BAB 36

73 8 0
                                    

HATI Shahirah retak seribu melihat kekasih hati yang pernah menjadi separuh hidupnya itu kini telah menjadi milik perempuan lain iaitu kekasih lama Aiman semula. Nak menangis, tapi hatinya sudah lelah hendak menitiskan airmata. Kalau sakit hati memang ada, sangat banyak! Tapi, dia bukanlah pendendam dan dia juga tidak berminat hendak menghamburkan segala amarah kepada jejaka itu.

Namun, lain pula ceritanya dengan Najihah. Tidak senang duduk betul kawannya itu semenjak pergaduhan kecil (sekali lagi) antara dia dan lelaki yang bernama Haqeem itu.

"Kau okey tak?" soal Shahirah. Lelah dia melihat Najihah mundar-mandir tanpa hala tuju.

"Mestilah, tak." balas Najihah. Kerana ditegur Shahirah, dia berhenti dari berjalan kehulur dan kehilir dalam bilik kecil itu. Dia melabuhkan punggung, tangan menongkat dagu dan merenung lantai bilik.

"Kenapa kau marah sangat dengan dia? Kalau dia dah tak nak berubah, kau teruskan sajelah hidup kau macam biasa. Kau kan dah tegur dengan cara yang baik?" soal Shahirah. Dia pun ikut sekali serabut melihat Najihah yang sememangnya sudah serabut itu.

"Mestilah aku kena marah. Dia tu kawan aku, kawan masa kecil aku. Aku tak boleh terima dia jadi transgender, selagi aku hidup dan jadi orang yang paling rapat dengan dia... aku kena ambil tanggungjawab untuk ubah dia. Ubah dia kembali menjadi lelaki. Aku ingat sebulan aku tak ada, dia dah berubah. Rupanya sama saje." getus Najihah.

"Perlahan-lahan, Jihah. Mana ada orang boleh berubah selama sebulan, bila dia dah jadi transgender hampir bertahun-tahun." balas Shahirah. Dia mematikan telefonnya dan meletakkan ia keatas meja. Dia mahu fokus pada Najihah.

"Dia bukan saje transgender. Aku ni yakin yang dia pun gay. " balas Najihah.

"Lagi sekali? Kenapalah kau asyik nak cakap dia tu gay? Aku tak nampak pun dia ada minat dengan lelaki weh. Kalau tak, mesti dia dah menggatal dengan lelaki-lelaki muda yang datang dekat warung dia tu." ujar Shahirah.

"Husnudzon sangat pun tak bolehlah, Shirah. Kadang-kadang ada saje tau orang kahwin dengan perempuan sebab nak tutup perbuatan terkutuk tu tau. Cuba kau dengar cerita dalam Youtube tu. Banyak saje. Itulah apa yang aku sangat risau. Selagi aku ada dekat sini, aku akan ubah dia sampai dia berubah jadi Haqeem yang lama semula." tegas Najihah berkata.

"Kau nak buat apa?" soal Shahirah.

"Kau ada bawa barang mekap kan?"

"Ada."

"Bagus. Tok Wan pula ada kabel besar dalam kampung ni, nanti aku suruh Tok Wan panggil semua perempuan dalam kampung ni untuk sertai kita punya kelas mekap." kata Najihah.

"Kelas mekap? Mekap aku pun tak banyak tau. Nak panggil orang join dalam satu malam saje... bukan senang. Lagipun, apalah kaitannya dengan rancangan kau nak ubah dia?" soal Shahirah, bingung. Mengejut betul rancangan kawan baiknya itu.

"Pasal mekap, kau jangan risau. Aku akan sponsor semuanya. Kalau pasal nak ajak budak-budak sini join sekali pun memang tak susah, Tok Wan kan imam dekat sini. Aku beria-ria sangat nak buat kelas mekap ni, sebab aku tau yang Haqeem ada kelas mekap esok. Kalau aku potong jalan dia, mesti dia sakit hati kan? Masa tu, dia akan fokus untuk bergaduh dengan aku. Bila dia asyik bergaduh dengan aku, aku akan perlahan-lahan dekati dia." jelas Najihah, yakin.

Shahirah tidak mahu membahas apa-apa lagi, cukup sekadar mengangguk sebagai tanda yang dia memahami kata-kata Najihah itu.

▪️▪️▪️

"Nok, apa lama sangat regular students kau nak datang ni? Aku rasa dah satu jam kita duduk dekat pondok dengan barang mekap kau. Bukan tu saje, ketiak aku pun dah banjir dah. Kau bagitahu diorang tak yang kau nak buat kelas hari ni?" soal Muaz.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now