BAB 2

138 14 3
                                    

SUASANA dalam The Mines gamat dengan suara pengunjung. Setiap aras dalam pusat membeli-belah itu pasti ada pelanggan. Tidak kiralah itu restoran atau kedai elektronik sekali pun, memang ia akan sesak.

Hari cuti, kan. Memang sesak macam tin sardinlah jawabnya.

Najihah dan Shahirah bertekad untuk berkunjung ke Watsons dulu untuk membeli semua barang keperluan. Ubat gigi pun serupa hidup segan, mati tidak mahu.

Mereka sampai terpaksa potong hujung tiub ubat gigi untuk mendapatkan isinya. Teruk betul gaya berjimat mereka ini.

"Sanggup kau korbankan masa tidur kau semata-mata nak lari dari Haziq?" soal Shahirah, agak terhibur usai mendengar luahan Najihah dalam kereta tadi.

"Aku bukan lari, aku cuma mengelakkan diri. Mamat tu psikolah. Aku tolaklah pakai bahasa apa sekalipun, dia tetap anggap aku ni cakap 'ya' pada semua permintaan dia. Tak menyeramkan ke tu?" keluh Najihah.

"Mestilah seram. Aku tak faham, apa yang mama kau obses sangat nak kau berkenalan dengan Haziq tu? Dan kau, apa yang kau tak suka sangat pada Haziq? " soal Shahirah.

Najihah berhenti melangkah. Bedak compact yang berada dalam tangan diletakkan semula kedalam rak. Dia menopang dagu diatas rak itu sambil memikirkan jawapan untuk soalan-soalan Shahirah.

"Mama aku obses sangat nak aku berkenalan dengan Haziq sebab dia tu anak kepada kawan baik mama aku. Kira macam diorang cuba nak eratkan lagi silaturrahim ni. Tapi aku tak nak sebab Haziq tu playboy." kata Najihah.

"Dah macam drama melayu." usik Shahirah.

"Itu drama, mestilah benda fiksyen. Benda yang direka. Playboy pun nampak baik. Hakikatnya, mereka dalam golongan yang sangat berbahaya." kata Najihah. Seriau pula bila memikirkan nasib wanita dan gadis yang ditipu hidup-hidup. Maruah tergadai, duit pun lesap begitu sahaja.

Shahirah setuju juga dengan pendapat Najihah itu. Kalau nak cari jodoh, memang kena cari betul-betul. Lelaki yang serius untuk bawa hubungan itu ke jinjang pelamin. Bukan setakat nak seronok dalam hidup. Nanti makan hati sahaja.

"Habis tu, mama kau tak bising pula?" Shahirah membelek produk pencuci muka pula. Seingatnya, pencuci muka dia pun dah hampir habis.

"Oh, mama-" belum sempat Najihah hendak menyambung ayatnya, telefon dia tiba-tiba sahaja bergetar minta untuk diangkat. Tertera di skrin telefon Najihah, nama mamanya sebagai pemanggil. Haih, ni mesti nak cakap pasal Haziq. Aduhai, kuat mengadulah.

Lambat-lambat Najihah menjawabnya, "Assalamualaikum, mama. Ada apa mama telefon ni?"

"Kamu tanya kenapa mama telefon? Maksudnya, kamu tahulah apa yang kamu dah buat kan?" soal Puan Haliza, berang.

Najihah sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Speaker telefonnya sudah tidak mampu menampung suara nyaring Puan Haliza. Shahirah pula tersenyum-senyum, nampak sangatlah yang Shahirah pun dengar suara Puan Haliza. Aduhai.

"Mamat tu mengadu dengan mama ke? Hesy, macam pondanlah dia tu. Semua benda nak mengadu dengan mama orang. Dia tak ada mama ke?" getus Najihah. Kalau Haziq ada depan mata dia sekarang ni, memang habis dia ganyang.

"Eh, Nur Najihah?! Mama tengah cakap tentang kamu. Kenapa pula kamu nak sebut-sebut dia tak ada mama? Kalau kamu ada dekat sini, memang bengkak bibir kamu tu mama sapu cili kisar!" Puan Haliza menahan geram dengan anak perempuan sendiri.

"Aduhai, mama. Jihah ni anak kandung mama. Sepatutnya mama bela Jihah, bukan anak orang lain." getus Najihah.

Sempat Najihah beritahu Shahirah yang dia ingin keluar sekejap untuk menjawab panggilan. Buat malu keturunan aje kalau Shahirah dengar konflik mereka berdua.

Bukan Hero Romantik ✔Where stories live. Discover now