BAB 57

68 6 0
                                    

SUDAH beberapa bulan sejak Aisyah bertemu dengan Haqeem, namun lelaki lembut itu begitu sukar untuk bercerita tentang dirinya sendiri. Lelaki itu sangat kacak dan cantik dalam masa yang sama. Tubuhnya yang tinggi melidi, kurus serta wajah lembut itu sudah menarik perhatian Aisyah untuk mendekatinya.

"Kau memang suka diam saje ke? Macam mana nak dapat kawan yang ramai kalau kau sendiri pun suka menyendiri?" bebel Aisyah. Ketika itu tiada murid-murid yang ramai dikawasan padang sekolah. Mungkin kerana itu, Haqeem lebih senang untuk makan disitu pada waktu rehat. Sunyi. Tenang.

Sunyi. Haqeem kekal diam tanpa menjawab persoalan Aisyah itu. Lelaki itu lebih gemar melayan perasaannya sendiri tanpa diganggu sesiapa. Aisyah yang setia disitu pantas melabuhkan punggung disisi Haqeem.

"Kau homesick ya? Sebab tu kau tak nak cakap dengan sesiapa? Kau rindukan keluarga kau?" soal Aisyah bertubi-tubi.

Hampa, Haqeem kekal membatu disitu. Dilayannya Aisyah seperti acuh tidak acuh sahaja. Namun, tangan Haqeem sibuk membelek buku tersebut. Membaca dan terus membaca seperti Aisyah halimunan disitu.

Aisyah mengerti akan layanan Haqeem itu. Lantas, dia melabuhkan punggung disisi Haqeem. Dia tidak akan berganjak sekiranya Haqeem tidak bergerak.

Melihatkan gadis yang entah dari mana itu tiba-tiba sahaja mendekatinya, Haqeem menghela nafas berat. Dia bergegas bangkit daripada duduknya kerana tidak mahu diganggu.

"Eh, kau nak pergi mana tu?" soal Aisyah. Dia bangun dan sempat mengibas baju sekolahnya yang melekat dengan rumput-rumput kering itu.

Ketika hendak menjauhkan diri dari Aisyah, Haqeem terlanggar sekumpulan pelajar lelaki sehingga dia jauh terduduk seperti nangka busuk. Buku yang dibacanya itu terjatuh menghempas lantai dan sekeping gambar terkeluar dari celah buku tersebut.

"Hak elah si lembut ni! Kau nak 'memondan' pergi tempat lainlah!" marah murid lelaki yang seusia dengannya itu.

Aisyah dengan gaya samsengnya itu berjalan menghampiri kawasan kemalangan kecil itu. Dia berkerut kening seraya memandang wajah murid lelaki tadi dengan ekspresi yang garang mengalahkan pengetua sekolah mereka.

"Kau yang berlari-lari macam tak ada mata, lepas tu kau nak marah dia?" soal Aisyah.

"Aduh Aisyah, kenapalah kau nak marah aku dan bela budak ni? Dia tu tak sesuai nak kawan dengan kau yang kasar mengalahkan jantan ni, faham tak?" ejek budak lelaki itu sekali lagi. Kali ini, Aisyah pula terkena tempiasnya.

"Selembut-lembut dia pun, dia tahu nak isi masa dia dengan ilmu. Kau tu apahal? Berlari-lari dekat lorong sekolah macam kena kejar anjing." marah Aisyah.

Murid lelaki itu sudah mula berang dan ingin bergaduh dengan Aisyah. Almaklumlah, masing-masing baru masuk alam sekolah menengah. Dan mereka masih lagi ada sisi yang tidak matang itu.

"Eh, janganlah pukul dia! Dia tak salah pun. Aku yang salah sebab langgar kau tadi." Haqeem laju sahaja mencelah. Dia berlutut dan menunduk berkali-kali untuk memohon maaf dari murid lelaki yang berwajah samseng itu.

"Kau dengar tak tu, Aisyah? Dia yang salah. Nasib baik kau minta maaf, budak. Kalau tak memang lama dah kau ni aku rembat." murid lelaki itu menghamburkan amarah sebelum beredar pergi. Berpuas hati setelah Haqeem memohon maaf.

Aisyah pandang murid lelaki tadi dengan wajah yang tidak puas hati, "Kau okey ke?" soal Aisyah, cuba untuk membantu Haqeem bangun.

"Okey, thank you sebab tolong." ujar Haqeem. Dia membersihkan seluar sekolahnya yang dipenuhi habuk lantai.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now