BAB 62

86 6 2
                                    

"KAMU setuju ke dengan lamaran Puan Kamariah tu? Sebab hujung bulan ni, dia nak proceed dengan rombongan meminang. Kalau kamu setuju, memang hari ni juga mama telefon dia." ujar Puan Haliza dengan riang. Bahagia betul dia apabila mendengar khabar kawan baiknya hendak menyunting anak daranya untuk dijadikan menantu.

Najihah langsung tidak mendengar celoteh Puan Haliza. Matanya merenung ke dinding. Tangannya pula sibuk menggaul kuah masak lemak cili api tanpa henti. Fikiran pula sudah tentu melayang jauh perginya.

Pap! Sudip kayu melayang kearah bahu Najihah. Dengan pantas, dia menggaru bahunya yang terasa pedih. Sakit betul bahunya terkena kayu sudip milik mama. Mama ini pun satu, carilah alat memasak yang lembut sedikit. Sudip dibaginya?! Hesy.

"Sakitlah. Kenapa dengan mama ni?" getus Najihah. Dia menggerutu dalam hati sambil tangannya laju menggaul lauk untuk makanan tengahari.

"Hah, kacau laju lagi! Kalau tumpah sikit kuah mama tu, memang mama humban satu periuk atas kepala kamu. Telinga kamu pergi mana?" marah Puan Haliza.

"Ada saje dekat sini. Tak lari mana pun telinga Jihah ni, mama." perli Najihah.

"Ada yang kena makan periuk belanga ni nanti. Mama tanya betul-betul, kamu boleh buat main pula. Kamu dengar tak mama cakap apa tadi?" Puan Haliza sudah menyirap melihat perangai Najihah yang dirasakan semakin berubah sebaik sahaja dia pulang dari kampung halaman mereka di Terengganu.

"Mama cakap apa? Maaflah, Jihah memang tak dengar. Khusyuk sangat menggaul lauk." dalih Najihah. Walhal, dalam fikirannya memang sedang terfikir benda lain.

"Puan Kama melamar kamu untuk anak dia si Haziq tu. Kalau kamu setuju, hujung minggu ni mereka nak hantar rombongan meminang." ujar Puan Haliza.

"Meminang? Hish, tak naklah Jihah. Mama cakap saje dengan Puan Kama tu, Jihah memang tak berminat. Anak lelaki mereka tu buaya darat, mama. Sanggup ke mama tengok anak dara mama yang baik budi pekerti ni kena ngap dengan Haziq si buaya tu? Minta dijauhkan. Memang tak boleh dibuat suami!" kutuk Najihah. Memang kaw-kaw dia ceramahkan Puan Haliza.

"Habis, kamu nak pula pada si lembut dekat kampung atuk tu? Bukan main gelenyar mama tengok kamu berkepit dengan dia." perli Puan Haliza.

Jejaka kacak bergaya dan asli sejati itu bukan main ditolak mentah-mentah oleh Najihah. Tidak boleh dibuat suamilah, apalah. Sebut sahaja tentang lelaki lembut yang mereka jumpa di kampung, terus bersemangat.

"Mama tak payahlah sebut nama dia. Jihah dan dia dah tak ada apa-apa." Najihah bergerak meninggalkan kawasan dan menuju ke ruang tamu membawa hati yang lara. Teringat sahaja tentang Haqeem, hatinya dipagut rasa sayu.

"Kamu dah dia dah tak ada apa-apa? Alhamdulillah, memang itu apa yang mama nak dengar. Kamu jangan sesekali nak rapat dengan dia. Kalau tidak, jangan anggap mama ni mama kamu!" pekik Puan Haliza.

Dalam hati, dia sudah memanjatkan doa penuh kesyukuran. Akhirnya, Tuhan berjaya kembalikan anaknya semula. Yang bukan-bukan sahajalah nak berkawan dengan lelaki lembut begitu. Nak jadi menantu? Memang awal-awal Puan Haliza tolak.

Baru si lembut tu nak buka mulut, aku akan tendang dia sejauh mungkin. Anak aku Nur Najihah terlalu sempurna untuk lelaki begitu. Lelaki ke? sindir Puan Haliza dalam hati.

▪▪▪

Di pagi raya yang kedua, Shahirah dan Fatin begitu bersemangat untuk datang beraya ke rumah Najihah. Sekaligus dapat melawat kawan baiknya yang tidak ditanya khabar sejak terjadinya isu di kampung itu. Wajah Najihah kelihatan neutral seperti tidak terkesan dengan perkara yang terjadi. Namun, siapalah mereka yang nak menyibuk dan buat serkap jarang kan? Entah-entah hati Najihah sentiasa menangis apabila teringatkan Haqeem.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now