Tiga tahun kemudian...
SUDAH genap tiga tahun Haqeem menetap di Kuala Lumpur bersama dengan mak dan kakaknya. Setelah apa yang terjadi di kampung dulu, Haqeem nekad untuk membawa diri ke Kuala Lumpur. Tinggal disini, mulakan hidup baru disini.
Bukan itu sahaja alasan mereka sekeluarga berpindah sebenarnya. Semua itu kerana Haqeem telah menerima tawaran bekerja disalah sebuah firma arkitek disini iaitu CK Architecture Firm Sdn. Bhd. Semuanya hasil bantuan Encik Nazrin dan Tok Wan yang mengesyorkan dia kepada bos firma ini iaitu Mr. Liu.
Mr. Liu dan Encik Nazrin sememangnya berkawan baik. Oleh kerana Encik Nazrin amat mengenali akan bakat Haqeem dalam melukis serta membuat draft menggunakan AutoCAD, Encik Nazrin mempromosikan Haqeem kepada kawannya.
And that's it! Begitulah ringkasan ceritanya bagaimana Haqeem sudah bekerja disini hampir tiga tahun. Tiga tahun juga dia langsung tidak pulang ke kampung kerana tidak mahu lagi terserempak dengan Najihah. Manalah tahu kalau Najihah balik ke kampung untuk beraya dan mereka bertembung.
Mahu banjir kampung itu dibuatnya apabila Haqeem melihat Najihah datang bersama suaminya si Haziq. Itu kalau datang bersama suami sahaja, buatnya kalau sekarang Najihah dah ada seorang anak?
Tidak ke tsunami kampung itu nanti? Mahu retak dan berkecai hati Haqeem melihat keluarga bahagia itu datang beraya. Ish, tidak mahulah dia merisikokan diri untuk menangisi orang yang sudah lama bahagia. Haih, nak menyesal pun memang sudah tiada guna.
Tinggallah Haqeem keseorangan menjalani hidupnya sebagai seorang drafter atau draughtman di firma itu dan bekerja keras untuk melakar-lakar senibina bangunan. Seterusnya, lukisan tersebut akan dihantar pula kepada pasukan jurutera untuk menilai bahan-bahan bagi membuat bangunan tersebut.
Kini, Haqeem sangat bahagia dengan kerja barunya. Tidaklah begitu santai kerana perlu bekerja dalam keadaan yang teliti, tidak boleh cincai sahaja. Namun dia seronok kerana dia dapat balik impiannya sejak sekolah rendah iaitu untuk menjadi arkitek!
DUSH!
Sebuah tepukan kuat hinggap diatas meja. Begitu kuat sehingga Haqeem terpaksa mengurut dadanya yang masih terkejut. Perlahan-lahan, dia menjeling gerangan yang menepuk meja dengan kuat itu.
"Ish, kau nak apa ni Shah?" soal Haqeem, acuh tidak acuh.
Lelaki yang dikenali sebagai Shah itu hanya tersenyum sumbing seraya melabuhkan punggungnya diatas meja lebar Haqeem. Arkitek wajib mempunyai meja yang besar, ya. Manalah muat meja kecil hendak diletak kertas A3, peralatan melakar dan segala fail rujukan tentang senibina yang lepas.
"Aku nak ajak kau makan. Kau tu nampak fokus sangat sampai terlepas waktu makan tengahari." kata Shah. Dia mencabut jam tangannya yang berjenama Fossil itu dan dihala tepat ke wajah Haqeem.
Haqeem menepis tangan Shah seraya berkata, "Aku tak terlepaslah. Kejap lagi aku turun lepas aku habis siapkan lakaran untuk bangunan MK Group ni."
"Pihak MK Group nak kau siapkan secepat mungkin ke?" soal Shah.
Sungguhlah dia kasihan akan nasib Haqeem ini. Lelaki itu sungguh berbakat dalam melukis bangunan tetapi terlampau berbakatlah pula sampai semua kerja diletak ke bahu Haqeem. Malah, projek besar dari syarikat gergasi yang mempunyai dua lagi anak syarikat iaitu MK Construction dan MK Foundation turut menyerahkan semua kerja kepada Haqeem. Mempercayai jejaka itu sebanyak 100%!
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanficBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...