BAB 48

66 5 0
                                    

OLEH kerana Haziq dan Haqeem yang terpaksa ditahan di hospital untuk sementara waktu, makanya ramailah yang terpaksa bermalam dan berbuka puasa disitu. Mujurlah, dihospital itu ada kafeteria dan walaupun sesak, sekurang-kurangnya mereka masih boleh membeli makanan buat alas perut.

Kalau nak balik memang susah memandangkan jarak hospital yang berada dipekan itu sangatlah jauh dari rumah-rumah mereka yang berada dipedalaman. Pak Su sudah lama pulang usai melawat Haqeem dan Haziq kerana dia perlu juga pulang mendapatkan keluarganya.

Tinggallah Najihah dan Tok Wan yang masih lagi gigih menjaga Haziq. Selepas makan ubat, dia sudah lena dikatil. 

"Kamu dah telefon keluarga Haziq ke, Jihah?" soal Tok Wan. Tok Wan yang berada di sofa pantas bertanya apabila melihat Najihah ralit memerhatikan Haziq. Risau agaknya kekasih hati terlantar sakit begitu.

Jauh dalam sudut hati Tok Wan, dia sememangnya terkejut apabila Najihah berlari kearah wad yang menempatkan Haziq terlebih dahulu dan bukannya Haqeem seperti yang dia bayangkan. Jadinya, Tok Wan mengandaikan bahawa Najihah memang tiada apa-apa perasaan Haqeem melainkan sebagai seorang kawan lama. Bagaimanalah reaksi Haqeem jika dia tahu akan hal ini?

"Jihah tak telefon pun sebab Haziq kata dia tak nak mama dan papa dia risau." balas Najihah.

Tok Wan mengeluh sambil membetulkan songkoknya, "Ada pula macam tu. Sepatutnya kamu tak payah ikutkan sangat cakap Haziq. Memang betul dia tak nak mama dan papa dia risaau. Tapi kalau jadi benda macam ni sampai masuk hospital, mahu tak risau mama dan papanya. Risau nanti mereka terasa di'belakangkan' pula."

"Hurm, yalah. Jihah telefon sekarang eh?" soal Najihah. Tok Wan membalas dengan anggukan.

Lalu, Najihah membawa telefonnya keluar dari bilik itu. Dia berjalan perlahan kearah ruang menunggu untuk pelawat dan melabuhkan punggungnya disitu. Dia mencari nombor mama Haziq dan mendail tanpa berlengah.

Trutt..trut...

"Assalamualaikum, aunty. Aunty sihat?" sapa Najihah, ramah.

Puan Kamariah yang sedang berjalan pulang dari surau bersama suaminya itu pantas menjawab, "Waalaikumusalam, Jihah. Alhamdulillah sihat saje. Kamu macam mana? Lama tak dengar khabar ni."

"Jihah sihat, Alhamdulillah. Ada kerja sikit dekat sini, nanti dah selesai baru Jihah balik. Oh macam ni aunty, Jihah minta maaf sangat mengganggu tengah-tengah orang balik tarawih ni tapi ada benda penting Jihah nak bagitahu." ujar Najihah. Perlahan-lahan dia menarik nafas untuk memberikan khabar berita yang semestinya tidak enak untuk didengari.

"Tak apalah, tak mengganggu pun. Ada apa tu, Jihah?" soal Puan Kamariah. Suaminya yang berada disebelah sudah menjeling untuk mencuri dengar perbualan isterinya.

"Erm, macam ni... Haziq ada dekat kampung Jihah ni dan dia terseliuh, aunty. Sekarang ni ada dekat hospital." ujar Najihah dengan sekali lafaz. Dah macam orang nak akad nikah pula.

"Hah?! Haziq dekat kampung kamu?" soal Puan Kamariah.

"Apa dia Jihah?! Budak bertuah tu dekat kampung kamu?" sahut Encik Akram pula.

Najihah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa ini? Bukan ke sepatutnya mereka dengar berita yang terakhir itu? Kenapa mereka terlebih risau bila Haziq datang ke kampungnya pula? Ini bukan reaksi yang dia tebak sebenarnya. Aneh betul.

"Err ya, Haziq dekat kampung Jihah. Dia dekat hospital sekarang ni. Kaki terseliuh." kata Najihah sekali lagi.

"Memang patut pun terseliuh, orang cakap jangan pergi, dia degil." balas Puan Kamariah.

"Ya, betul. Itu balasan cash dari Allah lah tu sebab tak nak dengar cakap parents. Kaki terseliuh tu tak apa, Jihah. Dia bukan anak perempuan yang nak kena jaga 24 jam. Dia dah besar panjang dan jantan, pandailah dia jaga diri sendiri." balas Encik Akram pula.

"Aunty dan uncle tak risau ke? Haziq sakit tu...?" 

"Tak risau. Biar dia dekat situ. Siapa suruh mengganggu keluarga orang." balas Encik Akram sambil disokong oleh Puan Kamariah yang berada disisinya.

