BAB 39

61 5 0
                                    

KEESOKAN harinya, Najihah datang lagi ke warung keluarga Haqeem untuk menghantar kuih-muih hasil tangan Mak Su. Seperti biasa juga, dia akan membiarkan kuih-muih diatas meja untuk dikemas oleh Hana. Shahirah pula tidak dapat menemani Najihah, katanya ada kerja yang perlu diselesaikan. Bila ditanya, tidak pula diberitahu.

"Akak, Haqeem ada ke?" soal Najihah sambil memanjanngkan kepalanya, mencari kelibat Haqeem dibahagian dapur.

Hana mengangguk perlahan, "Ada. Dia dekat dapurlah, macam biasa. Kalau kamu nak jumpa dia, pergilah. Sebab Puan Zainab tak ada. Katanya nak rehat saje sepanjang hari ni. Jadi, kami berdua sahaja yang menjaga kedai hari ni."

Najihah menganggukan kepala sebagai tanda dia faham dan dalam masa yang sama agak lega apabila diberitahu yang Puan Zainab tiada di warung pada hari itu.

"Oh, okey. Jihah pergi belakang dulu eh?" Najihah meminta izin.

"Eh, Shirah tak datang pula hari ni? Akak tak nampak pula dia dekat mana-mana?" soal Hana. Hairan melihat kawan baik Najihah itu langsung tidak kelihatan menemani Najihah ke warung hari ini. Bukan itu sahaja, Muaz juga tidak menunjukkan batang hidung seperti biasa.

"Oh, dia kata nak keluar sekejap. Ada hal yang perlu diselesaikan." ujar Najihah. Hana yang mendengar, membalas dengan anggukan.

Tanpa melengahkan masa, Najihah menapak kearah kawasan dapur untuk mendapatkan Haqeem. Melalui celah dinding yang bergerigi itu, Najihah dapat melihat Haqeem yang sedang memasak juadah buffet berbuka puasa dengan riang-ria.

Kemudian, dia bau tomyam. Laju sahaja dia masuk kedalam kawasan dapur itu dan menghampiri Haqeem.

"Haqeem, awak buat apa tu?" sapa Najihah. Dia memanjang leher untuk melihat apa yang dimasak oleh Haqeem.

Haqeem menjeling setelah disapa 'ramah' oleh Najihah. Dia bukannya tidak tahu Najihah akan datang berkunjung ke warung mereka setelah Mak Su memberitahunya bahawa setiap petang, dia tidak perlu ambil kuih dirumah Mak Su. Kerana Najihah telah menawarkan dirinya untuk turut membantu.

"Waalaikumusalam." sindir Haqeem.

Sengihan Najihah bertukar tawar dan segera membalas, "Oh, lupa. Assalamualaikum. Awak buat apa ni? Kuatnya bau tomyam! Ewah, macam tahu-tahu saje yang saya memang minat tomyam." usik Najihah seraya mencuit bahu Haqeem menggunakan senduk yang tersedia diatas meja.

"Kemonlah. Saya ni mek tomyam. Mestilah saya pandai buat. Tengok kakilah." balas Haqeem sambil menunjukkan kakinya.

"Baguslah, saya pun suka makan tomyam." ujar Najihah, selamba.

"Ewah, kau ingat aku ni kuli kau ke nak masakkan semua? Suruhlah bakal suami kau si Haziq tu masak." sindir Haqeem. Dia menutup api yang berfungsi untuk mendidihkan lauk tomyam itu. Kemudian, dia berjalan kearah meja yang terletak sayur-sayuran yang hendak dipotong.

"Tak kisahlah saya suruh Haziq ke apa ke. Yang pasti saya suka makan tomyam betul-betul air tangan orang kampung macam awak. Sedap dia luar biasa! Awak masakkanlah untuk saya sekali. Saya nak rasa." pinta Najihah, sekadar mengusik. Melihatkan dari mood baik Haqeem, Najihah beranilah nak mengusik dengan cara lembut. Kalau serupa puting beliung, memang dia akan balas gaya ribut pula.

"Seramlah kau ni, tiba-tiba saje nak berbaik dengan aku." luah Haqeem.

Najihah mencapai lobak merah itu dan dijadikan 'alat' untuk dia menongkat dagu, "Apa salahnya saya nak berbaik dengan awak? Gaduh lama-lama pun bukan boleh bawa kebaikan. Bawa dosa lagi adalah. Susah jadinya saya nak rebut tempat dekat syurga kalau asyik bergaduh dengan awak."

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now