BAB 47

60 6 0
                                    

"KALAU dia fikirkan aku, dia akan datang sini dulu."

"Dia akan datang sini, kalau dia fikirkan aku."

"Dia akan datang sini."

Haqeem tidak berhenti berbisik perkara yang sama. Dia tiada bunga ditangan untuk dikupas kelopaknya satu demi satu, namun dia menggunakan sepuluh jarinya untuk menggantikan kelopak tadi. Sambil bibir terkumat-kamit, doktor yang merawat pula masih setia membalut kakinya.

"Dah siap. Nanti kalau awak balik, awak jangan terlalu banyak bergerak ya? Pastikan kaki awak relaks sahaja." pesan doktor itu seraya meletakkan kaki Haqeem perlahan-lahan keatas katil.

Haqeem mengaduh sakit dan mengangguk memahami usai mendengar pesanan doktor lelaki itu. Dia mampu mengangguk sahaja sepanjang rawatan kerana otaknya bukan kearah kakinya, tapi lebih kepada memikirkan Najihah yang tidak kunjung tiba.

Mustahillah Najihah tidak mahu datang kalau Tok Wan ada memberitahunya tentang keadaan dia dan Haziq kan? Tambahan lagi, Haziq itu adalah tetamu Najihah. Mustahil dia hendak membiarkan Haziq terkontang-kanting bersendirian disini tanpa ada sesiapa yang dia kenali.

Haish, Haziq lagi! Nampaknya, Haqeem tidak dapat dapat membiasakan diri dengan hakikat bahawa Najihah sudah tentu akan ke wad yang menempatkan Haziq. Dia tahu, tetapi sukarnya untuk menolak fakta itu.

Derapan tapak kaki yang begitu meriah diluar wadnya menarik perhatian dia. Bukan dia sahaja, doktor dan jururawat yang berada disitu turut sama terkejut. Lalu, doktor tadi berkata,

"Nampaknya, awak ada pelawat. Ingat apa yang saya pesan tadi. Saya minta diri dulu." ujar doktor itu sebelum keluar bersama-sama dengan para jururawat tadi.

"Haqeem!" pekik suara itu. Haqeem yang sedang leka merenung kakinya terus sahaja menoleh. Kelihatan Puan Zainab datang bersama dengan Hana. Ingat tak apa yang pernah Haqeem katakan dimana mereka berdua akan riuh jika apa-apa terjadi pada Haqeem. Hah, inilah sebabnya!

Puan Zainab begitu gopoh-gapah sehingga senget benget tudung yang tersarung dikepala. Sementelah Hana pula, masih setia dengan topi keledar. Punyalah safety first sampai masuk dalam bangunan pun dia pakai juga topi keledar. Aiyo, pening kepala.

"Kamu tak apa-apa? Haish, mak risau betul!" kata Puan Zainab.

"Itulah pasal. Kami terpaksa guna motor lama arwah ayah untuk kejar kamu kesini. Terpaksa merempit, nasib baik polis tak ada." ujar Hana. Dia menanggalkan topi keledar yang masih melekat dikepala dan diletakkan atas meja sisi hospital.

"Qeem okey sajelah. Relakslah." ujar Haqeem.

"Apa relaks-relaks? Kita nak raya tau, mak tak nak raya dekat hospital." kata Puan Zainab selamba. Hana memandang wajah maknya dengan riak seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Punyalah menggelabah datang ke sini, ingatkan sebab Haqeem cedera. Rupanya sebab risau kena tinggal hospital sampai raya. Aduhai mak, mak.

"Hurm, siapa yang bagitahu Qeem dekat sini?" soal Haqeem.

Hana menarik kerusi disisi katil dan melabuhkan punggungnya, "Tok Wan yang telefon tadi. Katanya kamu ada dekat hospital. Tak sempat Tok Wan cakap sampai habis, kami dah rushing cari motor arwah ayah dalam stor."

"Elok pula motor tu?" soal Haqeem.

"Entahlah, tadi akak try saje." balas Hana.

Setahu Haqeem, motor arwah ayah itu lama tidak berfungsi. Dua atau tiga tahun setelah ayah meninggal dunia. Macam tahu-tahu sahaja yang tuannya tiada untuk membonceng dia seperti selalu. Ajaibnya hari ini, dia boleh berfungsi seperti biasa. Menyeramkan betullah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now