"Kamu okey ke Jihah dia ada dekat situ?" soa Puan Kamariah, mengambil berat.

Najihah mengangguk meskipun dia tahu yang mama dan papa Haziq tidak dapat melihat anggukannya itu, "Okey saje. Haziq bukannya buat hal apa-apa pun. Tapi Jihah serba-salah ni sebab dia cedera dekat kampung Jihah. Dia tu dahlah tetamu, Jihah langsung tak expect benda nak jadi macam ni."

"Haih, dia ada bagitahu kami yang dia nak ke sana untuk berjumpa dengan kamu. Mama kamu pun ada kata yang dia memang nak minta Haziq pergi pujuk kamu. Tapi, jujurnya Jihah, kami memang dah sepakat untuk terima penolakan kamu tu dengan hati terbuka." balas Puan Kamariah, jujur.

"Saya minta maaf, aunty sebab terpaksa tolak. Saya dah ada orang lain." ujar Najihah, teragak-agak.

"Kami faham, Jihah. Sebab tu kami tak pernah persoalkan apa saje keputusan kamu. Kami juga harap yang Haziq boleh faham dengan keputusan kamu juga. Kami berdoa semoga keputusannya untuk kesana dapat buka mata dia yang kamu tak suka dia." balas Encik Akram, dengan penuh rasa hormat.

Najihah terasa lega usai meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Walaupun niatnya untuk menelefon mereka berdua adalah untuk memaklumkan benda lain, tapi dah jadi sesi perbincangan benda lain pula. Dah menyimpang jauh, tapi memberi makna yang besar.

"Terima kasih, aunty, uncle. Tapi, Haziq dekat sini macam mana?" soal Najihah, kembali ke trek asal.

Puan Kamariah tersenyum sambil memandang wajah suaminya dengan lama, "Biar sajelah dia tu. Biar dia jaga diri dia sendiri dekat sana. Bila dia dah sihat, semoga Allah tu bukakan mata dia untuk lepaskan kamu. Bye Jihah! Take care! Assalamualaikum!"

Panggilan diputuskan dengan Najihah yang masih lagi terpinga-pinga, "Errm, Waalaikumusalam."

Najihah bangun dari kerusi itu dan melangkah menuju ke wad Haziq semula. Ketika dia tiba disana, dia melihat Haqeem bersama dengan tongkat yang terselit di ketiak sedang mencuri lihat kedalam wad Haziq. Begitu khusyuk sampai tidak perasan akan kehadiran Najihah disitu.

'Haih, apahal lah tak boleh berpisah ni?' getus Najihah. Nak mengunyit pun tak payahlah dekat sini.

"Haqeem...?" panggil Najihah. Perlahan-lahan dia menghampiri Haqeem.

Haqeem yang sedang khusyuk memerhatikan ruang bilik itu terkejut dan bergegas berlari... eh dia mana boleh berlari! Dengan kaki begitu, berjalan laju sahajalah yang boleh. Kalau berlari, mahu terkejut doktor yang baru merawatnya tadi. Boleh resign jadi doktor wo!

"Haqeem tunggulah kejap!" panggil Najihah.

Haqeem bersama tongkatnya itu terkial-kial berlari menjauhi Najihah. Melihatkan gaya Haqeem itu, terus sahaja Najihah berhenti mengejarnya. Dia tahu betapa payahnya lelaki itu hendak bergerak. Kalau dalam keadaan begitu pun, dia sanggup berlari demi menjauhkan diri dari Najihah. Maknanya, dia memang tidak mahu bertemu langsung dengan Najihah.

Najihah mengalah dan masuk sahaja kedalam wad Haziq dengan perasaan yang kecewa melihat reaksi Haqeem tadi. Retak seribu hatinya.

▪️▪️▪️

Hana yang sibuk mencari adiknya itu terus tertarik apabila terdengar suara Najihah yang memanggil Haqeem. Laju sahaja dia berjalan kearah suara itu. Kemudian, dia melihat Haqeem sedang berjalan laju kearah biliknya dengan tergesa-gesa.

"Eh, akak dengar suara Jihah panggil Haqeem kan tadi? Kenapa tak pergi dekat dia?" soal Hana, hairan.

Haqeem menarik lengan Hana, "Tak payahlah, kak. Jom bawa Haqeem balik bilik." 

"Ish, orang tu panggil awak dua tiga kali, janganlah buat orang macam tu." getus Hana. Dia membantu Haqeem yang masih lagi terkial-kial hendak membiasakan diri dengan tongkat dicelah ketiak itu.

"Habis tu, baik pula dia tak melawat Haqeem langsung?" soal Haqeem, mendengus marah mendengar kata-kata Hana. Dia menepis tangan Hana yang cuba membantu itu dan berjalan perlahan menuju ke biiknya.

Hana menepuk dahi melihat gelagat Haqeem yang sungguh tidak matang.

▪️▪️▪️

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now