BAB 12

87 11 0
                                    

"SELEPAS itu, kita calitkan eyeliner dihujung mata untuk menunjukkan lagi aura-aura baddie gitu." ujar Haqeem sambil tangan pantas mencapai eyeliner berjenama Maybelline dan dicalit pada hujung matanya.

Kemudian, gincu merah menyala berjenama sama dengan eyeliner tadi dicapai untuk dipadankan dengan mekap gaya antagonis drama pukul 7 itu.

Haqeem sangat mahir menggunakan setiap alat mekap yang dibelinya. Kombinasi warna juga sangat ditekankan oleh Haqeem. Kerana kombinasi warna yang digunakan melambangkan tema untuk mekapnya.

Merah, hitam dan kelabu - tema baddie dan garang.

Warna pastel - tema gadis comel.

Kuning, jingga dan hitam - menampilkan tema musim luruh.

Dan, banyak lagi!

"Baiklah, semua. Sampai disini sahaja pertemuan kita. Terima kasih sudi menonton segmen mekap Emma pada malam ini. Semua jenama mekap yang digunakan ada dalam description box, tinggal tekan saje link URL tu. Sekiranya anda semua ada sebarang soalan, boleh bertanya sekarang. Emma akan jawab semuanya sekali!" kata Haqeem.

Mata Haqeem fokus membaca setiap komen yang dilontarkan oleh penonton live Instagram-nya. Terdapat pelbagai jenis soalan yang ditanya. Ada yang berasas, ada juga soalan yang seakan-akan tidak cukup umur. Tidak kurang juga yang bertanya tentang produk mekap yang digunakan Haqeem meskipun dia telah beritahu semuanya sebelum sesi soal-jawab bermula.

Ada yang menyokong, ada juga yang memberi kecaman.

Herra_Fezira : Cantiknya mekap! Teruskan konten macam ni ya!

GigiHadidi : Lelaki ke perempuan ni? Kenapa suara garau?

DiyaAnisa06 : Bawa-bawalah bertaubat -_-

"Ada soalan ke? Kalau tak ada soalan, Emma akan tamatkan sesi siaran langsung kita pada malam ini. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain hari. Assalamualaikum semua, selamat malam." ucap Haqeem sebelum menutup live Instagram itu.

Keluhan demi keluhan dilepaskan dari mulut. Haqeem tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah, tetapi hatinya belum cukup kuat untuk berubah.

Bagi Haqeem, buat apa dia berubah hanya untuk puaskan hati orang. Dia akan lebih rasa tertipu dengan dirinya sendiri. Itu hipokrit namanya.

Haqeem menghampiri meja soleknya dan membelek wajah 'feminin' itu. Dia memegang bibir, alis mata dan rambutnya. Semuanya berubah seakan-akan perempuan asli.

Syukurlah, dia masih ada iman dalam dada meskipun senipis kulit bawang dan ada pasang surutnya. Dia belum gila lagi untuk bersunat secara abadi atau makan pil hormon untuk dada tiruannya.

Ditambah pula dengan kewujudan Tok Wan, Encik Nazrin Shah dan arwah ayah, menjadikan Haqeem lebih hormat dan berfikiran waras untuk mengubah fizikalnya secara mutlak.

Namun buat masa sekarang, Haqeem selesa dengan rupanya begini. Rupanya sebagai wanita tiruan.

Selepas lama membelek dirinya, Haqeem keluar dan menuju ke ruang tamu. Dia sendiri pun tidak tahu rancangan apa yang dia nak tonton, layankan sahajalah apa yang ada dalam TV itu.

Hana yang leka menonton drama pukul 9 terus mengalihkan perhatian kearah adiknya. Haqeem hanya duduk dengan malas sambil tangan memeluk bantal segi empat yang tersusun disofa.

Puan Zainab yang sibuk mengupas buah limau turut sama fokus pada Haqeem.

"Kenapa semua pandang Em ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Haqeem. Dia membelai rambut panjangnya yang disikat rapi sebelum keluar dari bilik tadi.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now