MAJLIS walimatulurus pelanggan Haqeem sangat meriah ketika Haqeem tiba dirumah pengantin. Begitu ramai tetamu hadir bersama pakaian yang sangat cantik dan sopan. Kanak-kanak pula gembira bermain dibawah khemah. Sangat meriah!
Terkocoh-kocoh Haqeem berlari masuk kedalam rumah pengantin bersama peralatan mekap dalam tangan.
Dari jauh, Haqeem dapat melihat Muaz (Maya) sedang berjalan seperti seorang model profesional kearahnya. Wajah pula bukan main berkerut seiras wajah ahli sihir dalam Snow White.
"Nok, kau pergi mana? Habis keluarga pengantin mengamuk tau sebab kau tak datang-datang. Kasihan kawan baik kau ni kena cover untuk kau." adu Muaz sambil menepuk perlahan lengan Haqeem.
"Aku ada kemalangan tadi-"
"Kemalangan?! Babe, kau okey tak? Ada sakit mana-mana? Cedera tak? Kau nak aku bawa kau pergi klinik?" soal Muaz, panik.
"Panik sangatlah kau ni, babe. Aku sihat walafiat saje ni. Kau sendiri nampak, kan? Kan aku berkebaya cantik macam ni, bukan ada berdarah atau luka-luka pun." kata Haqeem sambil memegang bahu Muaz untuk menenangkan kawan baiknya itu.
"Heh, tengoklah tu. Dua ekor sotong kering tengah tergedik-gedik memuji satu sama lain. Menyampah pula aku tengok." kutuk Arif yang pada ketika itu sedang duduk dikawasan khas untuk pemain kompang. Memandangkan pengantin belum bersiap, maka belum masa untuk pasukan kompang itu beraksi.
"Bukan setakat menyampah, geli sampai bulu roma aku tegak berdiri. Kalau boleh tercabut secara automatik, memang dah gugur atas tanah tengok dua jantan tak malu macam ni menggelenyar." tambah Nazuhairi.
Mulut Nazuhairi sibuk mengejek sambil bibir mengepit puntung rokok yang hampir habis. Berkepul-kepul asap rokok naik ke udara. Memenuhi ruang khemah yang menempatkan pemain kompang yang lain.
Arif pula tidak berhenti membetulkan rambutnya. Perasan kacak sungguh hamba Allah yang seorang itu. Tangannya langsung tidak lenguh dari menyisir rambut karat itu berulang-kali.
"Korang sibuk sangat hal kitorang kenapa? Ada masalah ke kalau kitorang ni sotong kering? Tak kacau rambut kau pun kan? Tak usik rokok kau tu pun." sindir Muaz.
"Memanglah tak kacau. Tapi, mata kitorang ni sakit sangat tengok mangkuk tak tahu malu macam korang ni berani berdepan dengan orang ramai. Macam tak tahu halal haram saje gayanya." kutuk Nazuhairi kembali. Berang apabila rokok yang hampir habis itu dijadikan bahan sindiran Muaz.
"Oh, hisap rokok tu halal pula?" sindir Muaz.
"Apa aku boleh cakap adalah pengantin ni memang bodohlah ambil pondan macam korang ni bekerja. Sepatutnya, tak payah diberi makan. Elok mati kering saje. Tak tahu nak insaf, macam dah tak ada Tuhan gayanya. Kalau mati, elok juga. Biar hantar jumpa Tuhan terus. Tahulah kau nak menjawab nanti." kata Arif lagi.
"Kalau kitorang mati, hantu-hantu kitorang ni akan kacau kau dulu tau. Aku nak datang rumah kau, lepas tu cekik-cekik biar kau pula mati." marah Muaz.
Perbalahan mereka berdua benar-benar menarik perhatian orang sekeliling untuk mengambil tahu.
Melihatkan ketegangan antara Muaz dan dua orang kacang hantu kampung ini semakin memuncak, Haqeem segera menamatkan pergaduhan itu secepat mungkin.
"Sudahlah tu, babe. Tak ada guna pun kita nak gaduh-gaduh. Bukannya kita dapat duit pun." lembut Haqeem memberi teguran.
"Iya tak ya juga. Dahlah, jom kita masuk. Tinggalkan saje kacang hantu tak ada masa depan ni menyalak serupa anjing liar." ejek Muaz, masih tidak berpuas hati.
"Kau cakap kitorang apa?!" Arif bangkit dari duduknya dan bergerak kearah dua sahabat itu.
Arif menolak bahu Haqeem dan Muaz dengan serentak. Automatik tubuh mereka terdorong ke belakang.
YOU ARE READING
Bukan Hero Romantik ✔
FanficBukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutnya dipanjangkan. Gaya pemakaiannya mirip seperti wanita. Kerana dirinya yang tidak sempurna seperti...