BAB 59

71 6 1
                                    

"BAWA bertenang Puan Zainab. Kita boleh berbincang, cuba bawa berbincang. Kenapa datang rumah bapa mertua saya untuk marah-marah pula?" soal Pak Su yang datang untuk mewakili Tok Wan dalam menjawab masalah Najihah itu. Jika sekali lihat, sudah seperti pengawal peribadi pula gayanya.

"Kau boleh tanya kenapa aku marah-marah? Kau ni kan budak muda, tak mungkin tak tahu apa yang dah heboh dalam sosial media sekarang ni?" marah Puan Zainab. Ewah, dia marahkan orang lain. Kemudian, dicop pula orang lain ketinggalan zaman.

"Ya, saya tahu tentang isu Haqeem dan Najihah tu. Tapi, umum mengetahui, mereka bukan pergi berdua. Anak Puan Zainab, si Hana tu pun ikut sama. Kita tinggal nak bersihkan nama mereka dengan menceritakan perkara sebenar pada media. Bukannya susah pun." Pak Su bermati-matian mencari kata putus.

"Betul tu, mak. Hana ada dengan diorang berdua semalam. Biasalah orang nak buat fitnah masa bulan Ramadan macam ni, dibuatnya Najihah dan Haqeem tu keluar berdua. Walhal, tak ada apa pun yang terjadi." Hana berkeras membantu menegakkan keadilan.

Tok Wan sudah pening kepala apabila terlampau riuh dikawasan rumahnya. Dengan kehadiran sang menantu, Puan Zainab, Hana dan anak bongsunya itu memang menambahkan lagi sakit kepala.

Najihah pula langsung tidak mahu keluar. Masalah ini kecil sahaja, tapi jadi besar bila Puan Zainab tidak tahu cara untuk bertenang. Bagaimana dia hendak keluar dan berbincang secara elok kalau orang lain pun dua kali lima sahaja.

"Sudahlah! Cakap sajelah yang keluarga si Nazrin tu memang tak mahu Haqeem jadi menantu mereka. Maklumlah, anak saya ni bekas pondan. Jadi direkanya macam-macam berita untuk manipulasi media konon anak saya terhegeh-hegeh pada anak dia. Mungkin media tak kenal siapa budak Jihah tu, tapi orang kampung? Satu kampung kenallah Haqeem!" Puan Zainab menghamburkan amarahnya.

"Mak!" panggil Haqeem dari jauh. Pantas Puan Zainab menoleh kearah anak lelakinya.

"Haqeem, kamu bagitahu mereka yang kamu pun tak inginlah budak Jihah tu. Kamu tengoklah, masa kamu ditindas begini, ada dia keluar untuk beri kerjasama? Tak ada, kan?" soal Puan Zainab.

Haqeem hanya menggeleng perlahan, "Sudahlah tu, mak. Buat malu saje serang-serang orang ni. Jomlah balik, kita bincang ya?" Haqeem sedaya upaya memujuk untuk meredakan ketegangan yang melanda.

"Buat apa bincang dekat rumah, kalau kita boleh bincang sekali dengan Najihah tu dirumah Tok Wan ni." tegas Puan Zainab berkata. Masih mahu Najihah menunjukkan batang hidungnya.

Mereka semua sangat riuh dihadapan rumah Tok Wan. Disitu dapat dilihat bagaimana susahnya Haqeem dan Hana hendak memujuk Puan Zainab pulang kerumah dan berhenti buat kecoh. Pak Su dan Mak Su masih gigih mempertahakan Tok Wan yang tidak berhenti diherdik. Cuma Aisyah sahaja yang kekal bertenang.

Ketika mereka riuh membahaskan isu hangat itu, tiba sebuah teksi yang membawa seorang wanita yang cantik bergaya. Dia keluar dari perut teksi yang disewa mahal itu dengan muka penuh garang, tegas dan bangga. Malah, beg-begnya juga tidak dibawa keluarnya sendiri. Dia lebih rela menyuruh pemandu teksi itu yang membawanya turun.

Ikutkan hati, mahu sahaja dia menyuruh pemandunya membawa dia kesini menaiki Toyota Vellfire itu. Tidak perlu dia bersusah hendak mencari teksi mahal dan ekslusif yang membazir duitnya demi ke sini. Namun, kerana ingin cepat sampai menemui anak daranya, dia redah sahaja.

Cermin mata hitam berjenama Ray-Ban itu dibuka dan diletakkan pada kolar bajunya. Dia berjalan penuh anggun kearah sekumpulan manusia yang riuh-rendah itu.

"Balik juga kau rupanya." balas Puan Zainab.

Puan Haliza tersenyum sinis, "Aku selalu balik kesini. Kau tu saje yang suka menyombong tak bertempat dengan aku."

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now