajar. Tangan yang tidak berbalut laju mencapai telefon diatas meja.

Mesej dari Najihah!

Sebuah gambar yang dihantar bersama dengan pesanan Najihah awak dah sampai dah pun (wink). Haqeem tersenyum nipis dan apabila dia menyedari bahawa dia sudah jauh tenggelam bersama dengan perasan yang berbunga-bunga, laju dia menampar wajahnya sendiri untuk menyedarkan diri sendiri. Maksiat tahu fikirkan pasal perempuan bukan mahramnya.

Haqeem meneliti background dalam gambar Najihah itu. Tidak asing lagi, Najihah sedang berada dikawasan pangkin rumahnya. Laju sahaja kepalanya dijengul keluar dari tingkap. 

Alangkah gembira sampai dia terlupa yang tangannya masih lagi berbalut. Elok sahaja dia menongkat dagu menggunakan tangan yang sakit itu sambil memandang Najihah. Apabila dia merasakan yang tangannya terasa pedih barulah dia mengangkat dengan laju. Najihah yang melihat dari bawah turut sama menyeringai sakit. Ngilu nampaknya.

▪️▪️▪️

"Tsk, tsk. Apalah awak ni. Saya tahulah awak excited saya nak datang tapi agak-agaklah nak guna tangan tu untuk tongkat dagu. Kan dah sakit." ujar Najihah. Dia mempersilakan Haqeem duduk dipangkin tersebut sementara dia berdiri untuk mengekalkan jarak ikhtilat diantara mereka berdua.

"Aku terlupa, nak buat macam mana." balas Haqeem. Dia mengurut sedikit sikunya yang masih terasa nyeri. Kemudian, barulah dia meletakkan tangannya perlahan-lahan mengikut posisi anduh tadi.

Najihah hanya mengangguk memahami dan terus membuka mulut tentang niat Haqeem memanggilnya kesini, "Ada apa awak panggil saya datang sini? Mustahillah sebab nak saya melawat awak saje kan? Mesti ada sebab lain ni."

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now