BAB 33

64 7 0
                                    

KAWASAN parkir di lapangan terbang itu telah menjadi santapan mata Najihah dan Shahirah untuk beberapa kali. Najihah pula langsung tidak berhenti dari menatap jam pada pergelangan tangannya. Tidak cukup dengan itu, dia akan mengeluh untuk kesekian kalinya apabila mendapati kereta Mak Mah mahupun kereta Tok Wan tetap tidak muncul. Dah terlupa ke cucu dan anak saudara mereka yang harus diambil berat ini?

Setelah berulang-alik berjalan di sekitar pintu masuk lapangan terbang itu, Najihah pasrah. Dia kembali mendapatkan Shahirah dan timbunan beg mereka. Dia melabuhkan punggung pada salah sebuah bagasi mereka. Lututnya terasa goyah apabila kerap berjalan.

"Tok Wan terlupa ke yang aku balik hari ni?" keluh Najihah.

Persoalan Najihah itu hanya dibiar terbang bersama zarah-zarah udara. Najihah merasa aneh apabila merasakan persoalannya dibiar tidak berjawab. Dia menoleh kesisi, memerhatikan Shahirah yang nampaknya begitu asyik dalam lamunannya sendiri.

"Kau tak cerita pun kat aku pasal apa yang dah jadi antara kau dengan Aiman. Aku ingatkan kau nak cerita masa kita dalam flight tadi. Tapi kau diam tak buka mulut, aku assume kau perlukan masa lagi. Jadi, tak ada lah aku kacau. Sekarang ni, kita berdua macam dalam dunia masing-masing, Aku tak naklah kekok. Tu sebab aku tanya." panjang lebar Najihah menjelaskan.

Keluhan Shahirah kedengaran begitu berat sekali pada corong telinga Najihah.

"Dia get back dengan bekas kekasih dia yang sama fakulti tu." pendek pernyataan yang dikeluarkan Shahirah. Nadanya juga jelas menunjukkan yang dia tiada semangat hendak bercerita lebih tentang kisah silam mereka. Walhal, baru sebulan menjalin cinta.

Najihah tertunduk merenung lantai lapangan terbang. "Sebenarnya, aku dah agak dah benda ni akan jadi."

"Maksud kau? Kau memang dah dapat rasa yang kitorang ni tak ada jodoh ke?"

"Bukanlah sampai tak ada jodoh. Cuma, aku dapat rasakan yang kau dengan Aiman tu macam tak ada chemistry. Lagipun, kau kena faham. Lelaki dan cinta pertama mereka takkan pernah berpisah. Datanglah berjuta perempuan cantik pun, perempuan yang terbitkan rasa sayang untuk pertama kali tu lah yang sentiasa menang. First love memang akan tinggalkan kesan paling dalam. Macam tu lah Aiman." Najihah memberi nasihat.

Shahirah yang tadinya diam sambil mendengar, tidak mampu lagi menahan airmata yang laju sahaja merembes keluar membasahi pipinya yang ditabur bedak kompak.

"Jihah, kalau dia bagitahu aku elok-elok alasan dia tinggalkan aku. Aku tak ada masalah langsunglah. Aku pun boleh berdiplomasi dengan dia. Aku pun pernah ada cinta pertama. Aku faham semua tu." Shahirah bermati-matian meluahkan perasaan bersama airmatanya yang mengalir deras.

Sementelah, Najihah pula sudah bertukar cuak bila melihat kawan baiknya menangis tersedu-sedan sambil mulut asyik membebel berkaitan Aiman. Risau pula orang sekeliling yang berjalan akan menuduh dia mendera kawan baik sendiri pula. Aduh, boleh menimbulkan salah faham ni!

"Habis tu, apa yang buatkan kau sedih sangat ni?" 

"Dia curanglah, Jihah. Dia get back masa dia dalam hubungan cinta dengan aku. Dalam erti kata lain, dia dah duakan aku dalam diam. Dia boleh cakap pula yang dia dah lama get back dengan perempuan tu. Sejak seminggu kitorang bercinta. Dia cuba nak bagitahu, tapi dia tak mampu. Sebab dia takut dia akan sakitkan hati aku. Habis tu, sekarang ni apa? Antara jujur dan menipu, menipu adalah perkara yang paling pahit untuk diterima.

Kalau dia jujur untuk jaga hati aku, itu lebih baik sebab aku tahu dia ikhlas dan perasaan bersalah dia tu bukanlah perasaan yang main-main. Bila dia menipu, sama saje dengan dia tak kisah pun pasal perasaan aku. Dia ketepikan aku dalam hal-hal macam ni. Kalau benda ni jadi masa kitorang dah kahwin, aku tak tahu nak cakap apa." luah Shahirah.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now